salam maal hijrah. dah setahun berlalu. kalo ikut tahun islam rasanya blog dah cukup setahun umur dia. tak silap aku ia diwujudkan lebih kurang pada 1 Muharam 1431H. what ever la, yang penting azam pada diri tu yang kena baru. kena hijrah kepada sesuatu yang lebih baik.huhu
sebenarnya tadi aku rasa tertekan sekejap, tak kesah kalo sesiapa terbaca pun pasal ni. mahunya menitik air mata aku bila dengar tentatif program sepanjang gerak kerja aktiviti yang akan aku join ni..huhu. bukan apa, aku terasa macam aku kena pergi kem kepimpinan ala-ala KUPREX dulu. huh, still segar dalam ingatan. tadi tu hidung pun dah terasa pedih nak tahan airmata dari jatuh..huhu. owh, aku tak cukup kuat. walaweh, ape kes ni cik nida, menda simple pun ko nak nanges. tapi alhamdulillah motivasi dalam diri masih bersisa. kalo tak macam mana nak jadi cikgu kan?
okeh, bila masuk tahun baru, azam pun kena la baru, mestilah kita nak transform kepada sesuatu yang baru kan. takkan la nak maintain macam yang lama lagi. tapi bukan jadi transformers okeh! haha. takkan lah orang laen dah pakai eraser tapi kau still nak pakai getah tempe nak padam silap pensel yang kau tulis? esh..esh. kita kena berubah. so aku rasa aku nak pasang beberapa azam. so aku harap azam tu dapat aku capai. semoga dipermudahkan..amin. hmmm, mintak-mintaklah dapat memperdekatkan lagi diri pada-Nya.. kawan aku cakap, makin kita dekat denganNya, makin banyak ujian yang kita dapat. so, jangan merungut bila dapat ujian, okeh. sebenarnya itulah cara DIA nak suruh kita ingat DIA.. ehhh, dah macam bagi tazkirah pulak. tapi takpela, sambil-sambil lalu je kan..
haa ini satu kes lagi..tadi kawan aku ada bagitaw dia punya azam, dia kata 'nak kawen cepat'. persoalannya, itu azam ke misi????ekeke..takpa, berdoa jelah semoga urusannya dipermudahkan..amin. so, meh kita sama- sama memasang azam yok! SALAM MAAL HIJRAH
@zulkbo
ReplyDeleteinsyaallah..
sama-sama berdoa semoga dipermudahkan..amin