mereka memang hebat!

sekarang ni still takda kerja yang berat bertan-tan lagi, so aku still boleh bersiar-siar di perkampungan blogger. lagipun ketua kampung cakap, "jalanlah sesuka ati, pergilah mana-mana rumah yang kamu suka.." ekeke. then bila aku masuh sesetengah 'rumah' tuh, ramainya peminat setia dia. maksud aku kat sini blog eh. kalo tengok tarikh belog tu didirikan, baru je bebrapa bulan. tapi follower dia ramainya mak aih.. memang beribu-riban lah. dah tahap k @ 'kilo'. rasa macam segan silu je nak masuk..grrr.. tapi kalo malu. lagi la sesatkan..
rasa beza macam kapal dengan menda yang cenonet tu je..
kadang-kadang aku pun tertanya-tanya, mesti diorang ni rajin sungguh. berjalan sana sini. idea pulak memang tiptop. ringan-ringan tangan nak menaip. belog pun cantik-cantik je. sampai semua orang suka. aku punya pulak macam hidup segan mati tak mahu je..huhu. tapi takpe, belajar dari pengalaman. kena ingat balik apa tujuan aku berblog, i can do it! insyaallah. bukan bermakna gila follower, tapi kadang-kadang je syaitan menghasut hati ni...hehe. tapi aku memang salute la pada blogger hebat especially macam Ben Ashaari. macam-macam menda aku belajar dari belog dia tuh. thanks a lot!

takpa, dalam nak mencari kawan kenalah slow-slow.. lama-lama nanti ramailah kawan tu. yang penting, kalo kita ikhlas, insyaallah dipermudahkan. betul tak? bagi yang sudi jadi follower belog ni. tenkiu eh. semoga ukhwah yang terjalin tu sentiasa terpelihara. thanks sebab sudi share-share ilmu eh.. eh, macam entri versi airmata pulak. jangan nyanyi lagu sekadar pinggiran sudah.. apa-apa pun, aku berharap belog aku ni takkan berhenti separuh jalan sebab nanti boleh tunjuk kat anak-anak, 'yang nilah belog mak..'haha.. ni ada pantun sikit..

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan;
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti;
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati..

3 comments:

  1. hihi..thanks kalo kata cantik

    smoga ukhwah kita berkekalan..amin

    ReplyDelete
  2. berblogging ih dpt tambh kengkawan!! hai nur!! slm kenal!! :)

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer