salam..
tibe-tibe cari ni rasa nak menekan2 je untuk mencari jawapan untuk persoalan ni..
pernah tak terfikir pe sebenarnye tujuan kite study??? take a moment to think about it!huhu
fikir2..jgn tak fikir..hikhik
agak2 ape jawapannye..jeng3..
mesti antaranya adalah..
pastu..
dapat grad dengan jayanye..yeah!
pastu nak jadi org yg byk..
dan bleyh wat ape saja ng duet tuh..
tapi pernah tak letakkan menda tu semua kt tepi, tapi point utama belajar adalah kerana
Setiap muslim dituntut supaya mengikhlaskan kerjanya kerana Allah Subhanahuwata’ala.
Rasulullah SAW, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud):
“Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”
Dalam hadis riwayat Ahmad dijelaskan tentang kepentingan niat dan ikhlas serta implikasinya dalam realiti kehidupan (yang bermaksud):
“Barangsiapa menikahi wanita dengan mas kahwinnya, sedangkan ia tidak berniat memberinya, maka ia berzina. Dan sesiapa berhutang, sedangkan ia tidak berniat untuk membayarnya, maka ia adalah pencuri”
Al-Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan:
“Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap urusan dengan apa yang diniatkannya”
so kat sini..nak ingatkan kita sesama manusia untuk betulkan niat kita nak belajar tuh..janganlah pulun-pulun study semata-mata kerana nak dapat 4.00 flat or tersenarai dalam dean list ke, ingatlah kita belajar tuh sebenarnya kita nak ilmu tu..ilmu yang boleh digunakan sampai bile-bile..pernah tak tertanya, nape lepas exam je kite terus lupe apa yang kita dah study tuh??? cam dah kosong jew..ilmu tuh cam seolah-olah untuk ditransfer atas exam paper je..
antara sebabnya tu lah..study juz sbab nak berjaya dalam exam..bukan sebab nk berusaha dapatkan ilmu Allah tuh..huhu
lagi satu, nak ingatkan kalian semua & diri sendiri, kalo belajar tuh jgnlah cepat merungut..xsuke ke, susah ke.. kalo kite da taw menda tu mesti kita da xnak cuba belajar an??? ingat lah, Allah akan uji hambaNya mengikut kemampuan masing-masing..
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya
petikan ayat Surah al-Baqarah:ayat 286
lagi satu, kalo ade ilmu tu share2 la..jgn riak plak..esh3
Ali bin Abi Talib ra pernah berkata (yang bermaksud):
“Orang riyak itu memiliki empat tanda:
1. Malas ketika bersendirian
2. Bersemangat ketika berada di tengah manusia ramai
3. Bertambah amalannya jika dipuji, dan
4. Berkurangan amalan jika tidak mendapat pujian”
so, betul2kanlah niat kite semua k..memandangkan lagi skang da masuk zon exam, jagalah hubungan kite dengan Pencipta & sesama manusia..paling penting kip in taC la dengan family, sebab doa seorang ibu tu tiada hijabnya..
kalau nak hati yg tenang tym study..
“Dan, barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia adalah orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala sesuatu.”
(Luqman:22)
InsyaAllah kejayaan milik anda..
awak..
ReplyDeletesaya setuju..
kita kena belajar kERAna Allah..
Terima ksih sbb mengingatkan kami yg pelajar nie.. alhamdulillah..