sesungguhnya aku sangat suka naak tulis macam-macam ka belog aku ni. tak kesah la ada orang nak baca ke tak, yang penting aku puas. bagi yang sudi baca tu aku ucapkan jutaan terima kasih daun keladi bunting ea.. hihi
kali ni aku nak bercerita pasal si lelabah pulak atau dalam bahasa omputehnya spider. tapi yang ni bukan calang-calang labah-labah, tapi ni pasal labah-labah beruk. kenai tak? kalo tak taw boleh tanya abang google..hihi
kisah ni pulak waktu aku darjah lima, tahun 2001. waktu tu waktu maghrib, then ayah aku soh aku solat. tapi aku ni sangat tegar. astaghfirullah, malas nak pi solat time ayah aku suroh tu. tapi lama-lama aku gi jugak solat, cuma la sikit.
after aku dah amek wuduk, opkos la kalo perempuan nak solat kena pakai telekung an. so hati kecik aku yang nakal ni pun berbisik, ‘pakai telekung adik je, tak payah pakai telekung sendiri’ siap bertanduk lagi..haha. aku pun ikutkan jela hati aku.
tuptup, tangan aku macam kena gigit dengan sumting, then aku nampak si labah-labah beruk ni baru je keluar dari telekung aku tu buat lintas langsung. cait! berani kau. tiba-tiba terus terasa sakit. aku pun terus nanges kat atas kerusi sampai dok tekan-tekan tangan aku yang sakit tu.
yang lawaknya, bila abah aku tengok aku nanges, dia ingat mak aku marah. yang mak pulak, ingat aku nanges sebab abah marah. aku pulak diam je seribu bahasa. last-last, mak abah aku pelik. pastu, salah seorang tanya kenapa aku nanges. so, aku pun menjawab dengan tambahan airmata
“kena gigit dengan labah-labah” time ni cara nanges dah matang sikit..hihi
mak aku apa lagi, terus je amek kaen ikat kat lengan aku, tak nak bagi bisa labah-labah tu merebak. abah aku pulak, after solat cepat-cepat amek inisiatif nak bawak aku gi klinik. naseb baek aku tak pengsan. rupa-rupanya labah-labah beruk ni boleh bawak mati, patutlah mak abah aku yang gelabah semacam, aku pulak lek-lek je tak bagitahu..hihi.
kat klinik tu aku dapat la 2 injection. paling aku ngeri bila abang yang klinik tu maen gerak-gerak je jarum kat lengan aku. dia pusing kanan, dia belok kiri sebab nak letak ubat kat area sengatan tu. waa.. memang nice experience. lepas tu aku cam seram gak kalo nampak si keterunan ‘beruk’ ni.
0 silent speaker(s):
Post a Comment
ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)