stalker| aku yang bermata liar

wah, kalo tengok tajuk entri macam panas suam-suam kuku je. tapi suam-suam kuku tu macam mana eh? berapa degree celcius, berapa kelvin? haha. pandai sungguh nenek moyang kita dulu-dulu buat istilah ek. okeh, sori aku dah melalut.

aku nak cerita sikit apa yang aku dapat melalui pemerhatian aku. apa dia? relaks-relaks dulu okeh! since aku dah aktif membelog sekarang, si mukabuku aku tu dah jadi macam anak tiri tikus beranak sepuluh je..haha. fesbuk tu dah jadi space untuk aku tahu perkara-perkara penting dari budak kelas je. yela, papehal diorang akan post kat wall group je, kalo ada test ke. kuiz ke, tutorial ke.. saving! tak yah anta meseg kat fon. kadang-kadang kat fesbuk juga jadi tempat aku nak pomot blog usang ni..hehe. tak malu weh!

antara perkara yang aku suka buat kt fb ialah jadi Stalker. untuk siapa? jengjeng.. sebab kadang-kadang dah tak taw nak buat apa dah kat fb tu, so macam best jugaklah kalo jadi nakal ni. masuk wall orang, tengok aktiviti mereka, relationship status, picture-picture mereka ni. uish, serius aku memang nakal okeh! jangan salahkan aku yang masuk wall korang, tapi tanya kenapa korang exposekan ‘privasi’ korang tuh..huhu

kmhn85l

paling syok kalo ada relationship status yang siap ada link lagi. tanpa segan silu memang aku akan klik ah. pastu ada pulak picture ‘bersama’ antara kapel ni. siap ada ayat dan status yang suwit- muwit lagi tuh.. kadang-kadang aku tersenyum sendiri depan lappy, esh perlu ke macam ni? semoga diorang berkekalan..amin

bila aku melawat semula page tu untuk kesekian waktunya, aku tengok semua tuh dah takde. status dah jadi single. ada album yang dah kena delete. status pulak kadang-kadang dah berbaur sumpah seranah. haish kenapa jadi macam tuh? bukan aku nak jeles tengok orang-orang ‘berbunga-bunga’ kat fb ni, tapi kadang-kadang aku kesian je bila relationship tu dah takda. kalo tengok picture before-before ni, memang nampak macam dah kawen la.. tapi lepas tu free-free je ditinggalkan macam tu. macam touch & go pulak..huhu

sori, aku takda niat nak kata sesiapa. tapi ni pemerhatian dan kesimpulan aku. dah banyak aku jumpa kat fb. tak semestinya semua ‘kegembiraan’ yang kita ada tu perlu share dekat fb, soal hati ni private. macamlah rumahtangga, tak perlu kita riuh sekampung nak bercerita. no wonder kalo aku dah hide 2 3 fb dekat home aku sebab setiap kali diorang ni update status, mesti ada nama kapel masing-masing plus dengan ayat jiwang-juwang lagi..euwww. kalo ikut hasutan syaitan boleh je kalo aku nak buat, tapi sabar dulu. mujahadah itu pahit. nanti dah sampai masa nanti insyaAllah..

aku tulis ni pun sebab tadi aku baru je bukak satu page tu, then segalanya dah ‘berubah’

1 comment:

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer