| kisah si cili | arghh..mata aku


salam. ada orang tak ni? hmm.. nak share something yang best ni. tapi tak tahu la pulak best ke tak bagi korang. bagi aku best, sebab ianya paling sangat berguna pada aku sendiri.
kita sendiri sedia maklum, nenek moyang kita dulu-dulu sangat kaya dengan aneka ‘skill’ dalam melakukan sesuatu atau dalam nama lainnya kita panggil PETUA. mungkin sebab orang tua yang ‘cipta’ kot, so panggil ‘petua’. kalo orang muda yang cipta, panggil ‘pemuda’ la..erk??? esh, aku dah merepek dah..haha
okeh, aku nak tanya apa yang korang buat kalo tengah-tengah tumbuk lada, mata korang termasuk lada. hmm, mesti ada yang tertanya-tanya ‘lada’ tu apa, sebab kalo kat pahang, kebanyakannya panggil cili tu ‘lada’. kalo tang utara, depa dok panggil ‘cabai’. okeh, paham?
images
tak tahu guna menda ni memanglah cili masuk mata..waaa
so, aku nak kongsi rahsia ni. nenek aku kata:
“kalo mata kanan yang terpercik lada, cepat-cepat pergi basuh ibu jari kaki kiri. kalo mata kiri yang kena, cepat-cepat pergi basuh ibu jari kaki kanan. ibu jari kaki je, jangan basuh semua”
kreatif dan sungguh saintifik nenek moyang dulu eh. walaupun dorang kebanyakannya sekolah sampai darjah enam sekolah melayu je, tapi dorang banyak aplikasikan menda-menda macam ni dalam kehidupan. aku rasa petua yang kat atas ni dorang guna teori refleksiologi pada tapak kaki. itu apa yang aku rasalah.
so, kalo nak uji keberkesanannya bolehlah pergi ke dapur, dan buat-buat mata terkena cili..hehe. selamat mencuba. aku dah uji keberkesanannya..ekeke. insyaAllah..

1 comment:

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer