Cover Your Aurat Campaign | SHOW YOUR SUPPORT!




hari rasa macam nak berkempen pulak. bukan nak menabur janji manis macam nak bermanifesto okeh. tapi nak share pasal janji Allah bila kita berjaya menyahut kempen yang dianjurkan ni, COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT! betol tak? sesiapa yang setuju, boleh angkat tangan, kejap lagi cikgu kira eh..hehe. sesiapa nak join boleh klik picture yang kiut kat atas tuh..ekeke

okeh, aku jumpa pasal kempen ni waktu tengah bersiar-siar dekat dashboard tadi. aku tengok macam menarik je. so, aku pun rasa macam interested je nak join. kenapa? sebab bila ada yang terbaca pasal ni, insyaallah secara tak langsung kita dapat mengingatkan sesama kita. betol tak? kalo tak, apa gunanya kita semua berkawan kalo tak mengingatkan antara satu sama laen..

apa pandangan anda tentang menutup aurat?
merujuk Kamus dewan Edisi ke-4, aurat ialah bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup. bagi aku pulak, aurat ni adalah bahagian anggota kita yang memang orang laen tak boleh tengok except muhrim je. huhu. ramai yang dah beranggapan pakai tudung je dah dianggap menutup aurat, tapi hakikatnya mereka tak mengikut panduan yang betul -betul digariskan oleh syara'. rasanya pernah cerita dekat entri yang lepas. kalo kita menutup aurat, secara tak langsung kita sendiri dapat mengelakkan jenayah -jenayah seksual yang kian berleluasa. kadang -kadang aku tengok orang tu dah elok pakai tudung, tapi bila tengok bawah laen pulak..hmm.aku rasalah, bila menutup aurat kita akan rasa tenang je, dekat je denganNya. nak belajar pun senang je. sorilah, takde niat nak kata sesiapa. ni just pandangan aku. aku pun sedang berusaha nak memperbaiki diri ni. semoga dipermudahkan..amin. bagi yang perempuan tu, kita kena ingat, pandangan lelaki tak sama dengan pandangan kita..huhu. marilah sama-sama kita menutup aurat. ingatlah janji Allah kepada kita semua. jom kita sama-sama try ek. insyaAllah Allah tolong hambanNya yang ingin berubah ke arah kebaikan. Ayuh!

Rasulullah s.a.w bersabda, 
Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala  dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau  syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
Hadits riwayat Muslim
Allah sangat sayang pada wanita yang menutup aurat. nak tahu kenapa?sebab..
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar
Ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam bagi pakain wanita ia sebagaimana berikut;
  1. Hendaklah menutup kawasan aurat. Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan mengikut jumhur ulamak).
  2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
  3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
  4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
  5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
  6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
  7. Bukan pakaian syuhrah (iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain)
  8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.


kalo nak tahu lebih lanjut pasal aurat boleh rujuk sini

so, bersama-samlaha kita memeriahkan kempen ni okeh. bagi sesiapa yang berminat jomlah join kempen ni. saya taknak tag sesiapa sebab tak perlu ada paksaan kalo nak sampaikan sesuatu kebaikan tu. bagi sesiapa yang berminat nak join boleh klik sini. tahniah dan terima kasih diucapkan. semoga sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya..amin

5 comments:

  1. benda wajib yang orang selalu pandang ringan..

    ReplyDelete
  2. thanks for supporting ye semua!
    semoga usaha kecil kita semua ni diberkati Allah =)

    ReplyDelete
  3. @cikgu isza
    setuju dgn cikgu..
    semoga kita semua tak terlepas pandang dgn semua ni..insyaallah

    ReplyDelete
  4. @asyfiqaz

    insyaallah..semoga dpermudahkan segalanya.amin

    ReplyDelete
  5. sy sokong campaign ni :)

    follow u
    can vote my blog plezz??
    mika diaries at http://bpm-undip2.blogspot.com/
    thanks ya

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer