kasih ibu..

waktu tengahari tadi, waktu tengah syok-syok jari-jemari aku ligat menari atas keyboard QWERTY ni, mak aku panggil. mak aku ajak tengok Wanita Hari Ini. actually aku jarang miss tengok WHI ni, tapi semenjak dah macam addicted dengan belog ni, rancangan tu pun aku dah selalu miss.. uish, dasyatnya penangan Mr Blogger ni.

nak tahu tak kenapa mak aku panggil, sebab dia suruh tengok WHI tu, tajuk dia special, tak silap aku ‘Kasih Ibu’. sampai mak aku cakap, “menitis air mata mak dengar orang ni cerita..”. then aku tengok kat tv ada sorang makcik ni tengah teresak-esak cerita kisah yang anak-anak dia buat dekat dia. sedih. aku nak tacing gak bila mak aku cerita, tapi aku sorok-soroklah..hehe

images (2)

disebabkan aku dah termiss tengok tu dari awal, so mak aku jelah yang ceritakan. mak aku cerita, ada sorang makcik ni selalu kena sepak terajang je dengan anak dia. anak dia sampai hantar dia dekat rumah Nur Ehsan tu. dia buang mak dia. dia terus hidup senang lenang je dekat luar sana dengan status yang cukup dibanggakan. tapi tadi waktu kat tv, mak dia ada cakap yang mak dia dah bahagia duduk dekat umah Nur Ehsan tu. kebajikan semua terjaga. dan mak dia pun cakap, dia juz mampu tengok anak dia bahagia dari jauh je..

ada satu kes lagi, anak dia hantar mak dia dekat rumah Nur Ehsan ni jugak. then satu hari anak dia datang nak anta makanan kat rumah tu. si mak pulak punyalah eksaited bilat tahu anak dia datang. si anak pun cakap kat si mak, “mak tunggu sini jap, saya nak hantar barang dulu..”. si mak ingat si anak datang nak gi jemput dia bila rumah, maklumlah waktu tu dah nak raya.  habes baju-baju si mak dah kendong dalam bunjut kaen batek. tuptup, anak dia belah macam tu je. si mak ni penatlah menunggu si anak. rupanya ditipu je oleh anak. si mak tu meraung sekuat hati bila tahu anak dia buat macam tu, tipu dia.

harap-harap kita semua dijauhkan daripada buat-buat menda macam ni eh. hargailah mak kita selagi dia masih ada. kalo takda mak, mustahil kita dapat tengok dunia ni, dan mustahil jugak untuk kita berblogging macam sekarang ni, okeh! kita sendiri tahu yang syurga itu di bawah tapak kaki ibu. jangan pulak lepas ni korang pi tilik bawah kaki mak pulak nak tengok ada syurga ke tak..ekeke. tu je kot aku nak share. i love my mum..

P8300065

1 comment:

  1. klo nk anak kulit putih, cari la suami berkulit cerah~ hahahha

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer