arini aku pergi kelas makan-makan. mak aku jadi jadi 'cikgu' kepada aku tadi. walaupun memang mak la orang yang tak pernah henti-henti didik aku supaya jadi orang berguna. sebab mak selalu cakap, 'mak nak didik deme tu bior jadi orang bergune nanti..'. sila baca guna slanga orang pahang okeh!haha
point sebenarnya, hari ini aku belajar makan 'peluru senapang patah' colek dengan sambal tempoyak.. fuhh, sedap abes ah! oppss.. peluru senapang patah? biar betoi.. boleh makan ke? hehe. tapi sebelum tu aku nak introduce dulu 'peluru' senapang ni..
ha..ni peluru hidup. takkan nak makan kot.. |
esh..tak kan la menda ni kot dijadikan peluru??? |
ha..betoi la buah yang kat atas tu dijadikan peluru senapang patah. sebab mana ada orang guna peluru hidup waktu maen senapang patah. kalo tak kompem ramai mak ayah yang tak bagi anak-anak dia maen..haha. lazimnya buah yang kat atas tulah yang jadi peluru, si terung anggur. kalo tak pun biji getah la yang jadi mangsa otai-otai kampung bila nak maen senapang patah..haha. tapi yang aku nak point, buah ni sedap kalo makan mentah-mentah, buat ulam colek dengan sambal tempoyak..nyumnyum..
dah alang-alang cerita pasal senapang patah ni, apa kata kita cerita je terus. tapi korang kenal tak senapang patah ni macam mana. tak silap aku kumpulan xpdc ada nyanyi lagu senapang patah kot.. kalo silap maap yek!saya budak baru belajar..hihi. senapang ni kita design sendiri dekat kayu, then potong ikut design yang kita suka. then jadikan terung anggur ke, biji getah ke buah gam ke sebagai peluru..haha
ni dia senapang patah, pernah maen? |
selalunya kalo dulu-dulu waktu duduk kat kampung selalulah maen permainan ni. nyorok-nyorok belakang pokok, dalam semak sampai ada yang terbaring bagai sebab bajet macam pergi perang. pastu si emak pun bising sebab baju kotor..grrr.. hakikatnya dari zaman mak abah aku kecik lagi dah maen menda ni. kalo zaman diorang kecik-kecik lagi meriah maen ni. tapi sayangnya, permainan ni dah makin pupus. dah ramai tak kenal menda ni. yela, zaman dah berubah. tapi kalo dipikir-pikir, permainan orang dulu-dulu lagi best. kreatif pulak tu. tunggu apa lagi, jom perang senapang patah!
adoiiii. masih teringat saat2 kena peluru nih
ReplyDelete