akhirnya, segalanya terbayar..

cuti dah mula memunculkan wajah, so jejari aku yang tak berapa nak runcing ni pun mulalah nak menggatal-gatal nak manja-manja balik dengan belog aku ni. kesian dia, sungguh kesian, gagal untk memahami si belog, tetapi hanya memahami kefahamanku je.. hehe. motif??? bukan apa, seminggu dua ni aku prefer lepas geram dekat game je, naseb baek dapat rumate yang memahami dan jenis sekepala main game..hehe. so, nak berblogging ni agak kurang sikit..huhu

okeh, sori termerepek sudah bha. bila dah cuti ni macam-macam pelan aku  nak buat kot. yang paling penting aku nak main kucing.. hihi. rindu kat tompok dan anak-anak. pastu setelkan semua esaimen dan lab report as soon as possible. kalo boleh tak nak tangguh lagi. boleh jadi ke erk??? agaga. tambah pulak, naik je cuti ni dah dapat 'perencah' test. ada dua pulak tu. both biology field punya subjek.. adoyai. kadang-kadang aku pelik, camna dorang ni study biologi erk. aku lagi prefer fizik yang tak perlu baca-baca dan hafal tu.. ekeke. tapi semua orang ada kekurangan dan kekuatan masing-masing an.

cuti yang seciput ni plan nak maen masak-masak.. jangan tak taw baru je beli buku masakan thai. ahaks. sila jangan terkejut. memang patut dan harus pun tahu memasak sebab umur dah 21 pun. dah layak ehem-ehem pun, cuma  kalo ada matured test tu layak la dapat A- tapi tinggi je yang tak berapa nak cukup je..haha. bagi yang mengenali, 'thinking skill saya dah matured ke belum?'...haha

so, rasanya takda papa pun nak tulis. sesaja gatai ja nak wat entri...ekeke. setelah sekian lama menanti, banyak yang aku dah dapat hari ini.. semalam dapat keluar ramai-ramai dengan housemate lama, pastu dapat special call yang penuh dengan nilai motivasi. called camni bukan senang nak ada taw, ni pun setelah 3 bulan baru dapat 'join'..haha. yang paling penting, hari ini aku nak balik umah.. nak peluk cium kucing kat umah..haha. papepun, bagi yang bercuti selamat bercuti yeh. cuti-cuti pun pepandai jaga diri dan maruah sekali..okeh! sekian.
senang hati je jadi kucing ni..hehe

i need some 'high'

eceh.. tetibe tajuk entri kalo ni dalam bahasa omputeh pulak. entah betoi ke tak grammarnya pun aku tatao.. hehe. maaplah, muet pun tahap cukup makan je, tapi alhamdulillah la.. itu yang terbaek dari-Nya untuk aku.

actually memang aku terasa memerlukan menda ni since pas je abes tutor intro mechanic tadi. hari ni lecturer  tu suroh bagi explaination camna aku boleh dapat jawapan untuk soklan yang sekian-sekian. hehe. dalam erti kata laen dia soh pektis camna kita pi explain kat student la.

so, berbekalkan ketinggian yang tak sampai lima kaki ni, agak terjengkek-jengkek la juga aku nak menulih kat whiteboard tu. whiteboard kat lab ni pulak tetiba tinggi semacam. so, tersangat la menganiayai aku yang tak cukup ketinggian ni nak tulis. ekeke.. so, tadi tetiba aku wonder, camna aku nak ngaja nanti? makna kata memang kena pinjam ketinggian sang sepatu. opss.. terkantoi di situ..

tapi abah aku sendiri pernah cakap kat aku, " awak tu kecik, kenalah pakai kasut tinggi siket. barulah nampak tinggi..". berkerut-kerut plus nak tergelak pun ada bila abah aku cakap camtu..hehe. bukannya aku takda kasut yang sedemikian, ada je. dalam kotak ade, sorok bawah katil pun ada. semuanya aku juz pakai time gi annual dinner tempat abah keje je..haha.

bukan tak sudi, tapi aku rasa cam susah kot kalo nak rushing-rushing ni. buatnya terpeleot, tak kena naya. macam-macam situasi da aku tengok, ada yang wedges tertingga time nak naek bus la, nak tersadong la dan kelmarin betul aku tengok dia terpeleot. tak pasai-pasai macam terhencut-hencut pastu..huhu

melangkah kena yakin
tapi aku tak kesah pun aku setinggi ni. sebab itu yang Allah jadikan. ada hikmahnya. kalo nak compare, sebenarnya ada lagi kot yang lagi 'kecik' dari aku. aku rasa ramai je cikgu yang kecik-kecik, cuma cara pembawakan diri tu menampakkan diorang matang sekali gus nampak tinggi..hehe, betoi ke statement ni? 

