si kucing | bahaya kepada si ibu

kucing ni memang sinonim dengan kehidupan kita especially bagi yang suka bela pet kat rumah an. memang kebanyakan orang akan memilih untuk bela kucing daripada bela binatang yang laen, maybe sebab kucing ni nampak macam senang je nak jaga. selain tu, kucing ni pulak jenis yang suka nak manja-manja dan jenis yang boleh paham perasaan owner dia tu. kadang-kadang aku rasa kucing lagi mendengar kata, macam kucing aku; tompok. hah, pomot kucing sendiri pulak..ekeke

ya Allah..comelnya..
tapi tahu tak yang kucing tu boleh bagi side effect kat kita especially kat kaum ibu. baru-baru ni aku tengok wanita hari ini. perbincangan hari tu ada cakap pasal binatang peliharaan.  then dorang ada cakap yang najis kucing ni berbahaya kat kaum ibu especially yang tengah pregnant. so, aku macam terpanggil pulak nak tahu sejauh mana kebenaran tu. aku pun mintak tolong abang google tolong carikan. ada la sikit info yang aku dapat. 

dalam usus kucing ada sejenis parasit yang membiak iaitu protozoa Toxoplasma gondii, yang boleh didapati dalam najis kucing ataupun tanah. parasit ni menyebabkan sejenis jangkitan  yang sering ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius pada baby dalam kandungan. so, ibu mengandung boleh dapat jangkitan ni bila dia sentuh najis kucing. uish, bahaya tuh!


Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya. 

bila  si ibu dijangkiti dalam trimester pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.

Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.

Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.

Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

disebabkan  toksoplasmosis  boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, kenalah amek beberapa precaution steps nak avoid perkara macam ni berlaku. Antaranya:
  • Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
  • Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak 
  • Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
  • Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.


bak kata pepatah, cegah lebih baik daripada merawat atau dalam bahasa omputehnya prevention is better than cure. aku pun baru tahu pasal ni. so, kalo dah kawen nanti kena fikir leklok ye kalo ada niat nak bela kucing..hihi. nak baca artikel penuh boleh klik sinitak rugi pun kalo baca. ni pun aku copy, paste. edit. summarize sikit-sikit..hehe.. tak larat aku nak wat total summary..hikhik. . persoalan ni dijawab sendiri oleh Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim. sumber Utusan Malaysia.

yang ni barulah Tompok..hihi

8 comments:

  1. amy pun ada tengok baru nie..padan la masa gi hospital dulu doktor cakap minta amy jauhkan diri dari kucing sebab itu salah satu faktor utama keguguran...

    ReplyDelete
  2. salam

    pernah baca, kucing boleh menyebabkan mandul,,

    tapi syira memang tak suka kucing :(

    ReplyDelete
  3. comelnye si tompokk! ^^
    bahaye gile kot najis kucing kan? bukan kencing tikus je. hmmm..

    ReplyDelete
  4. ala,susahla cmni nak pregnant bila bela kucing nnt.dear suke sgt ngan kucing.hiii~

    ReplyDelete
  5. @Amy Syaquena

    so, pasni kena la beware an. nmpak comel, tp ade side efek rupenye

    ReplyDelete
  6. @syira aka sepatu hijau

    waa..kita since kawan baek kite suke kcing, kita pulak mkin terpengaruh..huhu

    ReplyDelete
  7. @n!da

    semua menda yg keliling kita ni bhaya sebenarnya..kna berhati2..

    ReplyDelete
  8. @Sachi Asukai

    takpe, kalo niat kita
    ikhlas insyaalah takda pape. Allah mrancang yg terbaek. rezki tu dtangan tuhan an.. bdoa jla..

    sy pon suka kucing^^

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer