Dulu aku nakal..

image_thumb[1]

okeh, maybe train aku hari ini agak lambat, tapi aku still nak share kisah kenakalan aku zaman sekolah..hehe..

Nama sekolah rendah dan sekolah menengah  termasuk tahun ...
dari januari-september 1997, aku skolah dekat SK Bandar Jerantut, Pahang. then september 1997 sampailah aku abes darjah 6 tahun 2002, aku sekolah dekat SK Pawang Nong, Jerantut, tapi still kat Pahang jugak ah. juz pindah kampung je. tahun 2003, aku dapat offer masuk SMK Padang Saujana, still kat Jerantut jugak. then bila aku form 4 (2006), aku dapat offer masuk MRSM Serting, dokat nogori sembilan aih.. sampai la den abes tingkatan limo..

Aktiviti ko kurikulum yang korang ceburi
waktu lower form menda yang aku aktif ialah bab-bab bercakap dekat depan public ni. aku join syarahan agama, bercerita.  actually, since sekolah rendah lagi aku join. bila sekolah menengah tu juz aku sambung je. bila upper form, aku dah tak bape nak aktif, yang aku masuk pun juz debat ala parlimen antara kelas je..huhu. kalo sukan pulak, sekolah rendah aku join bola jaring. tapi bila sekolah menengah saja-saja try lompat kijang walaupon tak pernah lepas pun bila aku jump..haha. adeh!

Jawatan yang di sandang dulu .. hehe..
dari darjah tiga sampai darjah 6 jadi pengawas sekolah. waktu darjah 6 konon-konon jadi penolong ketua pengawas..haha. bila masuk form tu pun still jadi pengawas sampailah before aku gi MRSM. tapi aku rasa aku dah amek ringan je kat amanah tu..astaghfirullah. bila kat MRSM pulak, aku juz jadi Pembimbing Rakan Sebaya walaupun macam tak layak nak membimbing.

Nama guru kesayangan korang ..
uish..semua cikgu aku sayang kot..kalo sekolah rendah cikgu math aku, cikgu shukri. cikgu bm aku waktu form 5, cikgu mastura, sampai skarang still kip in touch dengan cikgu mastura. untuk cikgi-cikgu laen, minta maaflah kalo tak tulis nama. tapi saya still ingat cikgu-cikgu semua..

Subjek paling disukai dan tak suka ..
time sekolah rendah paling aku suka math dengan sains kot, yang tak suka pulak aku tak ingat. bila lower form aku sangat tak suka sejarah, tapi aku sangat suka math, kh dengan bahasa arab. bila upper form pulak aku sangat suka kimia dan sangat tak suka EST.. tapi sekarang pulak, segalanya dah berubah..haha. bak kata aku, yang best lama-lama jadi tak best. yang tak best lama-lama jadi best..agaga

Kawan baik masa sekolah ..
ramai sangatlah kawan baek. tapi yang paling aku ingat Sab dengan Ieka
             48826_813252144_2399469_n 49946_637392952_2956508_n

Cita-cita masa sekolah dulu..
time sekolah rendah rasa nak jadi doktor. bila sekolah menengah nak jadi arkitek la, then nak jadi akauntan la..bila form 5 aim nak jadi petrochemical engineer.. tuptup sekarang nak jadi cikgu..hihi

Artis feveret masa sekolah dulu ..
ada ke? siapa erk..japjap nak fikir.. yang aku ingat time sekolah rendah aku suka Dato’ Siti Nurhaliza kot.. tapi yang pasti time form 5 aku suka kita punya astronout, Dr SMS. siap letak picture dia atas meja buat inspirasi..opss, kantoi. blushing-blushing..

Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
waktu form 3, aku lupa nak siapkan correction geografi. so, kena bersila depan kelas sambil buat pembetulan tuh..huhu. malu aih..tapi buat slumber je. dahlah aku satu-satunya girl yang kena dan pengawas pulak tuh..huh. sampai budak laki sebelah aku cakap, “aish, ko pun kena gak???”..haha, bikin malu saja. tapi aku tak kesah, yang penting aku mengaku. padahal ramai lagi yang tak nak mengaku

Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan ..
nak beratur kat dewan makan, then berebut-rebut nak amek makanan. paling tak tahan, siap dah bagi tugas dah kalo time makan tuh. sorang cop meja, sorang amek tray, ada jugak yang tukang beratur waktu queue nak amek makanan..haha

Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )
kalo time sekolah rendah, kenakalan aku bila aku baling seberkas pensel terkena dekat penjuru mata kawan aku. asalnya, baju aku kotor terkena ink dekat bilek cetak. so, aku takut kena marah dengan mak aku dan si mamat ni pulak duk ejek je baju aku comot. tanpa membuang masa, aku pun terus bagi dia ‘hadiah’ tu, sampai dia pun nanges sama…haha
     time sekolah menengah pulak, yang aku rasa nakal bila aku ‘ponteng’ kelas time ada cikgu reserved masuk. bukan aku taknak masuk, tapi aku macam tak  boleh terima je cara cikgu tu. senang kata aku tak selesa la dengan cara cikgu lelaki tu..huhu. so, kawan aku ajak aku pergi tempat laen. tuptup kitorang pergi lepak dan borak-borak dengan cikgu laen sampailah kelas tamat. sorilah, aku taktaw apa kenakalan zaman sekolah..haha. sebab terasa cam always jadi budak baek je..hakhak. dah perasan dah..

kalo ada sesiapa nak join, jom. mari membongkar rahsia kenakalan kita semua..haha

2 comments:

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer