| kisah lembu | merah itu seksi

dulu pasal cili, pastu pasal bawang. sekarang pasal lembu pulak..eshesh..macam- macam la pulak aku ni. tapi takpe, hidup kena serba ada, macam makcik dalam iklan astro tu cakap, 'macam- macam ada..'..haha. tapi aku nak tanya, korang kenal ke lembu? lembu tu binatang ape? haha.. okeh, meh cikgu ajar, L.E.M.B.U..lembuuuuuuu..agagaga..

besau tak lobang idong den???

okeh, aku nak share sesuatu yang melibatkan lembu. ni kisah benar, berlaku around 1999 rasanya. dah lama jugaklah, budak  yang jadi mangsa kes ni pun dah matured dah..hahaha, giler perahsantan.. kisah ni terjadi kat aku sendiri. waktu tu aku nak pergi mengaji, mak kata, "tak payah pergilah, tak dapat nak hantar sebab takda moto..". tapi bukan bermakna mak aku saja- saja tak bagi aku pergi okeh!

so, disebabkan semangat nak pergi mengaji tu still berkobar- kobar, aku pun tetaplah nak jugak pergi mengaji, aku cakap kat mak aku, "takpe, along jalan kaki jela"..hmm jarak tu nak kata jauh, boleh tahan la jugak. tapi biasalah budak- budak, kalo dah semangat semua menda dia maen rempuh aje. jauh pun nampak dekat. aku pun tacaplah comei- comei, dengan baju kurung kaler merah, dengan tudung simbul versi kanak- kanak ribena  air sirap bandung..haham sebab  dulu- dulu aku tak minat ribena..kuikui. lepas je salam cium tangan mak, aku pun teruslah melangkah berjihad..ecece..

sampai je kat tengah jalan, aku nampak ada sekor lembu ni, tapi ada tali kat hidung dia. terparking berehat- rehat kat dalam kebun. bulu mata dia, uish lentik seh, 45 darjah kot..haha. dengan perang je lagi mata dia. so, aku dengan konfidennya jalan sebab selalunya lembu tu tak kaco orang.

nak dijadikan cerita, tetiba je dia berbunyi.."moooooo.." ehh..camtu eh bunyi lembu. ah ape- ape jelah. aku pun pandanglah dia. dia pun pandang aku. macam date lah pulak..hahaha. tiba- tiba, dia bergerak macam nak mendekati aku, aku pun try lah nak amek batu..huh. tak sempat pun aku nak amek batu, korang taw dia buat ape? dia bantainya duk kejar aku.. waktu tu aku dah lari memang dah tak pandang bawah, boleh jadi sprinter. aku pun jerit, "makkkkkk!!!!". sekuat hati aku menjerit, tambah sikit nanges- nanges zaman budak- budak punya bunyi..hihi. siyes, lembu tu kejar kaju giler, tapi naseb baek ada rumah orang kat tepi tuh. aku tak tahu malu terus panjat je bukit umah jiran tu dan nanges bagitahu, ada lembu kejar..waaaaa.. tersedu- sedu.. malu pulak bagitahu aku nanges..ekeke. jiran aku pun terus tolong halau lembu tuh, kalo tak mesti kecoh ah sekampung..haha

setelah dikaji kaji kenapa aku dikejar, sebab aku pakai baju merah. sebab orang kata, lembu akan tertarik pada kaler merah. tapi kenapa? aku rasa sebab merah tu seksi kot, sampai dia pun terflirt  kat aku waktu tu..haha. tapi aku still pergi ngaji jugak, sebab anak jiran tu tolong hantarkan. tapi aku lap abes dululah air mata aku tu..hihi. kalo niat kita baek, insyaAllah Allah tolong an? tapi sampai sekarang aku still ingat lagi pasal lembu tu, aku panggil dia 'perang' sebab bulu mata dia perang..ekeke. lepas dia takda, terus aku rasa aman dan tak beranilah nak pakai baju merah kalo buat lintas langsung depan lembu..haha. 

1 comment:

  1. salam..

    memang betul la ek lembu akan kejar orang pakai baju merah..selalu dnegan orang kata jangan pakai baju merah nanti kena kejar dek lembu..hehe

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer