saya dah malas tulis entri

dah nak stop berblogging ke cik nur mudrikah oi??? tak kan merajuk kot. muahaha. kalo merajuk tu bukan aku okeh! I tak suka merajuk-merajuk ni taw, pujuk orang merajuk pun tak suka. DISLIKE!


macam kat fesbuk pulak ada istilah like ke.. dislike ke.. ekeke. bukan apa, 2010 dah nak melabuhkan tirai. dah macam sejarah dah tercipta dan tercoret dalam diari 2010 tuh. persoalannya, tahun ni aku tulis diari ke? hihi. jawapannya YA! aku tulis untuk minggu pertama tahun 2010 je..agaga

disebabkan 2010 dah nak tutup tingkap dan cik 2011 dah nak menggantung tirai baru, mari la sama-sama kita memasang azam okeh. aku dah berazam dah. kalo tak percaya boleh baca kat sini. bagi yang dah baca tu. okeh tak azam aku? bkan zam-zam ala kazam yeh.

papepun aku rasa ni entri terakhir aku. pasni aku malas dah nak berblogging. kepada follower jangan la sedih-sedih ea.. tapi ada ke yang sedih erk??? sebab jap lagi 2011 dah nak masuk. so aku dah malas dah nak berblogging bagi sesi 2010 ni..ekeke. 

papepun SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011. semoga ianya lebih baek dari yang sebelumnya. insyaAllah. jumpa lagi di dunia blogger sesi 2011..ekeke


si kucing | bahaya kepada si ibu

kucing ni memang sinonim dengan kehidupan kita especially bagi yang suka bela pet kat rumah an. memang kebanyakan orang akan memilih untuk bela kucing daripada bela binatang yang laen, maybe sebab kucing ni nampak macam senang je nak jaga. selain tu, kucing ni pulak jenis yang suka nak manja-manja dan jenis yang boleh paham perasaan owner dia tu. kadang-kadang aku rasa kucing lagi mendengar kata, macam kucing aku; tompok. hah, pomot kucing sendiri pulak..ekeke

ya Allah..comelnya..
tapi tahu tak yang kucing tu boleh bagi side effect kat kita especially kat kaum ibu. baru-baru ni aku tengok wanita hari ini. perbincangan hari tu ada cakap pasal binatang peliharaan.  then dorang ada cakap yang najis kucing ni berbahaya kat kaum ibu especially yang tengah pregnant. so, aku macam terpanggil pulak nak tahu sejauh mana kebenaran tu. aku pun mintak tolong abang google tolong carikan. ada la sikit info yang aku dapat. 

dalam usus kucing ada sejenis parasit yang membiak iaitu protozoa Toxoplasma gondii, yang boleh didapati dalam najis kucing ataupun tanah. parasit ni menyebabkan sejenis jangkitan  yang sering ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius pada baby dalam kandungan. so, ibu mengandung boleh dapat jangkitan ni bila dia sentuh najis kucing. uish, bahaya tuh!


Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya. 

bila  si ibu dijangkiti dalam trimester pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.

Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.

Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.

Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

disebabkan  toksoplasmosis  boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, kenalah amek beberapa precaution steps nak avoid perkara macam ni berlaku. Antaranya:
  • Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
  • Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak 
  • Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
  • Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.


bak kata pepatah, cegah lebih baik daripada merawat atau dalam bahasa omputehnya prevention is better than cure. aku pun baru tahu pasal ni. so, kalo dah kawen nanti kena fikir leklok ye kalo ada niat nak bela kucing..hihi. nak baca artikel penuh boleh klik sinitak rugi pun kalo baca. ni pun aku copy, paste. edit. summarize sikit-sikit..hehe.. tak larat aku nak wat total summary..hikhik. . persoalan ni dijawab sendiri oleh Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim. sumber Utusan Malaysia.

yang ni barulah Tompok..hihi

kisah si lelabah | bukan aku gelabah

sesungguhnya aku sangat suka naak tulis macam-macam ka belog aku ni. tak kesah la ada orang nak baca ke tak, yang penting aku puas. bagi yang sudi baca tu aku ucapkan jutaan terima kasih daun keladi bunting ea.. hihi

kali ni aku nak bercerita pasal si lelabah pulak atau dalam bahasa omputehnya spider. tapi yang ni bukan calang-calang labah-labah, tapi ni pasal labah-labah beruk. kenai tak? kalo tak taw boleh tanya abang google..hihi

kisah ni pulak waktu aku darjah lima, tahun 2001. waktu tu waktu maghrib, then ayah aku soh aku solat. tapi aku ni sangat tegar. astaghfirullah, malas nak pi solat time ayah aku suroh tu. tapi lama-lama aku gi jugak solat, cuma la sikit.

after aku dah amek wuduk, opkos la kalo perempuan nak solat kena pakai telekung an. so hati kecik aku yang nakal ni pun berbisik, ‘pakai telekung adik je, tak payah pakai telekung sendiri’ siap bertanduk lagi..haha. aku pun ikutkan jela hati aku.

tuptup, tangan aku macam kena gigit dengan sumting, then aku nampak si labah-labah beruk ni baru je keluar dari telekung aku tu buat lintas langsung. cait! berani kau. tiba-tiba terus terasa sakit. aku pun terus nanges kat atas kerusi sampai dok tekan-tekan tangan aku yang sakit tu.

yang lawaknya, bila abah aku tengok aku nanges, dia ingat mak aku marah. yang mak pulak, ingat aku nanges sebab abah marah. aku pulak diam je seribu bahasa. last-last, mak abah aku pelik. pastu, salah seorang tanya kenapa aku nanges. so, aku pun menjawab dengan tambahan airmata

“kena gigit dengan labah-labah” time ni cara nanges dah matang sikit..hihi

mak aku apa lagi, terus je amek kaen ikat kat lengan aku, tak nak bagi bisa labah-labah tu merebak. abah aku pulak, after solat cepat-cepat amek inisiatif nak bawak aku gi klinik. naseb baek aku tak pengsan. rupa-rupanya labah-labah beruk ni boleh bawak mati, patutlah mak abah aku yang gelabah semacam, aku pulak lek-lek je tak bagitahu..hihi.

kat klinik tu aku dapat la 2 injection. paling aku ngeri bila abang yang klinik tu maen gerak-gerak je jarum kat lengan aku. dia pusing kanan, dia belok kiri sebab nak letak ubat kat area sengatan  tu. waa.. memang nice experience. lepas tu aku cam seram gak kalo nampak si keterunan ‘beruk’ ni.

tarantula

kisah si botol| kicap yang sadis

waa.. dah lama aku tak bagi chance kat si jari- jemari aku ni nak menari atas pentas keyboard ni. so, sementara masih diberi peluang ni aku nak share sesuatu, pasal si botol. bukan kisah si kakitangan botol keh! tapi kisah kehidupan aku dengan botol.. hihi. before tu boleh sediakan tisu kot-kot nanti time baca tu berpeluh dahi..ekeke. trik nafas panjang-panjang dulu eh..

aku rasa sejarah ni tercatat pada tahun 1998, uish cam ayat dalam buku sejarah je..hihi. waktu tu aku baru darjah dua. time tu aku dah duduk kat kampung. satu family dah duduk kat kampung, duduk dekat umah nenek belah mak aku. bila duduk kat kampung ni, pepaham jela kemudahan dia camna. kedai pun jauh je.

bagi orang yang hantu kicap, kicap tu wajib ada setiap kali makan nasik. nak dijadikan cerita, kicap umah nenek aku tu dah habes, so nenek aku suroh la aku pergi beli kicap kat kedai seberang. kenalah aku meredah kawasan empang, tapi keliling tu sawah padi la. time aku pergi tu dah tengah hari. bayangkan matahari tengah steady terpacak atas kepala. aku pun berpenat lelah la mengayuh basikal BMX aku yang kecik yang still kaler pink time tu. sesampai je kat kedai aku pun beli la kicap cap kipas udang yang kaler merah tu.

so, perjalanan balik tu aku still ikut jalan yang sama. tabah je aku kayuh gerek aku tu tengah-tengah panas. dahla beskal tu roda dia kecik, so pepaham jela barapa kilometer sejam laju dia..haha. yang bertambah penat bila jalan tu pulak jalan batu kapur lagi rasa aku. waa, siyes penat kalo ingat balek..

sesampai je kat rumah, aku punya la eksaited bawak kicap tu, yela dah lapar nasik dah time tu. tapi malam tak berbau, pappp!!! botol kicap tu jatuh kat lantai. pecah hancur bertabur semua ada. abes kicap tu tertumpah kat lantai. wuuuu.. terus muka aku jadi muram time tu dan time tu jugak aku nanges. waa, sadislah. sebab aku penat-penat kayuh beskal tengah panas yang jarak lebih kurang satu kilometer tu, tuptup kicap tu jatuh. tak sempat nak makan.

disebabkan kesian tengok aku, mak aku pun pergi semula kedai untuk beli kicap baru. tapi naek motor la.. hihi. siyes, sampai sekarang aku still teringat pasal kisah sadis ni taw. semalam aku pergi beli kicap cap kipas udang, harga dah empat ringgit lima kupang.. waa, mahalnya harga dia. dulu-dulu baru 2 hengget empat posen je, tapi zaman tok kaduk dulu la. time kicap aku jatuh berderai tu..haha

images

itu yang TERBAIK

setelah penat berjuang satu sem, akhirnya apa yang dinanti dah pun tiba. semalam baru je tertanya-tanya bila la sayang i ni nak balek. tak sabar nak tunggu ole-ole dari dia yang baru balek bercuti ni. dah dekat sebulan aku bagi masa untuk sayang aku ni berfikir, apa yang dia nak bagi kat aku.. segala persoalan yang dia bagi pun aku dah jawab semampu yang boleh. sampai jenuh dok korek-korek idea kat kepala ni nak dapat ole-ole yang comei siket dan..

akhirnya..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


ni la ole-ole dari sayang i..hikhik

Alhamdulillah..itu yang terbaek dariNya.. aku hanya mampu expose dua je, 3P dengan taekwondo je. sebab both of them tu dah cukup buat aku ketaq lutut. why? sebab 3P tu subjek 4 jam kredit, rugilah kalo tak skor. taekwondo tu pulak, sebab time tengah test aku terlupa jap step nak buat Tangun dan tak buat segala kick yang ada sebab tak paham arahan, adoi.. kat situ jugak aku nanges.. agaga. papepun, itulah yang terbaik dariNya.. Dia Maha Mengetahui. Alhamdulillah better dari sem lepas, dan semoga mampu berusaha lebih keras..insyaallah. yang penting jaga hati!

kisah PMR aku

hari ini memang sedia maklum yang budak-budak yang amek pmr akan result diorang. okeh ke tak okeh bergantung kepada usaha yang telah dilakukan before tu. tak silap aku, ramai jugak antara blogger kita yang amek keputusan hari ni kan? papepun yang korang dapat, tahniah diucapkan. tak kiralah lepas target or tak, tapi itulah yang terbaik dariNya. Dia Maha Mengetahui.

okeh, aku nak share kisah pmr aku 5 tahun lepas, 2005. cerita ni ada unsur sardin sadis la jugak. aku ni duduk kat perak, tapi aku sekolah dekat pahang. aku duk hostel. kalo cuti hujung minggu juz tido bawah ketiak nenek je..oppss, kantoi. haha

disebabkan jauh sangat nak pi amek keputusan dan abah aku pulak susah nak cuti, so aku hanya mampu mendengar keputusan pmr aku dari jauh jela. dari corong-corong telepon umah je. nak buat macam mana, aku pasrah!

tiba masa yang dinantikan.. semua orang dah dapat result masing-masing. aku je belum. tapi aku dapat kol bertali-tali. kebanyakan yang kol tu kawan-kawan baek aku dan result diorang memang umphh la..macam teh boh, memang umphh..hehe. aku pulak macam ketaq lutut je tunggu keputusan.

tak lama lepas tu, aku pun dapat meseg dengan ‘kawan’ zaman ‘monyet’..opss, kantoi zaman skolah pun dah gatai..haha. dia bagitahu aku dapat sekian-sekian. waa, macam bergetar je hati nak bagitahu mak. mesti dia macam ada terkeciwa gak. tapi aku bagitahu jugak. mak kata takpalah.. aku terbabas 3 subjek..huhu
kemuncak dia bila ramai sangat yang dapat straight A’s. waa, jiwa tak tertahan dah time tu. akhirnya pembetung dekat empangan air mata aku pecah. abes banjir semua bantal peluk aku. hilang terus selera nak makan time tu. kerabu pucuk paku faberet aku yang mak aku buat special pun tak larat nak telan..huhu. aku nanges, nanges dan nanges.

puas jugak orang sekeliling aku pujuk-pujuk supaya tak down. paling aku ingat, mak aku cakap, “takpalah, pmr je pun.. awak dah usaha. lepas ni belajar betul-betul. spm nanti buat leklok..”

alhamdulillah, dengan berpegangkan nasihat mak aku, aku dapat survive for spm sampailah dapat keputusan yang cemerlang bagi aku. alhamdulillah. tapi kadang-kadang aku tersedar, maybe jugak sebab aku buat menda yang Allah tak suka time form 3 tu, sebabkan tu doa tak dimakbulkan. naseb baek spm aku dah tak terlibat dalam anasir-ansir negatif ni..hihi alhamdulillah berhasil. papepun, semua tu just sementara. orang yang berjaya ialah orang yang pernah gagal. aku ingat pesan cikgu aku, tak kiralah kita lulus or fail, itulah yang terbaek dari Allah untuk kita. okeh!

213 yang bermakna


kalo sekali tengok ni just macam susunan angka biasa je, dimana nombor satu berada di antara nombor dua dan nombor tiga. mesti ada di antara korang yang terfikir macam tu an. tapi tak bagi aku! kenapa pulak?

sebab ni nombor besday aku, dua puluh satu hari bulan tiga (213). apa kes pulak budak ni nak pomot besday kat sini erk???haha, bukan apa, aku sangat LIKE combination nombor ni, bagi aku cantik la, ada nombor 21 dengan 13 dekat situ. yang 13 tu aku like sebab nombor jersi Ballack, then waktu world cup aritu Muller pulak yang amek jersi nombor tu. aku memang Jerman punya team okeh!

yang paling penting kena aku like sangat sampai buat entri ni, sebabnya aku punya follower dah 213 orang. alhamdulillah.. dah cukup banyak la bagi aku dan maybe ada yang kata seciput je. tapi takpa, memadailah kalo untuk blogger yang macam aku ni. papaepun, enjoy berblogging..


hari ni aku bangun awal dan memang pektis jadi suri rumah la, siapkan keja rumah seawal mungkin semata-mata nak tengok laporan kat tv1dalam slot Selamat Pagi Malaysia pasal Baktisiswa iDEAS aku join baru-baru ni. masuk tv weh!haha. walaupun muka aku takda, tapi terasalah jugak penat lelah bersama-sama.. hihi. yang penting pengalaman!

menanam untuk esok

waa.. sedar tak sedar cik 2010 dah nak tutup pintu rumah dah, nak bagi laluan dekat Miss 2011 pulak masuk. mestilah kasi chance kat yang laen jugak, takkan la kita je kan. haha. so, bila dah nak masuk 2011 ni, apa pulak azam korang?

okeh, aku pun nak pasang azam jugak. tapi memadai untuk semester baru je dulu..hihi. semester 2 sesi 2010/2011. bukan taknak berazam untuk full year, tapi nak test dulu macam mana. nanti tengok hasil dan buat postmoterm dulu sikit-sikit.. hihi

apa yang aku wish untuk sem akan datang membuka tingkap pada 3 januari 2011 ni..

  • kalo boleh aku nak reduce tabiat tido lepas subuh dan lepas asar. yang lepas asar tu alhamdulillah dah menjadi sikit, yang lepas subuh tu kena cuba..insyaallah
  • setiap pagi aku nak wajibkan diri aku untuk breakfast. tapi aku memang yang kena makan pagi. lagipun breakfast tu penting. lagi penting dari lunch. tak silap aku, kalo tak breakfast, kita boleh gemuk..wallahulam
  • aku nak try siapkan esaimen aku a.s.a.p.. aku taknak bertangguh bila buat kerja. kalo boleh, lepas je abes lab, terus nak buat lab repot. tapisem depan aku ada 4 lab repot.. waa, banyaknya
  • aku nak mendidik diri aku jadi rajin membaca dan study. tambah pulak sem depan aku kena amek 2 subjek biology dan @ subjek fizik. yang penting, aku kena pulun untuk yang biology stream. sebab aku sendiri tak pernah belajar bio since sekolah, sampai dah dekat u, baru lah aku mengenali dan belajar nak fall dekat Mr Bio ni..
  • aku taknak stay sampai lewat malam kalo aku takda sebab untuk berbuat demikian. maksimum limit pun pukul 2. tapi masalahnya, kalo aku nak tido before pukul 1 pun, pukul 2 gak baru mata aku boleh pejam. sampai dah bosan golek kiri kanan..hakhak

okeh, cukuplah aku list 5 je kat sini. mana yang tersembunyi biarlah hati je yang taw..haha. korang pulak apa wishlist korang?

images (1)

kasih ibu..

waktu tengahari tadi, waktu tengah syok-syok jari-jemari aku ligat menari atas keyboard QWERTY ni, mak aku panggil. mak aku ajak tengok Wanita Hari Ini. actually aku jarang miss tengok WHI ni, tapi semenjak dah macam addicted dengan belog ni, rancangan tu pun aku dah selalu miss.. uish, dasyatnya penangan Mr Blogger ni.

nak tahu tak kenapa mak aku panggil, sebab dia suruh tengok WHI tu, tajuk dia special, tak silap aku ‘Kasih Ibu’. sampai mak aku cakap, “menitis air mata mak dengar orang ni cerita..”. then aku tengok kat tv ada sorang makcik ni tengah teresak-esak cerita kisah yang anak-anak dia buat dekat dia. sedih. aku nak tacing gak bila mak aku cerita, tapi aku sorok-soroklah..hehe

images (2)

disebabkan aku dah termiss tengok tu dari awal, so mak aku jelah yang ceritakan. mak aku cerita, ada sorang makcik ni selalu kena sepak terajang je dengan anak dia. anak dia sampai hantar dia dekat rumah Nur Ehsan tu. dia buang mak dia. dia terus hidup senang lenang je dekat luar sana dengan status yang cukup dibanggakan. tapi tadi waktu kat tv, mak dia ada cakap yang mak dia dah bahagia duduk dekat umah Nur Ehsan tu. kebajikan semua terjaga. dan mak dia pun cakap, dia juz mampu tengok anak dia bahagia dari jauh je..

ada satu kes lagi, anak dia hantar mak dia dekat rumah Nur Ehsan ni jugak. then satu hari anak dia datang nak anta makanan kat rumah tu. si mak pulak punyalah eksaited bilat tahu anak dia datang. si anak pun cakap kat si mak, “mak tunggu sini jap, saya nak hantar barang dulu..”. si mak ingat si anak datang nak gi jemput dia bila rumah, maklumlah waktu tu dah nak raya.  habes baju-baju si mak dah kendong dalam bunjut kaen batek. tuptup, anak dia belah macam tu je. si mak ni penatlah menunggu si anak. rupanya ditipu je oleh anak. si mak tu meraung sekuat hati bila tahu anak dia buat macam tu, tipu dia.

harap-harap kita semua dijauhkan daripada buat-buat menda macam ni eh. hargailah mak kita selagi dia masih ada. kalo takda mak, mustahil kita dapat tengok dunia ni, dan mustahil jugak untuk kita berblogging macam sekarang ni, okeh! kita sendiri tahu yang syurga itu di bawah tapak kaki ibu. jangan pulak lepas ni korang pi tilik bawah kaki mak pulak nak tengok ada syurga ke tak..ekeke. tu je kot aku nak share. i love my mum..

P8300065

stalker| aku yang bermata liar

wah, kalo tengok tajuk entri macam panas suam-suam kuku je. tapi suam-suam kuku tu macam mana eh? berapa degree celcius, berapa kelvin? haha. pandai sungguh nenek moyang kita dulu-dulu buat istilah ek. okeh, sori aku dah melalut.

aku nak cerita sikit apa yang aku dapat melalui pemerhatian aku. apa dia? relaks-relaks dulu okeh! since aku dah aktif membelog sekarang, si mukabuku aku tu dah jadi macam anak tiri tikus beranak sepuluh je..haha. fesbuk tu dah jadi space untuk aku tahu perkara-perkara penting dari budak kelas je. yela, papehal diorang akan post kat wall group je, kalo ada test ke. kuiz ke, tutorial ke.. saving! tak yah anta meseg kat fon. kadang-kadang kat fesbuk juga jadi tempat aku nak pomot blog usang ni..hehe. tak malu weh!

antara perkara yang aku suka buat kt fb ialah jadi Stalker. untuk siapa? jengjeng.. sebab kadang-kadang dah tak taw nak buat apa dah kat fb tu, so macam best jugaklah kalo jadi nakal ni. masuk wall orang, tengok aktiviti mereka, relationship status, picture-picture mereka ni. uish, serius aku memang nakal okeh! jangan salahkan aku yang masuk wall korang, tapi tanya kenapa korang exposekan ‘privasi’ korang tuh..huhu

kmhn85l

paling syok kalo ada relationship status yang siap ada link lagi. tanpa segan silu memang aku akan klik ah. pastu ada pulak picture ‘bersama’ antara kapel ni. siap ada ayat dan status yang suwit- muwit lagi tuh.. kadang-kadang aku tersenyum sendiri depan lappy, esh perlu ke macam ni? semoga diorang berkekalan..amin

bila aku melawat semula page tu untuk kesekian waktunya, aku tengok semua tuh dah takde. status dah jadi single. ada album yang dah kena delete. status pulak kadang-kadang dah berbaur sumpah seranah. haish kenapa jadi macam tuh? bukan aku nak jeles tengok orang-orang ‘berbunga-bunga’ kat fb ni, tapi kadang-kadang aku kesian je bila relationship tu dah takda. kalo tengok picture before-before ni, memang nampak macam dah kawen la.. tapi lepas tu free-free je ditinggalkan macam tu. macam touch & go pulak..huhu

sori, aku takda niat nak kata sesiapa. tapi ni pemerhatian dan kesimpulan aku. dah banyak aku jumpa kat fb. tak semestinya semua ‘kegembiraan’ yang kita ada tu perlu share dekat fb, soal hati ni private. macamlah rumahtangga, tak perlu kita riuh sekampung nak bercerita. no wonder kalo aku dah hide 2 3 fb dekat home aku sebab setiap kali diorang ni update status, mesti ada nama kapel masing-masing plus dengan ayat jiwang-juwang lagi..euwww. kalo ikut hasutan syaitan boleh je kalo aku nak buat, tapi sabar dulu. mujahadah itu pahit. nanti dah sampai masa nanti insyaAllah..

aku tulis ni pun sebab tadi aku baru je bukak satu page tu, then segalanya dah ‘berubah’

mereka memang hebat!

sekarang ni still takda kerja yang berat bertan-tan lagi, so aku still boleh bersiar-siar di perkampungan blogger. lagipun ketua kampung cakap, "jalanlah sesuka ati, pergilah mana-mana rumah yang kamu suka.." ekeke. then bila aku masuh sesetengah 'rumah' tuh, ramainya peminat setia dia. maksud aku kat sini blog eh. kalo tengok tarikh belog tu didirikan, baru je bebrapa bulan. tapi follower dia ramainya mak aih.. memang beribu-riban lah. dah tahap k @ 'kilo'. rasa macam segan silu je nak masuk..grrr.. tapi kalo malu. lagi la sesatkan..
rasa beza macam kapal dengan menda yang cenonet tu je..
kadang-kadang aku pun tertanya-tanya, mesti diorang ni rajin sungguh. berjalan sana sini. idea pulak memang tiptop. ringan-ringan tangan nak menaip. belog pun cantik-cantik je. sampai semua orang suka. aku punya pulak macam hidup segan mati tak mahu je..huhu. tapi takpe, belajar dari pengalaman. kena ingat balik apa tujuan aku berblog, i can do it! insyaallah. bukan bermakna gila follower, tapi kadang-kadang je syaitan menghasut hati ni...hehe. tapi aku memang salute la pada blogger hebat especially macam Ben Ashaari. macam-macam menda aku belajar dari belog dia tuh. thanks a lot!

takpa, dalam nak mencari kawan kenalah slow-slow.. lama-lama nanti ramailah kawan tu. yang penting, kalo kita ikhlas, insyaallah dipermudahkan. betul tak? bagi yang sudi jadi follower belog ni. tenkiu eh. semoga ukhwah yang terjalin tu sentiasa terpelihara. thanks sebab sudi share-share ilmu eh.. eh, macam entri versi airmata pulak. jangan nyanyi lagu sekadar pinggiran sudah.. apa-apa pun, aku berharap belog aku ni takkan berhenti separuh jalan sebab nanti boleh tunjuk kat anak-anak, 'yang nilah belog mak..'haha.. ni ada pantun sikit..

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan;
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti;
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati..

makan peluru senapang

arini aku pergi kelas makan-makan. mak aku jadi jadi 'cikgu' kepada aku tadi. walaupun memang mak la orang yang tak pernah henti-henti didik aku supaya jadi orang berguna. sebab mak selalu cakap, 'mak nak didik deme tu bior jadi orang bergune nanti..'. sila baca guna slanga orang pahang okeh!haha

point sebenarnya, hari ini aku belajar makan 'peluru senapang patah' colek dengan sambal tempoyak.. fuhh, sedap abes ah! oppss.. peluru senapang patah? biar betoi.. boleh makan ke? hehe. tapi sebelum tu aku nak introduce dulu 'peluru' senapang ni..

ha..ni peluru hidup. takkan nak makan kot..
esh..tak kan la menda ni kot dijadikan peluru???
ha..betoi la buah yang kat atas tu dijadikan peluru senapang patah. sebab mana ada orang guna peluru hidup waktu maen senapang patah. kalo tak kompem ramai mak ayah yang tak bagi anak-anak dia maen..haha. lazimnya buah yang kat atas tulah yang jadi peluru, si terung anggur.  kalo tak pun biji getah la yang jadi mangsa otai-otai kampung bila nak maen senapang patah..haha. tapi yang aku nak point, buah ni sedap kalo makan mentah-mentah, buat ulam colek dengan sambal tempoyak..nyumnyum..

dah alang-alang cerita pasal senapang patah ni, apa kata kita cerita je terus. tapi korang kenal tak senapang patah ni macam mana. tak silap aku kumpulan xpdc ada nyanyi lagu senapang patah kot.. kalo silap maap yek!saya budak baru belajar..hihi. senapang ni kita design sendiri dekat kayu, then potong ikut  design yang kita suka. then jadikan terung anggur ke, biji getah ke  buah gam ke sebagai peluru..haha
ni dia senapang patah, pernah maen?

selalunya kalo dulu-dulu waktu duduk kat kampung selalulah maen permainan ni. nyorok-nyorok belakang pokok, dalam semak sampai ada yang terbaring bagai sebab bajet macam pergi perang. pastu si emak pun bising sebab baju kotor..grrr.. hakikatnya dari zaman mak abah aku kecik lagi dah maen menda ni. kalo zaman diorang kecik-kecik lagi meriah maen ni. tapi sayangnya, permainan ni dah makin pupus. dah ramai tak kenal menda ni. yela, zaman dah berubah. tapi kalo dipikir-pikir, permainan orang dulu-dulu lagi best. kreatif pulak tu. tunggu apa lagi, jom perang senapang patah!

oh tidak! aku terpaksa

kalo ikutkan hati 24 jam aku nak stare je kat lappy ni, boleh aku berkampung dekat 'blogger'. tapi apakan daya, cik tenet memang tenat sangat. dah tahap kritikal ni. maklumlah, nak tunggu yang cik tenet sendirian berhad punya tak sampai-sampai lagi.. entah bila nak sampai. nak pakai broadband pulak coverage tak okeh, kalo nak tengok berok's band adalah kat belakang umah ni..haha. terlompat je ke sana ke mari..ekeke.ni pun online ihsan tempias wifi dari umah jiran. opss..terkantoi. takpe, tak salah kalo jadi jujur an?

aku rasa bila dah jadi blogger ni, rasa dapat ramai sangat kawan baru. walaupun kawan tu just sekadar maen komen-komen je kat entri dan tak jumpa pun, tapi aku dapat rasakan ukhwah tu..ewh, ayat memang cayalah! agaga. contoh macam cikgu isza, ben ashaari, syafiq rosli, amir izzat dan ramai lagi, even juz kenai kat blog je, tapi rasa macam pernah jumpa lah. bukan bermakna blogger yang tak tersenarai tu tak tergolong, anda semua tetap di hati. cuma tak cukup space nak tulis..hehe. sori eh. aku rasa macam dah ada satu keluarga tersendiri.

kalo aku rasa macam tu, korang pulak macam mana??? papepun aku mintak maaplah eh kalo tak dapat nak menghapdet blog ni tiap masa, paham-paham jelah dengan keadaan jala-jala jaringan cik tenet aku ni. ketahuilah bahawa aku memang miss nak bersiar-siar kat 'rumah-rumah' kat kampung blogger ni, tapi keadaan tak mengizinkan. kadang-kadang terpaksa taip entry punya draft dekat windows live writer je untuk lepaskan rindu..sobsob..

Bila stress, apa yang korang buat?

semestinya setiap orang ada cara sendiri nak keluarkan diri diorang bila stress an. kalo korang bila stress apa yang korang buat erk? tido ke? makan ke? nyanyi-nyanyi ke kot-kot pektis nak lawan siti sifir ke..hakhak kompem aku dah melalut.

selalunya kita ni akan stress bila banyak menda nak kena carry on dalam satu masa. contohnya esok tu nak anta tutor, nak anta lab repot dan minggu tu jugak ada test. ni aku cakap based on diri aku lah. okeh tak nak buang masa, aku nak share pulak apa yang aku aim bila aku stress..jengjengjeng..

  • aiskrim. tak kira la jenis or spesies apa sekalipun. selalunya kalo beli aku pergi makan kat bilik..heheDSC03035
  • semestinya aku akan mencari cokelat especially yang datang dari keluarga cadbury..uish sedapnya! kalo beli yang bar kecik RM2.50 seciput tu, satu round je aku habeskan..ngehngeh

DSC03068

  • yang ni aku jarang-jarang sikit buat, hari tu je tetibe teringin nak makan. aku cari cik loly kot..haha. manis sangatlah pulak aih..DSC03065
  • kalo nak juga bantuan hilangkan stress on da spot selalunya aku terus bukak folder ‘need for speed underground II’..ngeh3. dulu-dulu maybe tak reti nak maen, asek accident je. tapi sekarang dah expert okeh! boleh jadi winner dah..haha
  • tapi aku rasa ada satu cara yang memang terbaek, pergi amek wuduk, then solat or mengaji. selalunya time camnilah baru kita betul-betul dapat dekatkan diri padaNya. sebab tu kita patut bersyukur bila diberikan ujian, sebab Dia nak kita dekat dekat denganNya.

kalo mengadu kat yang tersayang pun, memang yang last tu jugak dia suruh aku buat..huhu. So, korang pulak macam mana? taknak share-share ke? sharing is caring..ngehngeh~

bila aku dah bosan..

tajuk memang macam desperated gila ah..haha. maklumlah, cuti sem kali tiba-tiba rasa macam tak taw nak buat apa pulak. itu pun naseb baek aku ada join baktisiswa, at least takda lah terasa cuti ni terlalu kosong an. nak kaco ‘orang’ pun dah malas, lagipun kalo selalu sangat kaco nanti bosan la pulak an. so, nak tahu tak apa yang aku buat bila aku dah bosan..ngehngeh..

boleh imagine tak, dari longgokan surat khabar lama tu boleh bertukar jadi sekuntum bunga. uish, macam mana tuh? ada tongkat sakti ke yang tolong tukarkan.. takpun masukkan dalam poket doraemon je, terus boleh jadi bunga..ekeke

sebenarnya tak macam tu pun, simple je. just koyakkan surat khabar tu memanjang, kalo boleh amek kat part yang ade kaler. then, pintalkan part tengah dia, tacap siket-siket.. then jadilah macam ni..

DSC03251DSC03252DSC03257DSC03265

so, camna? ok tak? hihi.. menda ni aku buat waktu aku tengah bosan masa tengah buat gerak kerja baktisiswa aritu..hehe

Kisah Pangkor PART II

okeh, sambung balek dari entri sebelumnya. juz after habes LDK V kitorang proceed to the next aktiviti. yang ni sebenarnya kitorang yang di kalangan fasi yang lagi excited. mana taknya, acara sukan rakyat petang tu diadakan kat tepi pantai. wah, memang eksaited habeslah. usahkan adek-adek, kitorang pun kalo boleh nak je terlompat-lompat kanggaru, tapi malu je nak exposed. ekeke. tapi nak pergi pantai tu, kenalah kami jalan kaki siket, lebih kurang 2-3 km kot, aku pun tak sure sebab lupa nak bawa pita ukur time tuh..haha. merepek sudah..
DSC03297
antara game yang diadakan ialah baling seliper, tarik tali, maen dadu gila dan aktiviti yang aku buat sendiri ialah maen buaian dan lukis-lukis kat pasir. bajet nak wat jiwang ah..opss, terkantoi. adeh. tapi serius best petang tu, macam hilang je stress yang menghantui..agaga
PC120079
P1190848
malam tu ada malam kebudayaan ‘shining star’. malam nak mengasah bakat adek-adek ni. waa, terer betoi adek-adek ni. ade cerita ‘bapak hang’ la…cempedak merah cempedak putih la, si dugong la..haha. yang tak boleh lupa, ade jugak cempedak busuk..waaa dasyat. kitorang pulak just nyanyikan lagu ‘cebisan kenangan’ dan ‘kenangan terindah’ je kat diorang..huhu. kalo menjiwai, boleh mengalir aermata time tuh..huhuP1200038
esoknya pulak ada Eksplorasi Ilmu (eksil), ala- ala explorace la. time ni lagi best tengok gelagat adek-adek ni. ada yang kena makan special burger la, yang dah siap ditambah beraneka perncah kot..haha. kena tiup tepung waktu muka tengah basah lah. paling aku suka waktu ‘si buta tuang air’. puas si ketua nak bagi arahan kat ‘si buta’ untuk tuang air ke dalam botol yang ada kat atas kepala kawan diorang..haha
DSC03312P1200199
aku nak proceed terus kat aktiviti after majlis penutupan. lepas je solat dan makan, kitorang semua naek pinky van untuk ronda-ronda satu Pangkor before turun kat jeti. uish, kalo jalan dia memang kejut perut ah. bukit memang tinggi, selekoh pulak macam 45 darjah je ditambah lagi dengan keadaan jalan yang sempit. so, bersiarlah kami di kilang sate ikan, tembok china mini (aku tak taw nama dia..hehe) dan kota belanda. memang semua pakat nak pose habes-habesan time ni..haha
PC130099
DSCN3673
PC130102
6.30 petang, naek feri nak balek ke seberang sana pulak..huh sedih pun ada la..around 7 lebih sampai lumut terus naek bus nak balek UPSI. waktu dalam bus asek teringat je ragam adek-adek yang bermacam-macam tuh, uish terrindu pulak dah. ada yang sampai tak tahu nama aku ni even jadi fasi group dia. takpelah dek, akak tak kesah, asalkan korang bahagia dan terus berusaha untuk berjaya. i miss semua especially Team iDEAS II.. disebabkan iDEAS II ni aku rasa plan taknak member ramai sangat kat fb boleh gagal. sebab semua adek-adek pakat nak add..agaga
DSCN3702PC120055

Kisah Pangkor PART I

sepatutnya entri ni awal-awal lagi dah post. tapi memandangkan tahap kerajinan yang merundum nak taip entri yang sangat panjang, so aku hold dulu. ni nak kongsi pasal magical experience aku waktu join program anjuran KEMAS dengan kerjasama UPSI. so, ni second experience aku join program kerjasama ni, Intergrasi Desa Daya dan Siswa (iDEAS) II
DSC03305
first sekali aku minta maaf kalo entri ni agak panjang..hehe. tapi ni memang about the nice experience. actually gerak kerja dia dah start awal-awal lagi. 20 november aritu kami dah start masuk bilik meeting. gerak kerja pulak fully kitorang buat 7-9 disember. siap rehearsel lagi. so, ape-ape yang kitorang buat kat adik-adik tu memang kitorang dah kena awal-awal lagi.
PC090015
jam 6.45 pagi 11disember 2010, bus kami dah mula bertolak dari tanjung malim ke lumut. time kat lumut kitorang diberi 2 orang adek angkat. after dah setel, kitorang naek feri ke pulau pangkor dalam pukul 11 kot. perjalanan lebih kurang dalam 45 minitlah. first time kot aku naek feri meredah lautan..ecece.
PC110031
ni ade-adek angkat aku..
DSC03271
sesampainya kitorang kat kem raudhah, ada la perasmian siket. then diteruskan dengan LDK I. uish, time ni macam tak dapat nak control keadaan adek-adek ni. maybe adek-adek ni penat lagi, so nampak agak pasif laa..huhu.
PC110033
after asar tu pulak sambung dengan jungle tracking yang tersangat lah seronok. merentasi hutan simpan kekal. nak turun bukit yang licin gila bagainya la. dan satu-satu experience yang aku dapat kat sini. aku dah malas nak cita, just baca kat sini
DSCN3469
malam tu sambung pulak dengan LDK II dan kunang-kunang malam. time kunang-kunang malam, adek-adek ni kena bawa lilin yang seco’et untuk survive time jalan-jalan kat area kem malam tu. pastu, ada pulak antara kitorang ni gi gatai-gatai tiup lilin tu. bila adek-adek minta nyalakan, kitorang mintaklah denda..haha. malam tu jugak aku kena jadi sentri jap, tapi kul 12-1 pagi jela. tu pun sempat jaga 10 minit je kot..haha

esoknya, ada senamrobik pulak dengan adek-adek ni. best woo.. lagu china doll dengan bila mama pakai celana..ehh..betoi ke aku eja??? kalo silap sori ehh..hehe. sambung dengan LDK III, LDK IV & LDK V. slot LDK V ni aku yang kena handle dengan si Maryam..hmm, speechless. naseb baek kawan aku ni banyak pengalaman. maklumlah dia budak Kaunseling..hihi. yang aku dapat simpulkan, bukan senang nak handle student. uish, camna aku nak lead kelas bila dah jadi cikgu nanti..

uish, penat pulak nak tulis. nantilah aku sambung kat entri berikutnya. jari pun terketar-ketar ni sebab sini sejuk loh.. baru pas hujan je haa.

Dulu aku nakal..

image_thumb[1]

okeh, maybe train aku hari ini agak lambat, tapi aku still nak share kisah kenakalan aku zaman sekolah..hehe..

Nama sekolah rendah dan sekolah menengah  termasuk tahun ...
dari januari-september 1997, aku skolah dekat SK Bandar Jerantut, Pahang. then september 1997 sampailah aku abes darjah 6 tahun 2002, aku sekolah dekat SK Pawang Nong, Jerantut, tapi still kat Pahang jugak ah. juz pindah kampung je. tahun 2003, aku dapat offer masuk SMK Padang Saujana, still kat Jerantut jugak. then bila aku form 4 (2006), aku dapat offer masuk MRSM Serting, dokat nogori sembilan aih.. sampai la den abes tingkatan limo..

Aktiviti ko kurikulum yang korang ceburi
waktu lower form menda yang aku aktif ialah bab-bab bercakap dekat depan public ni. aku join syarahan agama, bercerita.  actually, since sekolah rendah lagi aku join. bila sekolah menengah tu juz aku sambung je. bila upper form, aku dah tak bape nak aktif, yang aku masuk pun juz debat ala parlimen antara kelas je..huhu. kalo sukan pulak, sekolah rendah aku join bola jaring. tapi bila sekolah menengah saja-saja try lompat kijang walaupon tak pernah lepas pun bila aku jump..haha. adeh!

Jawatan yang di sandang dulu .. hehe..
dari darjah tiga sampai darjah 6 jadi pengawas sekolah. waktu darjah 6 konon-konon jadi penolong ketua pengawas..haha. bila masuk form tu pun still jadi pengawas sampailah before aku gi MRSM. tapi aku rasa aku dah amek ringan je kat amanah tu..astaghfirullah. bila kat MRSM pulak, aku juz jadi Pembimbing Rakan Sebaya walaupun macam tak layak nak membimbing.

Nama guru kesayangan korang ..
uish..semua cikgu aku sayang kot..kalo sekolah rendah cikgu math aku, cikgu shukri. cikgu bm aku waktu form 5, cikgu mastura, sampai skarang still kip in touch dengan cikgu mastura. untuk cikgi-cikgu laen, minta maaflah kalo tak tulis nama. tapi saya still ingat cikgu-cikgu semua..

Subjek paling disukai dan tak suka ..
time sekolah rendah paling aku suka math dengan sains kot, yang tak suka pulak aku tak ingat. bila lower form aku sangat tak suka sejarah, tapi aku sangat suka math, kh dengan bahasa arab. bila upper form pulak aku sangat suka kimia dan sangat tak suka EST.. tapi sekarang pulak, segalanya dah berubah..haha. bak kata aku, yang best lama-lama jadi tak best. yang tak best lama-lama jadi best..agaga

Kawan baik masa sekolah ..
ramai sangatlah kawan baek. tapi yang paling aku ingat Sab dengan Ieka
             48826_813252144_2399469_n 49946_637392952_2956508_n

Cita-cita masa sekolah dulu..
time sekolah rendah rasa nak jadi doktor. bila sekolah menengah nak jadi arkitek la, then nak jadi akauntan la..bila form 5 aim nak jadi petrochemical engineer.. tuptup sekarang nak jadi cikgu..hihi

Artis feveret masa sekolah dulu ..
ada ke? siapa erk..japjap nak fikir.. yang aku ingat time sekolah rendah aku suka Dato’ Siti Nurhaliza kot.. tapi yang pasti time form 5 aku suka kita punya astronout, Dr SMS. siap letak picture dia atas meja buat inspirasi..opss, kantoi. blushing-blushing..

Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
waktu form 3, aku lupa nak siapkan correction geografi. so, kena bersila depan kelas sambil buat pembetulan tuh..huhu. malu aih..tapi buat slumber je. dahlah aku satu-satunya girl yang kena dan pengawas pulak tuh..huh. sampai budak laki sebelah aku cakap, “aish, ko pun kena gak???”..haha, bikin malu saja. tapi aku tak kesah, yang penting aku mengaku. padahal ramai lagi yang tak nak mengaku

Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan ..
nak beratur kat dewan makan, then berebut-rebut nak amek makanan. paling tak tahan, siap dah bagi tugas dah kalo time makan tuh. sorang cop meja, sorang amek tray, ada jugak yang tukang beratur waktu queue nak amek makanan..haha

Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )
kalo time sekolah rendah, kenakalan aku bila aku baling seberkas pensel terkena dekat penjuru mata kawan aku. asalnya, baju aku kotor terkena ink dekat bilek cetak. so, aku takut kena marah dengan mak aku dan si mamat ni pulak duk ejek je baju aku comot. tanpa membuang masa, aku pun terus bagi dia ‘hadiah’ tu, sampai dia pun nanges sama…haha
     time sekolah menengah pulak, yang aku rasa nakal bila aku ‘ponteng’ kelas time ada cikgu reserved masuk. bukan aku taknak masuk, tapi aku macam tak  boleh terima je cara cikgu tu. senang kata aku tak selesa la dengan cara cikgu lelaki tu..huhu. so, kawan aku ajak aku pergi tempat laen. tuptup kitorang pergi lepak dan borak-borak dengan cikgu laen sampailah kelas tamat. sorilah, aku taktaw apa kenakalan zaman sekolah..haha. sebab terasa cam always jadi budak baek je..hakhak. dah perasan dah..

kalo ada sesiapa nak join, jom. mari membongkar rahsia kenakalan kita semua..haha

jawapan intebiu orang femes

bukan setakat nak buat research je kena jawab servey okeh, jadi blogger pun still kena jawab servey..hehe. so, aku telah dipinta oleh pemilik belog mahamahu untuk jawab beberapa soklan ni. so nak la jugak rasa cam jawab intebiu ni..agaga. Camera action!

1. Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?

(a) Nokia & (c) Sony Ericsson

Nokia pun aku guna, SE pun aku guna. tapi main SE lah..hehe

2. Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?

    (g) Compaq

aku guna Compaq je, dah cukup memadai untuk aku addicted dengan blogger dan maen NFS Underground 2..hehe

3. Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?

     ( i) Olympus

   aku suka snap-snap picture. kalo boleh nak dslr tapi kena sabar dulu..

4. Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?

    a) Streamyx

sebab aku tak celcom berokband..hehe

5. Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?

uish..takda in the list. aku selalunya beli asalkan selesa pakai dan ikut apa yang dituntut. branded ke tak tolak tepi..huhu

6. Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?

      (d) KFC

itu pun tak delah selalu, sebab aku ni jarang sikit keluar-keluar ni..

7. Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?

takda in the list juga.. aku beli-beli kat pasaraya biasa je..huhu

8. Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?

    (a) HotFM, (b) EraFM & (d) SinarFM

semua tu depend kat mood jugak. kalo rasa nak layan perasaan aku layan la sinar..hehe

9. Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?

      (c) TV3

TV3 lah kot. sebab aku suka tengok Bersamamu dengan Wanita Hari Ini..ecece

10. Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?

         uish..takda in the list jugak. no income lagi nak pakai yang tiptop ni.. memadailah dengan Pur Blanca je..hehe

11. Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?

       (e) Wanita

     Wanita dengan Mingguan Wanita sama ke? tapi aku suka baca MW la..sebab banyak info berguna 

jawapan yang dikemukakan adalah telus dan tulus dari hari tukang taip..ekeke. kalo tak menepati ciri-ciri mintak maap ye..

petang yang santai

hujan yang renyai-renyai memang syok kalo pekena pisang goreng panas dengan teh ‘o’ panas. makan pulak dengan family ramai-ramai. even family aku semua ada 5 orang je, tu pun dah cukup meriah kot. bila minum je air teh ‘o' tuh, memang teras la macam mana air tuh travel, terasa ‘kepanasan’ air tu mula je dia lalu kat easofagus then ke perut dan semua tuh. opss, bila cikgu sains berkata-kata memang macam ni..haha. sori kawan..

tapi yang syoknya, mak aku ajar makan goreng pisang cicah dengan sos cili dan mayonis. walaweh, memang sedap seyh. nak tahu sedap tak, boleh lah try eh.ekeke. mahunya aku kekenyangan tadi dibuatnya sebab before aku makan pisang goreng tu, aku baru je hentam nasi goreng kerabu..ngee. no wonder la kalo badan naek macam dipam-pam..haha

just after bersantap, lepak-lepak kat luar umah jap. lagipun hujan, kalo nak menjejakkan kaki luar pada boundary yang ‘berbumbung’ memang tak dapat ah. mak aku pulak ada je idea dia. dia ajak maen carrom pulak. ok set! memang cantik ah, maen kat depan rumah dengan cuaca sejuk-sejuk gitu, hujan pun still renyai-renyai lagi..ewah

tapi yang tak bestnya satu je, aku dah lama tak maen sebenarnya. so akulah yang ditabalkan sebagai ‘winner’..haha. siap hutang lagi tuh. tapi I’ll never declare I’m a looser..okeh!

adik aku dah mula membelog

tak sangka pulak bila aku selalu sangat mengadap belog ni. ada juga orang yang terpengaruh dengan pe'el aku ni. yelah, bila dapat je internet, menda first yang aku sign in mesti Blogger punya website. mesti aku akan stick kat satu sudut dalam bilik aku sambil bizi window shopping bersiar-siar kat blog orang laen. so semalam terjadilah dialog antara aku dengan si putera bongsu..
adik : best ke ada blog. tengok along asek bukak blog je, ingatkan bukak fesbuk
aku : mestilah best, kalo tak aku tak layan weh.. dapat jumpa macam-macam kat sini
setelah dia asek bertanya dan meminta aku tolong ajar dia buat belog, aku sebagai kakak yang mithali..ahaks, kenalah ajar dia. so terciptalah Blog Si Anak Bongsu. baru je lahir pagi tadi. tak sampai 24 jam pun lagi. tapi aku salute jugaklah kat dia sebab sudi buat belog time sekolah lagi. lagipun dia baru 13 tahun, so tak terlambat kot kalo aku nak ajar..hehe. tunggu apa lagi, jom meriahkan dunia blogger yok!


my daughter's first besday..

16 Disember 2010. dah setahun pun umur anak aku ni. tak sangka, dah besar pun dia. waktu mula-mula 'lahir' dulu sorang kawan pun takde melaenkan kawan dia yang baru sambut besday first besday 1 november yang lepas. lepas tu, barulah  makin bertambah sikit kawan dia bila aku selalu bawak dia pergi jalan-jalan lawan umah- umah jiran tetangga. itu pun, waktu mula-mula kawan dia ramai dari UTM je..


kalo nak ikutkan perkembangan anakku ni, entah berapa kali dah tukar baju baru. tapi tak lebih dari sepuluh lah. sebab aku rasa macam tak ngam je. kalo nak compare time mula-mula lahir dulu, memang jauh berbeza. kaler baju pun selalu macam suram je..kesian. tapi lama-lama aku dah belajar macam mana nak cari baju yang sesuai untuk anakku ni. alhamdulillah berjaya. semoga baju yang ni terus berkekalan okeh. 'penat jugak mak nak cari baju yang sesuai untuk awak, nak kasi comel sikit' ayat konon-konon cakap dengan anak..haha

sekarang ni pun, anak aku dah pandai sikit menulis. kalo dulu tulis ikut sesedap rasa je. keyboard QWERTY ni pun tak digunakan sepenuhnya. asek guna shortform je. tapi sekarang alhamdulillah..dah ada perkembangan. nak tulis pun dah ade feel sikit bila dah guna full spelling even guna words yang tak wujud dalam dictionary. ni pun sebab ramai jiran yang tolong ajar anak aku ni.

kawan dia pun alhamdulillah dah ramailah jugak. dah 160 dah pun. sebab aku dah selalu bawak anakku ni pergi join segmen-segmen menarik especially anjuran encik Ben Ashaari..hihi. terima kaseh kepada yang sudi berkawan dengan anakku. encik Ben jugak antara yang terawal berkawan dengan anakku ni. lagipun berkawan biarlah seribu, then dapatlah kongsi-kongsi ilmu. sejak aku ada anakku ni, dah banyak menda aku belajar dari pada jiran tetangga dari perkampungan blogger. semuanya ramah-ramah je..i like!

papepun selamat hari lahir untuk anakku iaitu belog kesayangan aku ni.. 
hepi birthday dear.. semoga menjadi lebih matang mengharungi hari mendatang..ewah.. nama anakku ni Memahami Kefahamanku. nama yang penuh makna dalam hidup aku. so, nanti kalo ada real daughter aku nak reserved nama ni lah. jangan marah ea sayang, saya pun nak reserved nama ni jugak..hakhak. tapi aku takdelah letak sejibik sejibun Memahami Kefahamanku, kenalah translate dalam bahasa arab dulu. kalo nak tahu, silalah translate. yang penting nurmudrikah tu bukan nama sebenar aku..hihi
share-share la sikit sorang eh kek ni..sharing is caring..ekeke

Cover Your Aurat Campaign | SHOW YOUR SUPPORT!




hari rasa macam nak berkempen pulak. bukan nak menabur janji manis macam nak bermanifesto okeh. tapi nak share pasal janji Allah bila kita berjaya menyahut kempen yang dianjurkan ni, COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT! betol tak? sesiapa yang setuju, boleh angkat tangan, kejap lagi cikgu kira eh..hehe. sesiapa nak join boleh klik picture yang kiut kat atas tuh..ekeke

okeh, aku jumpa pasal kempen ni waktu tengah bersiar-siar dekat dashboard tadi. aku tengok macam menarik je. so, aku pun rasa macam interested je nak join. kenapa? sebab bila ada yang terbaca pasal ni, insyaallah secara tak langsung kita dapat mengingatkan sesama kita. betol tak? kalo tak, apa gunanya kita semua berkawan kalo tak mengingatkan antara satu sama laen..

apa pandangan anda tentang menutup aurat?
merujuk Kamus dewan Edisi ke-4, aurat ialah bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup. bagi aku pulak, aurat ni adalah bahagian anggota kita yang memang orang laen tak boleh tengok except muhrim je. huhu. ramai yang dah beranggapan pakai tudung je dah dianggap menutup aurat, tapi hakikatnya mereka tak mengikut panduan yang betul -betul digariskan oleh syara'. rasanya pernah cerita dekat entri yang lepas. kalo kita menutup aurat, secara tak langsung kita sendiri dapat mengelakkan jenayah -jenayah seksual yang kian berleluasa. kadang -kadang aku tengok orang tu dah elok pakai tudung, tapi bila tengok bawah laen pulak..hmm.aku rasalah, bila menutup aurat kita akan rasa tenang je, dekat je denganNya. nak belajar pun senang je. sorilah, takde niat nak kata sesiapa. ni just pandangan aku. aku pun sedang berusaha nak memperbaiki diri ni. semoga dipermudahkan..amin. bagi yang perempuan tu, kita kena ingat, pandangan lelaki tak sama dengan pandangan kita..huhu. marilah sama-sama kita menutup aurat. ingatlah janji Allah kepada kita semua. jom kita sama-sama try ek. insyaAllah Allah tolong hambanNya yang ingin berubah ke arah kebaikan. Ayuh!

Rasulullah s.a.w bersabda, 
Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala  dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau  syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
Hadits riwayat Muslim
Allah sangat sayang pada wanita yang menutup aurat. nak tahu kenapa?sebab..
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar
Ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam bagi pakain wanita ia sebagaimana berikut;
  1. Hendaklah menutup kawasan aurat. Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan mengikut jumhur ulamak).
  2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
  3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
  4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
  5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
  6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
  7. Bukan pakaian syuhrah (iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain)
  8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.


kalo nak tahu lebih lanjut pasal aurat boleh rujuk sini

so, bersama-samlaha kita memeriahkan kempen ni okeh. bagi sesiapa yang berminat jomlah join kempen ni. saya taknak tag sesiapa sebab tak perlu ada paksaan kalo nak sampaikan sesuatu kebaikan tu. bagi sesiapa yang berminat nak join boleh klik sini. tahniah dan terima kasih diucapkan. semoga sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya..amin

secret admirer