solat pun boleh mencuri

salam. entri kali ini versi ala-ala tazkirah sikit ye. hmm, kita sesama kawan kenalah saling mengingatkan an? kalo tak apa fungsinya kawan kan. okeh, sekarang nak sentuh bab ‘mencuri’. kita ni bila dengar je perkataan ‘mencuri’ mesti imagine muka penyeluk saku la, itu la, ini la. kebanyakannya memang ‘bad image’ la.  cuba tanya diri sendiri, agak-agak kita ni pernah tak mencuri tak? kalo yang pernah sila angkat tangan dari keyboard..hehe. eh mintak maaf, gurau je. mestilah rakan blogger tak buat kan menda-menda macam tu. minta dijauhkan..na’uzubillah.

tapi korang yakin ke korang tak pernah mencuri? pernah dengar tak mencuri dalam solat? hmm..camna tu ek. okeh, meh sini kita kongsi.

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.
Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?”
Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad).

Dalam solatnya, pelaku seolah-olah melakukan sujud dan rukuk dengan cara seperti mematuk-matuk kerana terburu-buru. Baginda mengibaratkan seperti burung gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma.

“Bagaimana ia boleh kenyang?” , tanya baginda.
Sikap terburu-buru dalam solat, hingga merosak gerakan dan makna solat, termasuk perbuatan dosa.

Hal itu sama saja dengan memusnahkan thoma'ninah yang merupakan salah satu rukun solat. Padahal, tidak ada solat tanpa melengkapi rukun-rukunnya.
Jadi, dengan tidak dipenuhinya thoma'ninah, solat bukan sekadar tidak sah, tetapi solat itu dianggap tidak ada.

Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat

(QS Al-Ma'un: 4).

Mengapa Allah dan Nabi saw mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri?
sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandungi makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung. Membuang thoma'ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan.

solat-1

kalo nak tengok sumber klik sini. dulu selalu dengar pasal ni kat tv3, waktu ‘tanda masuk waktu solat’

harap- harap lepas ni kita sama-sama menjaga kualiti solat kita kan. after this, kalo nak rushing sekali pun, solat tetap kena jaga juga. aku pun sama-sama mengingat diri yang serba kekurangan ni. kadang-kadang after solat tu ada jugak terfikir, solat aku tadi diterima ke tak..hmm. sama-samalah renungkan ek. selamat beribadah ^^

1 comment:

  1. sapa solat tak tokmaninah, nanti nabi tak mngaku umat..
    kat dunia de org tak mgaku sedara tak pe lgi. kt akhirat nabi je yg leh tlong, kta nabi tak mgaku umat kan payah tu.

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer