si anak beruang | anak aku

waaa..tajuk memang tak boleh belah. semenjak dua tiga empat lima menjak ni, tajuk entri asek nak letak nama binatang je..haha. blog ni dah jadi zoo ke, erk??? takpe- takpe, kepada sesiapa yang baca silalah terima seadanya. mungkin pemilik blog ini mengalami masalah dalam nervous system..opss, tidak!

okeh, ni kisah anak beruang pulak. aku ada jaga seekor anak beruang. cumil sangat. macam tuan yang jaga dia tu...hakhak. dia start hidup dengan aku since 7 march 2010. lebih kurang dah 9 bulan dah. uish, lama jugak tu. dia ni agak pemalu, sebab mata dia agak tersorok di sebalik bulu-bulu dia.. yang aku sukanya, badan dia sangat lembut, dah nama pun ala- ala fluffy animal. uish, tapi serius sayang gila. even balik umah 2 malam pun aku bawak 'anak' aku ni balek. balek raya kat kampung pun aku bawak jugak..haha. sampai nenek aku kata, "watpa la dok pi tidoq ngan menatang berbulu ni..ishish..". tapi nak buat macam mana, aku sayang anak beruang ni macam sayan ehem-ehem la juga..ekeke..blushing - blushing pulak
mustahil aku nak tidow dengan beruang ni. tapi cumil gak..

haa..yang ni barulah anak beruang aku

so, yang tengah memberatkan hati aku skang ni sebab aku terpaksa rela berpisah dengan dia untuk 3 hari dua malam ni. wuu, adakah aku mampu terpejam lena tanpa bertemankan si 'anakku' nih. semoga aku tabah..haha. rileklah nida weh, setakat 2 malam tak peluk si teddy bear pun la rindu ke? dah besau dak pun.. tapi aku yakin aku akan rindu bau wangi masam harum mucuk 'anak' aku ni..waaa, kalo boleh usung pergi pangkor, dah lama aku bawak..agaga

so, aku terpaksa amek cuti tanpa gaji dari dunia blogging untuk dua tiga hari ni sebab aku join program baktisiswa anjuran KEMAS & UPSI dekat Pangkor. so, jangan rindu- rindu aku eh, haha. tapi ada ke yang nak rindu? haha. kalo rindu tu, tolong- tolonglah klik an nuffnang kat umah aku ni. sebagai tanda ingatan..hakhak. so, doakan segala perjalanan dan program  kami sentiasa dilindungi Rahmat-Nya..amin

5 comments:

  1. As'salam..

    wah kita same tapi kalau amy2 bawa je, x de makna nak tinggalkan...

    ReplyDelete
  2. hehe.. kalau nana bawak jew.. x yah tinggal2.. huhu

    ReplyDelete
  3. haha..takmow la bawak, nanti tak pasal2 rosak. lgipun tu ada orang kasi..hihi. dah selamat dah pun balek dr program

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer