kisah PMR aku

hari ini memang sedia maklum yang budak-budak yang amek pmr akan result diorang. okeh ke tak okeh bergantung kepada usaha yang telah dilakukan before tu. tak silap aku, ramai jugak antara blogger kita yang amek keputusan hari ni kan? papepun yang korang dapat, tahniah diucapkan. tak kiralah lepas target or tak, tapi itulah yang terbaik dariNya. Dia Maha Mengetahui.

okeh, aku nak share kisah pmr aku 5 tahun lepas, 2005. cerita ni ada unsur sardin sadis la jugak. aku ni duduk kat perak, tapi aku sekolah dekat pahang. aku duk hostel. kalo cuti hujung minggu juz tido bawah ketiak nenek je..oppss, kantoi. haha

disebabkan jauh sangat nak pi amek keputusan dan abah aku pulak susah nak cuti, so aku hanya mampu mendengar keputusan pmr aku dari jauh jela. dari corong-corong telepon umah je. nak buat macam mana, aku pasrah!

tiba masa yang dinantikan.. semua orang dah dapat result masing-masing. aku je belum. tapi aku dapat kol bertali-tali. kebanyakan yang kol tu kawan-kawan baek aku dan result diorang memang umphh la..macam teh boh, memang umphh..hehe. aku pulak macam ketaq lutut je tunggu keputusan.

tak lama lepas tu, aku pun dapat meseg dengan ‘kawan’ zaman ‘monyet’..opss, kantoi zaman skolah pun dah gatai..haha. dia bagitahu aku dapat sekian-sekian. waa, macam bergetar je hati nak bagitahu mak. mesti dia macam ada terkeciwa gak. tapi aku bagitahu jugak. mak kata takpalah.. aku terbabas 3 subjek..huhu
kemuncak dia bila ramai sangat yang dapat straight A’s. waa, jiwa tak tertahan dah time tu. akhirnya pembetung dekat empangan air mata aku pecah. abes banjir semua bantal peluk aku. hilang terus selera nak makan time tu. kerabu pucuk paku faberet aku yang mak aku buat special pun tak larat nak telan..huhu. aku nanges, nanges dan nanges.

puas jugak orang sekeliling aku pujuk-pujuk supaya tak down. paling aku ingat, mak aku cakap, “takpalah, pmr je pun.. awak dah usaha. lepas ni belajar betul-betul. spm nanti buat leklok..”

alhamdulillah, dengan berpegangkan nasihat mak aku, aku dapat survive for spm sampailah dapat keputusan yang cemerlang bagi aku. alhamdulillah. tapi kadang-kadang aku tersedar, maybe jugak sebab aku buat menda yang Allah tak suka time form 3 tu, sebabkan tu doa tak dimakbulkan. naseb baek spm aku dah tak terlibat dalam anasir-ansir negatif ni..hihi alhamdulillah berhasil. papepun, semua tu just sementara. orang yang berjaya ialah orang yang pernah gagal. aku ingat pesan cikgu aku, tak kiralah kita lulus or fail, itulah yang terbaek dari Allah untuk kita. okeh!

3 comments:

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer