SEGMEN CERPEN KREATIF : Rintihan Seorang Pengemis


ni entri untuk menyahut cababaran Ben Ashaari dalam SEGMEN CERPEN KREATIF. kalo nak baca dengah penuh perasaan, waktu baca tu boleh iringi dengan lagu  - lagu yang syahdu sikit. hihi..




Rintihan Seorang Pengemis
Tubuhku perit, panahan mentari bagaikan mencucuk setiap pelusuk tubuhku. 'arghh... sengsaranya!' kumenjerit di dalam hati. hanya Dia mendengarnya. bagaikan terlantar keseorangan di atas rekahan tanah yang menanti belah. cuba mencari sekelumit ilmu untuk meredakan ketandusan hatiku. semuanya telah terlambat. aku hanya mampu menyapu sepi air mata penyesalan. jika kuturuti pesan ibuku, mungkin bukan begini jadinya. mungkin aku bersama para cendekiawan, memikirkan apa yang mampu disumbangkan untuk penghuni bumi permai ini menikmati kehijauan alam yang diterangi oleh cahaya ilmu. namun, segalanya terlambat. hidupku  gelap. aku hanya mampu mengendong guni usang menyelusuri lorong sempit menjejaki tin- tin kosong demi mencari sesuap nasi.

hidup begitu indah apabila ianya ditemani ilmu

ngam - ngam 100 patah perkataan ni. dah kira dah..haha saya cuba ni Encik Ben Ashaari. manalah tahu nanti boleh jadi sehebat penulis Bumi Cinta ke, Habiburrahman El- Shirazy ke???ekeke. kengkawan, sesiapa nak join boleh klik sini. dah lama tak pektis tulis- tuli ni..hihi

23 comments:

  1. X sempat nak buat entry sal nih... Bz ngan kje skrg..hu3

    ReplyDelete
  2. @DeCrewz

    ni pun dapat buat entry sebab tengah free..tengah mamai buat entri..hihi

    ReplyDelete
  3. nice...good luck ya...:)

    ReplyDelete
  4. wow, mcm membaca cerpen Utusan gitu. gudluck ye :)

    ReplyDelete
  5. wah.. siap letak muzik lg ni.. saya xsempat nk buat apa2 td.. kelam kabut siapkan entri tu, takut terlepas pandang.. ape2 pun.. gud luck taw...

    ReplyDelete
  6. salam,,,

    kompom menang..

    ReplyDelete
  7. @sekamar rindu
    eh, knapa pulak?
    ramai lagi yg lbih kreatif..

    ReplyDelete
  8. wow...ala2 sasterawan gitu..hee..gd luck

    ReplyDelete
  9. wah...best cter ni..keep it up ^^


    salam perkenalan dari sy...


    husna :)

    ReplyDelete
  10. salam...

    hebat

    thanx singgah blog syira :)

    ReplyDelete
  11. ni idea dtg secara mamai2 bangun tido ni..hihi
    sja2 nak join segmen encik Ben..

    papepun thanks..jom meriahkan nak dunia blogger

    ReplyDelete
  12. mak eh...bunga2 ayat dia. Sampai 2 kali baca baru nak paham...ni bahasa sastera tinggi ni..hehe apa pun gud luck yo...

    ReplyDelete
  13. g.luck mudrika ,kreatif2...enjoy...

    ReplyDelete
  14. Kadang-kadang aku merasakan seolah-olah kucing dan anjing di jalanan mengetawakan aku. Aku mau marah. Tapi pada siapa? Pada anjing dan kucing? Mereka tidak bersalah. Kenal aku pun tidak. Ini salahku jua. Salahku. Salahku.

    Hehe. Suka je sambung. =P Sorry ea Mudrikah.

    ReplyDelete
  15. @A.D.A.M.
    haha..bagus2..silalah sambung
    jdi pendek sebab xbleh lebih 100 words..hihi

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer