| kisah itik serati | kemana kau terbang?

seorang cikgu sains masuk ke kelas, melangkah dengan penuh yakin. lepas je student bagi salam dan baca doa, dia pun mengeluarkan suara dari tekaknya..hahaha. ayat terbombastik pulak..agaga
 "our new lesson for today is animal kingdom. I want to introduce to all of you a kind of itik" 
sila guna nada macam cikgu nak pahamkan student okeh! tapi please, jangan tiru cara merojakkan bahasa tu..hihi. cikgu pun mula mengajar..

this is DUCK. spell D.U.C.K..duck

but this is Donald Duck..haha
kelas berjalan seperti biasa. okeh, kembali ke pangkal jalan. hari ni aku nak cerita kisah lawak pasal aku dengan si itik serati pulak. semalam dah cerita pasal lembu an? so hari ni pasal itik serati ni pulak. tapi kenal ke itik serati ni camna rupanya???

macam ni lah rupanya. yang bezanya kat kepala dia macam ada aksesori  kaler merah tu
alkisah...
waktu aku sekolah rendah dulu, nenek aku ada bela itik ni. itik ni kan suka terbang-terbang. makna kata, dia boleh terbang jauh- jauhlah jugak. tak macam itik biasa yang selalu lenggang kangkung mak limah jual cendol tuh..haha..opss..mintak maaflah mak limah, pinjam nama jap.

hendak dijadikan cerita, itik di terbang jauh dari rumah nenek aku sampai tak balik ke 'hotel' dia untuk beberapa hari. so, aku dengan mak aku menjejakinya, alhamdulillah berjaya. dia dok pi nyorok kat umah jirang seberang paya nuh. jenuh mencari. so aku pun macam sangat excited dengan kejayaan menjejaki si itik ni.

disebabkan kegembiraan tu, aku balik rumah dengan gembiranya sambil mengendong itik itu. pegang kuat- kuat tak nak bagi terlepas. then, bila sampai je rumah, dia terus memberontak nak dilepaskan. nak tahu tak apa yang terjadi after aku lepaskan dia????jengjengjeng..sila buat nada suspen..ekeke

'prettt..' aku speechless dan tergumam. dia terbang dan b*r*k kat aku. haish! habis seluar baju aku dari pinggang ke bawah. mula- mula aku biasa je lagi, tapi bila semua duk gelak kat aku, nenek, pakcik, mak, adek deng sepupu aku semua buat macam tu. aku apa lagi. "waaaaaaaaa.." nangis. huhu. malu kot. tak pasal- pasal aku kena mandi time tu juga

sampai sekarang aku still ingat pasal itik serati ni taw. kadang- kadang kalo bosan memang dijadikan isu dalam family. niat di hati nak tolong si itik, tapi laen pula yang aku dapat..huhu. sesiapa rasa nak gelak jahat ke, gelaklah. aku tak kesah. dah tak nanges da..hahah

3 comments:

  1. HAhahahahahaaaaa.~~~!!!!!!!!
    cian die... ekekeke... tak larat nk gelak da..

    hurmm .. knpe tak tagkap jer blk wat itik gantung.. hahaaa

    ReplyDelete
  2. haha..mesti jadi kenangan terindah bersama itik tu kan ^^

    ReplyDelete
  3. @khaiyisah husna
    lebih kurang 'terindah' la..sampai sekarang still ingat lagi..

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer