|cerita si bawang|ohh..tak pedih mata

Ini kesinambungan yang bab petua pemuda yang sebelum ni. okeh, meh kita kongsi lagi. kali ni aku nak cerita pulak macam mana taknak kasi mata kita pedih waktu tengah siang kupas bawang. hah, camna? cuba fikirkan. agak-agaknya korang kena pakai google ke, atau pakai topeng waktu tengah buat kerja tu. oh tidak! tak perlu buat semua tu okeh. just do this ok.
dimulakan dengan Bismillah..disudahi dengan alhamdulillah…eh jadi lagu pulak kat sini. opss..dah kenyang makan bawang pulak..ekeke. senang je sebenarnya, amek sebiji bawang kecik atau lebih dikenali sebagai bawang merah tu, then cucuk dekat hujung pisau. buat macam ni..
bawang
pastu teruskan jelah kerja korang yang nak kena kupas bawang tuh ea. insyaallah mata korang taklah terlalu pedih sampai berair-air macam orang nangis putus selipar..haha. kalo tak percaya, try tengok makcik-makcik yang selalu wat kerja rewang waktu kenduri-kenduri ni. mesti dorang akan letak bawang kat hujung pisau dorang..hehe. aku salute la dekat orang yang reka petua ni. apa kaitan dia dengan mata jadi tak pedih pun aku tak tahu. so selamat mencuba! apa tunggu lagi, pergi tolong mak kupas bawang kat dapur tuh.
jangan pulak lepas ni semua bawang kat dapur habis dikupas sebab terlalu excited mencuba..hikhik

7 comments:

  1. Bagus untk perkongsian kita bersama.

    ReplyDelete
  2. btw : anda kna taG.!! yihaa.. jom join GA

    ReplyDelete
  3. Ambo da torai buat, tp nape pedih jgk...ke ambo salah teknik..he3

    ReplyDelete
  4. @DeCrewz

    haha..tataw la pulak..
    makna kata dapat la reduce pedih tu..hihi

    pernah kupas bawang tak?ekeke

    ReplyDelete
  5. nasib baik la G tak penah kupas bawang.. tak de pengalaman pedih mata.. :P

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer