kisah si botol| kicap yang sadis

waa.. dah lama aku tak bagi chance kat si jari- jemari aku ni nak menari atas pentas keyboard ni. so, sementara masih diberi peluang ni aku nak share sesuatu, pasal si botol. bukan kisah si kakitangan botol keh! tapi kisah kehidupan aku dengan botol.. hihi. before tu boleh sediakan tisu kot-kot nanti time baca tu berpeluh dahi..ekeke. trik nafas panjang-panjang dulu eh..

aku rasa sejarah ni tercatat pada tahun 1998, uish cam ayat dalam buku sejarah je..hihi. waktu tu aku baru darjah dua. time tu aku dah duduk kat kampung. satu family dah duduk kat kampung, duduk dekat umah nenek belah mak aku. bila duduk kat kampung ni, pepaham jela kemudahan dia camna. kedai pun jauh je.

bagi orang yang hantu kicap, kicap tu wajib ada setiap kali makan nasik. nak dijadikan cerita, kicap umah nenek aku tu dah habes, so nenek aku suroh la aku pergi beli kicap kat kedai seberang. kenalah aku meredah kawasan empang, tapi keliling tu sawah padi la. time aku pergi tu dah tengah hari. bayangkan matahari tengah steady terpacak atas kepala. aku pun berpenat lelah la mengayuh basikal BMX aku yang kecik yang still kaler pink time tu. sesampai je kat kedai aku pun beli la kicap cap kipas udang yang kaler merah tu.

so, perjalanan balik tu aku still ikut jalan yang sama. tabah je aku kayuh gerek aku tu tengah-tengah panas. dahla beskal tu roda dia kecik, so pepaham jela barapa kilometer sejam laju dia..haha. yang bertambah penat bila jalan tu pulak jalan batu kapur lagi rasa aku. waa, siyes penat kalo ingat balek..

sesampai je kat rumah, aku punya la eksaited bawak kicap tu, yela dah lapar nasik dah time tu. tapi malam tak berbau, pappp!!! botol kicap tu jatuh kat lantai. pecah hancur bertabur semua ada. abes kicap tu tertumpah kat lantai. wuuuu.. terus muka aku jadi muram time tu dan time tu jugak aku nanges. waa, sadislah. sebab aku penat-penat kayuh beskal tengah panas yang jarak lebih kurang satu kilometer tu, tuptup kicap tu jatuh. tak sempat nak makan.

disebabkan kesian tengok aku, mak aku pun pergi semula kedai untuk beli kicap baru. tapi naek motor la.. hihi. siyes, sampai sekarang aku still teringat pasal kisah sadis ni taw. semalam aku pergi beli kicap cap kipas udang, harga dah empat ringgit lima kupang.. waa, mahalnya harga dia. dulu-dulu baru 2 hengget empat posen je, tapi zaman tok kaduk dulu la. time kicap aku jatuh berderai tu..haha

images

3 comments:

  1. lor..susah2 beli. jatuh berderai lak. time kecik2 mmg hantu kicap. kalau tak dapat, mood makan kurang. tapi sekrang dah tak kisah sangat.. ada kicap ke takde. makn je :D

    Pendapat anda?
    Souvenir dari melaka

    ReplyDelete
  2. alala..camam mane lak boleh jatuh

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer