saya dah malas tulis entri
si kucing | bahaya kepada si ibu
ya Allah..comelnya.. |
- Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
- Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
- Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
- Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
yang ni barulah Tompok..hihi |
kisah si lelabah | bukan aku gelabah
sesungguhnya aku sangat suka naak tulis macam-macam ka belog aku ni. tak kesah la ada orang nak baca ke tak, yang penting aku puas. bagi yang sudi baca tu aku ucapkan jutaan terima kasih daun keladi bunting ea.. hihi
kali ni aku nak bercerita pasal si lelabah pulak atau dalam bahasa omputehnya spider. tapi yang ni bukan calang-calang labah-labah, tapi ni pasal labah-labah beruk. kenai tak? kalo tak taw boleh tanya abang google..hihi
kisah ni pulak waktu aku darjah lima, tahun 2001. waktu tu waktu maghrib, then ayah aku soh aku solat. tapi aku ni sangat tegar. astaghfirullah, malas nak pi solat time ayah aku suroh tu. tapi lama-lama aku gi jugak solat, cuma la sikit.
after aku dah amek wuduk, opkos la kalo perempuan nak solat kena pakai telekung an. so hati kecik aku yang nakal ni pun berbisik, ‘pakai telekung adik je, tak payah pakai telekung sendiri’ siap bertanduk lagi..haha. aku pun ikutkan jela hati aku.
tuptup, tangan aku macam kena gigit dengan sumting, then aku nampak si labah-labah beruk ni baru je keluar dari telekung aku tu buat lintas langsung. cait! berani kau. tiba-tiba terus terasa sakit. aku pun terus nanges kat atas kerusi sampai dok tekan-tekan tangan aku yang sakit tu.
yang lawaknya, bila abah aku tengok aku nanges, dia ingat mak aku marah. yang mak pulak, ingat aku nanges sebab abah marah. aku pulak diam je seribu bahasa. last-last, mak abah aku pelik. pastu, salah seorang tanya kenapa aku nanges. so, aku pun menjawab dengan tambahan airmata
“kena gigit dengan labah-labah” time ni cara nanges dah matang sikit..hihi
mak aku apa lagi, terus je amek kaen ikat kat lengan aku, tak nak bagi bisa labah-labah tu merebak. abah aku pulak, after solat cepat-cepat amek inisiatif nak bawak aku gi klinik. naseb baek aku tak pengsan. rupa-rupanya labah-labah beruk ni boleh bawak mati, patutlah mak abah aku yang gelabah semacam, aku pulak lek-lek je tak bagitahu..hihi.
kat klinik tu aku dapat la 2 injection. paling aku ngeri bila abang yang klinik tu maen gerak-gerak je jarum kat lengan aku. dia pusing kanan, dia belok kiri sebab nak letak ubat kat area sengatan tu. waa.. memang nice experience. lepas tu aku cam seram gak kalo nampak si keterunan ‘beruk’ ni.
kisah si botol| kicap yang sadis
waa.. dah lama aku tak bagi chance kat si jari- jemari aku ni nak menari atas pentas keyboard ni. so, sementara masih diberi peluang ni aku nak share sesuatu, pasal si botol. bukan kisah si kakitangan botol keh! tapi kisah kehidupan aku dengan botol.. hihi. before tu boleh sediakan tisu kot-kot nanti time baca tu berpeluh dahi..ekeke. trik nafas panjang-panjang dulu eh..
aku rasa sejarah ni tercatat pada tahun 1998, uish cam ayat dalam buku sejarah je..hihi. waktu tu aku baru darjah dua. time tu aku dah duduk kat kampung. satu family dah duduk kat kampung, duduk dekat umah nenek belah mak aku. bila duduk kat kampung ni, pepaham jela kemudahan dia camna. kedai pun jauh je.
bagi orang yang hantu kicap, kicap tu wajib ada setiap kali makan nasik. nak dijadikan cerita, kicap umah nenek aku tu dah habes, so nenek aku suroh la aku pergi beli kicap kat kedai seberang. kenalah aku meredah kawasan empang, tapi keliling tu sawah padi la. time aku pergi tu dah tengah hari. bayangkan matahari tengah steady terpacak atas kepala. aku pun berpenat lelah la mengayuh basikal BMX aku yang kecik yang still kaler pink time tu. sesampai je kat kedai aku pun beli la kicap cap kipas udang yang kaler merah tu.
so, perjalanan balik tu aku still ikut jalan yang sama. tabah je aku kayuh gerek aku tu tengah-tengah panas. dahla beskal tu roda dia kecik, so pepaham jela barapa kilometer sejam laju dia..haha. yang bertambah penat bila jalan tu pulak jalan batu kapur lagi rasa aku. waa, siyes penat kalo ingat balek..
sesampai je kat rumah, aku punya la eksaited bawak kicap tu, yela dah lapar nasik dah time tu. tapi malam tak berbau, pappp!!! botol kicap tu jatuh kat lantai. pecah hancur bertabur semua ada. abes kicap tu tertumpah kat lantai. wuuuu.. terus muka aku jadi muram time tu dan time tu jugak aku nanges. waa, sadislah. sebab aku penat-penat kayuh beskal tengah panas yang jarak lebih kurang satu kilometer tu, tuptup kicap tu jatuh. tak sempat nak makan.
disebabkan kesian tengok aku, mak aku pun pergi semula kedai untuk beli kicap baru. tapi naek motor la.. hihi. siyes, sampai sekarang aku still teringat pasal kisah sadis ni taw. semalam aku pergi beli kicap cap kipas udang, harga dah empat ringgit lima kupang.. waa, mahalnya harga dia. dulu-dulu baru 2 hengget empat posen je, tapi zaman tok kaduk dulu la. time kicap aku jatuh berderai tu..haha
itu yang TERBAIK
ni la ole-ole dari sayang i..hikhik |
kisah PMR aku
213 yang bermakna
menanam untuk esok
waa.. sedar tak sedar cik 2010 dah nak tutup pintu rumah dah, nak bagi laluan dekat Miss 2011 pulak masuk. mestilah kasi chance kat yang laen jugak, takkan la kita je kan. haha. so, bila dah nak masuk 2011 ni, apa pulak azam korang?
okeh, aku pun nak pasang azam jugak. tapi memadai untuk semester baru je dulu..hihi. semester 2 sesi 2010/2011. bukan taknak berazam untuk full year, tapi nak test dulu macam mana. nanti tengok hasil dan buat postmoterm dulu sikit-sikit.. hihi
apa yang aku wish untuk sem akan datang membuka tingkap pada 3 januari 2011 ni..
- kalo boleh aku nak reduce tabiat tido lepas subuh dan lepas asar. yang lepas asar tu alhamdulillah dah menjadi sikit, yang lepas subuh tu kena cuba..insyaallah
- setiap pagi aku nak wajibkan diri aku untuk breakfast. tapi aku memang yang kena makan pagi. lagipun breakfast tu penting. lagi penting dari lunch. tak silap aku, kalo tak breakfast, kita boleh gemuk..wallahulam
- aku nak try siapkan esaimen aku a.s.a.p.. aku taknak bertangguh bila buat kerja. kalo boleh, lepas je abes lab, terus nak buat lab repot. tapisem depan aku ada 4 lab repot.. waa, banyaknya
- aku nak mendidik diri aku jadi rajin membaca dan study. tambah pulak sem depan aku kena amek 2 subjek biology dan @ subjek fizik. yang penting, aku kena pulun untuk yang biology stream. sebab aku sendiri tak pernah belajar bio since sekolah, sampai dah dekat u, baru lah aku mengenali dan belajar nak fall dekat Mr Bio ni..
- aku taknak stay sampai lewat malam kalo aku takda sebab untuk berbuat demikian. maksimum limit pun pukul 2. tapi masalahnya, kalo aku nak tido before pukul 1 pun, pukul 2 gak baru mata aku boleh pejam. sampai dah bosan golek kiri kanan..hakhak
okeh, cukuplah aku list 5 je kat sini. mana yang tersembunyi biarlah hati je yang taw..haha. korang pulak apa wishlist korang?
kasih ibu..
waktu tengahari tadi, waktu tengah syok-syok jari-jemari aku ligat menari atas keyboard QWERTY ni, mak aku panggil. mak aku ajak tengok Wanita Hari Ini. actually aku jarang miss tengok WHI ni, tapi semenjak dah macam addicted dengan belog ni, rancangan tu pun aku dah selalu miss.. uish, dasyatnya penangan Mr Blogger ni.
nak tahu tak kenapa mak aku panggil, sebab dia suruh tengok WHI tu, tajuk dia special, tak silap aku ‘Kasih Ibu’. sampai mak aku cakap, “menitis air mata mak dengar orang ni cerita..”. then aku tengok kat tv ada sorang makcik ni tengah teresak-esak cerita kisah yang anak-anak dia buat dekat dia. sedih. aku nak tacing gak bila mak aku cerita, tapi aku sorok-soroklah..hehe
disebabkan aku dah termiss tengok tu dari awal, so mak aku jelah yang ceritakan. mak aku cerita, ada sorang makcik ni selalu kena sepak terajang je dengan anak dia. anak dia sampai hantar dia dekat rumah Nur Ehsan tu. dia buang mak dia. dia terus hidup senang lenang je dekat luar sana dengan status yang cukup dibanggakan. tapi tadi waktu kat tv, mak dia ada cakap yang mak dia dah bahagia duduk dekat umah Nur Ehsan tu. kebajikan semua terjaga. dan mak dia pun cakap, dia juz mampu tengok anak dia bahagia dari jauh je..
ada satu kes lagi, anak dia hantar mak dia dekat rumah Nur Ehsan ni jugak. then satu hari anak dia datang nak anta makanan kat rumah tu. si mak pulak punyalah eksaited bilat tahu anak dia datang. si anak pun cakap kat si mak, “mak tunggu sini jap, saya nak hantar barang dulu..”. si mak ingat si anak datang nak gi jemput dia bila rumah, maklumlah waktu tu dah nak raya. habes baju-baju si mak dah kendong dalam bunjut kaen batek. tuptup, anak dia belah macam tu je. si mak ni penatlah menunggu si anak. rupanya ditipu je oleh anak. si mak tu meraung sekuat hati bila tahu anak dia buat macam tu, tipu dia.
harap-harap kita semua dijauhkan daripada buat-buat menda macam ni eh. hargailah mak kita selagi dia masih ada. kalo takda mak, mustahil kita dapat tengok dunia ni, dan mustahil jugak untuk kita berblogging macam sekarang ni, okeh! kita sendiri tahu yang syurga itu di bawah tapak kaki ibu. jangan pulak lepas ni korang pi tilik bawah kaki mak pulak nak tengok ada syurga ke tak..ekeke. tu je kot aku nak share. i love my mum..
stalker| aku yang bermata liar
wah, kalo tengok tajuk entri macam panas suam-suam kuku je. tapi suam-suam kuku tu macam mana eh? berapa degree celcius, berapa kelvin? haha. pandai sungguh nenek moyang kita dulu-dulu buat istilah ek. okeh, sori aku dah melalut.
aku nak cerita sikit apa yang aku dapat melalui pemerhatian aku. apa dia? relaks-relaks dulu okeh! since aku dah aktif membelog sekarang, si mukabuku aku tu dah jadi macam anak tiri tikus beranak sepuluh je..haha. fesbuk tu dah jadi space untuk aku tahu perkara-perkara penting dari budak kelas je. yela, papehal diorang akan post kat wall group je, kalo ada test ke. kuiz ke, tutorial ke.. saving! tak yah anta meseg kat fon. kadang-kadang kat fesbuk juga jadi tempat aku nak pomot blog usang ni..hehe. tak malu weh!
antara perkara yang aku suka buat kt fb ialah jadi Stalker. untuk siapa? jengjeng.. sebab kadang-kadang dah tak taw nak buat apa dah kat fb tu, so macam best jugaklah kalo jadi nakal ni. masuk wall orang, tengok aktiviti mereka, relationship status, picture-picture mereka ni. uish, serius aku memang nakal okeh! jangan salahkan aku yang masuk wall korang, tapi tanya kenapa korang exposekan ‘privasi’ korang tuh..huhu
paling syok kalo ada relationship status yang siap ada link lagi. tanpa segan silu memang aku akan klik ah. pastu ada pulak picture ‘bersama’ antara kapel ni. siap ada ayat dan status yang suwit- muwit lagi tuh.. kadang-kadang aku tersenyum sendiri depan lappy, esh perlu ke macam ni? semoga diorang berkekalan..amin
bila aku melawat semula page tu untuk kesekian waktunya, aku tengok semua tuh dah takde. status dah jadi single. ada album yang dah kena delete. status pulak kadang-kadang dah berbaur sumpah seranah. haish kenapa jadi macam tuh? bukan aku nak jeles tengok orang-orang ‘berbunga-bunga’ kat fb ni, tapi kadang-kadang aku kesian je bila relationship tu dah takda. kalo tengok picture before-before ni, memang nampak macam dah kawen la.. tapi lepas tu free-free je ditinggalkan macam tu. macam touch & go pulak..huhu
sori, aku takda niat nak kata sesiapa. tapi ni pemerhatian dan kesimpulan aku. dah banyak aku jumpa kat fb. tak semestinya semua ‘kegembiraan’ yang kita ada tu perlu share dekat fb, soal hati ni private. macamlah rumahtangga, tak perlu kita riuh sekampung nak bercerita. no wonder kalo aku dah hide 2 3 fb dekat home aku sebab setiap kali diorang ni update status, mesti ada nama kapel masing-masing plus dengan ayat jiwang-juwang lagi..euwww. kalo ikut hasutan syaitan boleh je kalo aku nak buat, tapi sabar dulu. mujahadah itu pahit. nanti dah sampai masa nanti insyaAllah..
aku tulis ni pun sebab tadi aku baru je bukak satu page tu, then segalanya dah ‘berubah’
mereka memang hebat!
rasa beza macam kapal dengan menda yang cenonet tu je.. |
makan peluru senapang
ha..ni peluru hidup. takkan nak makan kot.. |
esh..tak kan la menda ni kot dijadikan peluru??? |
ni dia senapang patah, pernah maen? |
oh tidak! aku terpaksa
Bila stress, apa yang korang buat?
semestinya setiap orang ada cara sendiri nak keluarkan diri diorang bila stress an. kalo korang bila stress apa yang korang buat erk? tido ke? makan ke? nyanyi-nyanyi ke kot-kot pektis nak lawan siti sifir ke..hakhak kompem aku dah melalut.
selalunya kita ni akan stress bila banyak menda nak kena carry on dalam satu masa. contohnya esok tu nak anta tutor, nak anta lab repot dan minggu tu jugak ada test. ni aku cakap based on diri aku lah. okeh tak nak buang masa, aku nak share pulak apa yang aku aim bila aku stress..jengjengjeng..
- semestinya aku akan mencari cokelat especially yang datang dari keluarga cadbury..uish sedapnya! kalo beli yang bar kecik RM2.50 seciput tu, satu round je aku habeskan..ngehngeh
- kalo nak juga bantuan hilangkan stress on da spot selalunya aku terus bukak folder ‘need for speed underground II’..ngeh3. dulu-dulu maybe tak reti nak maen, asek accident je. tapi sekarang dah expert okeh! boleh jadi winner dah..haha
- tapi aku rasa ada satu cara yang memang terbaek, pergi amek wuduk, then solat or mengaji. selalunya time camnilah baru kita betul-betul dapat dekatkan diri padaNya. sebab tu kita patut bersyukur bila diberikan ujian, sebab Dia nak kita dekat dekat denganNya.
kalo mengadu kat yang tersayang pun, memang yang last tu jugak dia suruh aku buat..huhu. So, korang pulak macam mana? taknak share-share ke? sharing is caring..ngehngeh~
bila aku dah bosan..
tajuk memang macam desperated gila ah..haha. maklumlah, cuti sem kali tiba-tiba rasa macam tak taw nak buat apa pulak. itu pun naseb baek aku ada join baktisiswa, at least takda lah terasa cuti ni terlalu kosong an. nak kaco ‘orang’ pun dah malas, lagipun kalo selalu sangat kaco nanti bosan la pulak an. so, nak tahu tak apa yang aku buat bila aku dah bosan..ngehngeh..
boleh imagine tak, dari longgokan surat khabar lama tu boleh bertukar jadi sekuntum bunga. uish, macam mana tuh? ada tongkat sakti ke yang tolong tukarkan.. takpun masukkan dalam poket doraemon je, terus boleh jadi bunga..ekeke
sebenarnya tak macam tu pun, simple je. just koyakkan surat khabar tu memanjang, kalo boleh amek kat part yang ade kaler. then, pintalkan part tengah dia, tacap siket-siket.. then jadilah macam ni..
so, camna? ok tak? hihi.. menda ni aku buat waktu aku tengah bosan masa tengah buat gerak kerja baktisiswa aritu..hehe
Kisah Pangkor PART II
Kisah Pangkor PART I
ni ade-adek angkat aku.. |
Dulu aku nakal..
jawapan intebiu orang femes
bukan setakat nak buat research je kena jawab servey okeh, jadi blogger pun still kena jawab servey..hehe. so, aku telah dipinta oleh pemilik belog mahamahu untuk jawab beberapa soklan ni. so nak la jugak rasa cam jawab intebiu ni..agaga. Camera action!
1. Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
(a) Nokia & (c) Sony Ericsson
Nokia pun aku guna, SE pun aku guna. tapi main SE lah..hehe
2. Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
(g) Compaq
aku guna Compaq je, dah cukup memadai untuk aku addicted dengan blogger dan maen NFS Underground 2..hehe
3. Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
( i) Olympus
aku suka snap-snap picture. kalo boleh nak dslr tapi kena sabar dulu..
4. Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?
a) Streamyx
sebab aku tak celcom berokband..hehe
5. Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?
uish..takda in the list. aku selalunya beli asalkan selesa pakai dan ikut apa yang dituntut. branded ke tak tolak tepi..huhu
6. Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
(d) KFC
itu pun tak delah selalu, sebab aku ni jarang sikit keluar-keluar ni..
7. Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
takda in the list juga.. aku beli-beli kat pasaraya biasa je..huhu
8. Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
(a) HotFM, (b) EraFM & (d) SinarFM
semua tu depend kat mood jugak. kalo rasa nak layan perasaan aku layan la sinar..hehe
9. Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
(c) TV3
TV3 lah kot. sebab aku suka tengok Bersamamu dengan Wanita Hari Ini..ecece
10. Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?
uish..takda in the list jugak. no income lagi nak pakai yang tiptop ni.. memadailah dengan Pur Blanca je..hehe
11. Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?
(e) Wanita
Wanita dengan Mingguan Wanita sama ke? tapi aku suka baca MW la..sebab banyak info berguna
jawapan yang dikemukakan adalah telus dan tulus dari hari tukang taip..ekeke. kalo tak menepati ciri-ciri mintak maap ye..
petang yang santai
hujan yang renyai-renyai memang syok kalo pekena pisang goreng panas dengan teh ‘o’ panas. makan pulak dengan family ramai-ramai. even family aku semua ada 5 orang je, tu pun dah cukup meriah kot. bila minum je air teh ‘o' tuh, memang teras la macam mana air tuh travel, terasa ‘kepanasan’ air tu mula je dia lalu kat easofagus then ke perut dan semua tuh. opss, bila cikgu sains berkata-kata memang macam ni..haha. sori kawan..
tapi yang syoknya, mak aku ajar makan goreng pisang cicah dengan sos cili dan mayonis. walaweh, memang sedap seyh. nak tahu sedap tak, boleh lah try eh.ekeke. mahunya aku kekenyangan tadi dibuatnya sebab before aku makan pisang goreng tu, aku baru je hentam nasi goreng kerabu..ngee. no wonder la kalo badan naek macam dipam-pam..haha
just after bersantap, lepak-lepak kat luar umah jap. lagipun hujan, kalo nak menjejakkan kaki luar pada boundary yang ‘berbumbung’ memang tak dapat ah. mak aku pulak ada je idea dia. dia ajak maen carrom pulak. ok set! memang cantik ah, maen kat depan rumah dengan cuaca sejuk-sejuk gitu, hujan pun still renyai-renyai lagi..ewah
tapi yang tak bestnya satu je, aku dah lama tak maen sebenarnya. so akulah yang ditabalkan sebagai ‘winner’..haha. siap hutang lagi tuh. tapi I’ll never declare I’m a looser..okeh!
adik aku dah mula membelog
adik : best ke ada blog. tengok along asek bukak blog je, ingatkan bukak fesbuk
aku : mestilah best, kalo tak aku tak layan weh.. dapat jumpa macam-macam kat sini
my daughter's first besday..
share-share la sikit sorang eh kek ni..sharing is caring..ekeke |
Cover Your Aurat Campaign | SHOW YOUR SUPPORT!
Rasulullah s.a.w bersabda,
Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
Hadits riwayat Muslim
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar
- Hendaklah menutup kawasan aurat. Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan mengikut jumhur ulamak).
- Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
- Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
- Tidak menyerupai pakaian lelaki
- Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
- Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
- Bukan pakaian syuhrah (iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain)
- Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.