salam. alhamdulillah hari ini dah habis semua paper subjek tough untuk ni. oyeah! merdeka jap..oppss terlupa pulak yang sabtu ni ada lagi satu paper, iaitu subjek pendidikan, Pembelajaran & Perkembangan Pelajar..uish jangan main-main tu, kena pulun study sebab 4 jam kredit tuh. kalo tak dapat gred yang bagus, berdebuk je pointer tu drop, macam buah macang jatuh ke tanah..haha..eh tersilap ajar plak, jangan belajar sebab nak jawab exam je ea..belajar untuk hidup, paling tepat belajar keranaNya..
nak taw tak apa yang aku buat tiap kali jawab exam:
- ofkos la tayangkan kad matrik dengan slip exam..hehe
- aku keluarkan segala harta yang ada dalam pensel case yg percuma 'marigold' tuh..hihi. tapi kiut la pensel case tuh..
- mesti la baca doa, minta dipermudahkan segala urusan tym jawab exam tuh..
- aku conteng kertas draf sementara nak tunggu pengawas bg arahan 'anda boleh mula menjawab'. segala menda aku tulis. kalo fizik ng termo macam-macam aku tulis
- ni yang paling aku suka. buka kasut. tarik kaki terus bersila atas kerusi..haha. aku tak kira even kalo mamat hensem pun duk sebelah aku, aku nak gak bersila. itu keselesaan aku. ada aku kesah sapa duk sebelah aku..haha
- kalo dah tak taw jawab tuh, cuba-cubalah beristighfar, kot-kot dapat jawapan. selalunya aku dah termenung sampai tunggu masa exam abes je..hehe
hah, tu jelah kot yang aku nak share dulu. sem tiga ni banyak gak kenangan...
0 silent speaker(s):
Post a Comment
ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)