aku tak suka orang guna perkataan pendek, sebab it's sound rude. okeh, itu saja. tapi aku rasa cam tak sabar nak jadi cikgu lepas kena terangkan solution soklan fizik tadi tu..hehe. best kot mengajar, lagi seronok kalo ada orang paham. hehe.. sekian.

kadang-kadang kebebasan itu perlu

salam. uish, dah lama kot belog ni terbiar.  rasanya dah seminggu aku tak update rasanya. sampai dah penuh habuk kat celah-celah buluh ni ha. mintak maaplah ye.. bukannya aku tak sudi, tapi keadaan memaksa aku bertindak demikian. eceh.. ayat bajet innocent je..hihi
okeh, kali ni aku rasa nak kongsi something la. it’s about kebebasan. bebas! terbang bebas macam burung layang-layang tu..hihi. kat entri yang lepas pun macam ada jugak kaitan dengan kebebasan, tapi tu dalam contact aku dengan parents aku, tapi sekarang ni aku nak sentuh bab kebebasan dengan kawan-kawan.
images (1)
bebas je cam burung ni..
aku nak tanya korang, perlu ke kita berkepit dengan member baik kita 24 jam, dari utara ke selatan asek dengan orang tu je. mesti tak an? abes tu takkan la korang mandi pun nak soh dia ikut jugak. haish.
aku rasa seminggu ni banyak menda yang aku suka buat sorang-sorang. aku keluar gi ** sorang-sorang, pastu aku gi uruskan sumting kat bank pun sorang-sorang dan paling latest aku pasar malam dengan jalan sorang-sorang. memang menda ni agak berbahaya bagi insan yang bernama perempuan. tapi kita kenalah yakin juga, Allah ada dengan kita. yang penting pandailah jaga apa yang patut.
bukan aku nak jadi alone ranger ke hape, tapi entah la. aku rasa kadang-kadang kita tak perlu bawa ramai sangat pengikut ni. cuba bayangkan korang keluar sampai 4 ke 5 orang. pastu si A nak gi sana, si B pulak nak gi situ dan korang pulak nak gi tempat laen. masa pulak sangat limited. huh. kadang-kadang boleh pening kepala dan terasa bazir masa. tapi kalo korang sangat mempunyai masa yang terluang takpe la.. kalo aku? arghhhh.. especially bila esaimen dah menimbun cam sekarang ni. konsep sekarang ni, kena jimat masa.
images (2)
tak ke pening bila ramai sangat ikut..hehe
baru-baru ni, disebabkan cam craving tu Yong Taufu, bangun-bangun je tido pas balek KoQ tengahari tu, aku terus decide nak gi pasar malam. sorang-sorang je pulak tu. siap je solat asar, aku terus kuar. so, kat pekan tu banyak tempat aku gi, dengan nak amek sijil gradding nye la.. cari botol ayaq la.. dan paling penting menda yang paling aku nak makan..hehe. walaupun enam hengget dua posen sekalipun, aku beli semacam menda tu, sebab aku nak sangat makan..hehe. Alhamdulillah konyang eden malam tu dok makan yong taufu. mengalahkan orang mengidam pulak da.. haha. even duet kering, makan tetap banyak..haha. tapi kawan baek aku tak suka yong taufu, so tak dapat la aku nak belanja dia..hoho..
images (3)
terasa cam nak makan lagi je..hehe
okeh, korang setuju ke ngan pendapat aku. hmm, thanks kat yang ada bagi semangat kat aku pada entri lepas. thanks ea. sorilah, aku tak sempat nak berkunjung balas. malam ni pun nak kena study kot-kot kalo esok ada test.. wish me luck k Smile

sejuta kemaafan

salam. dah lama aku tak update belog ni. terasa macam dah mula berhabuk je.. fuhh.. tapi ada pulak yang sudi melawat iye bila dah terbiar.. alhamdulillah. terima kasih. entri ni aku tulis sebab aku nak mintak maap sesangat sebab tak dapat nak berbalas kunjungan bagi tetamu yang tolong 'jerit-jerit' kat shoutbox tu eh. sori teramat. minggu ni aku dah tersangan bizi. ada 3 lab report to go.. satu tutorial intro mechanic bakal memunculkan diri. esaimen dan projek sentiasa di sisi..eceh..

aku pun dah lama tak bersiar-siar dekat blog blogger-blogger laen. usahkan belog, fesbuk pun macam dah terbiar abes ah. yeke???hihi. tapi aku dapat rasa laa, mood aku nak online pun dah kurang ni. mata pulak asek berat je. tiap hari kelas start pagi dan habes time asar..huhu. padahal baru je gi kutip semangat baru last weekend, tapi kemalasan masih menimpa..

ini bukan aku..haha
semalam pun aku dah cukup stress bila tengok keje, sampai nak berair mata sudah..hehe. doakan aku iye kawan-kawan. aku nak berubah. aku nak pulun belajar sem ni. kalo ada kesempatan insyaallah aku berblogging macam biasa eh. nak tak nak aku terpaksa undur diri dulu. walaupun dalam hati aku tegar mengatakan.. i lurve blogging..hihi

cara berkenalan yang 'terbaek'

memandangkan zaman sekarang ni laman sosial makin berkembang megah bak payung kat pasar malam, makin ramai antara kita ni nak mengeratkan silaturrahim kan. kalo zaman aku sekolah dulu tengah femes friendster dengan myspace. then muncul pula tagged, hi5 la.. tapi naseb baek tak sempat join hi5, terus join fesbuk je..haha. apa perlunya menda-menda ni semua?

jawapannya opkos la nak eratkan jurang-jurang, tambah kenalan, yang tak kenal boleh jadi kenal dan ada yang sampai kawen pun ada. tapi, kalo kita nak berkenalan tu ada jugak adab-adab dia kan? macam kita masuk rumah orang, jangan nak maen serbu je. kompem kena halau dengan tuan rumah an. nak aku ajar ke camna adab-adab nak melawat rumah orang? haha


bukan apa, sebenarnya aku nak amek satu point penting ni, ada seorang umat manusia ni nak menambah bilangan kenalan dia, tapi dia masuk rumah orang secara tak da adab. ibarat macam, korang datang umah orang, maen redah je taknak tanggal kasut. ikut sesuka hati je..


aku tahu la profil picture aku tu sangat la kiut, tapi takyah la buat macam tu. kalo nak add pun, takyahlah sampai macam tu..uhh. aku bukan nak marah apa, tapi aku rasa please behave yourself la. kita hidup dalam negara yang bertatasusila, please la be in the right track. sejujurnya, aku takkan approved orang macam ni, even yang pernah kenal pun banyak aku hold dulu. sebab ada yang aku rasa macam nak jadi stalker untuk hal-hal tertentu. hmm, kalo la kita ada manner  dan tak hipokrit dalam berkenalan kat laman-laman sosial ni, silap-silap boleh 'tersangkut' dengan orang tu..hihi. tapi papepun keikhlasan tu dapat dirasai an.. nak berkenalan tu boleh, tapi in the right way, okeh! sekian, itu saja :)

susah kalo letak profil picture kiut sangat macam ni..haha



debaran hari esok

tetiba ja jantung aku dupdap-dupdap je dari tadi. rasa macam tak senang duduk pun ada. mengalahkan kucing nak cari tempat nak beranak. esok aku nak pi akad nikah ke? ehh.. takde la pulak..wawa. 

gori, aku pinjam picture ko time akad nikah..hehe
tapi yang pasti esok nak gi bersiar-siar. nak amek mood dan semangat baru dulu before nak pulun study semula. lagipun tadi mak dah luluskan proposal aku hari tu. mak pesan, "jaga diri elok-elok.. skarang ni musim hujan, dia boleh pulak nak jalan-jalan. ingat sikit tanggungjawab sebagai seorang pelajar tu untuk belajar..". dengan senang hati aku jawab " okeh boss!" hehe.

bukan apa, kita yang perempuan ni tak kiralah dah kawen ke belum still kena minta permission kalo nak kuar gi mana-mana. maksud aku yang jauh-jauh la. kalo belum kawen, kena mintak kat ayah or mak ke. kalo dah kawen pun still kena mintak dengan husband an..huhu. kalo korang nak tahu, agak penat jugak aku nak tunggu ayah aku bagi jawapan kalo aku mintak kuar..huhu. papepun, semoga dipermudahkan segala urusan after dis..amin
agak eksaited bila 'proposal' aku diluluskan..hehe

terkunci | aku terfemes

gara-gara kes pintu terkunci tak pasai-pasai aku terfemes pulak. haish. bukan sebab aku yang buat pintu terkunci, tapi aku tolong bukak an pintu terkunci..huhu. aku rasa kes ni macam replay menda yang sama terjadi time sem lepas..hoho

kesah dia camni, lastweek pintu bilik air rumah aku ni terkunci dari dalam. time tuh dah pukul  12 suku kot dan naseb baek cik rumet bagitahu. kalo tak kalut aku pagi esok nak mandi sebab kelas setat pukul 8 pagi..huhu. so, dengan berbekalkan experience sem lepas bukak pintu yang terkunci jugak, aku pun godek-godek tombol guna duet 5 sen. mula-mula hampa..huh. then cuba masukkan kad keras kat celah lock tu sambil tangan still godek-godek guna duet syiling.. Alhamdulillah, Allah permudahkan. so, pintu tu pun terbuka.then  baru aku realize, aku buat the same thing macam sem lepas, pada waktu yang lebih kurang sama dan menggunakan skill yang hampir sama.

disebabkan kejayaan aku bukak pintu tu minggu lepas, housemate aku duk pomot aku pulak bila ada kes pintu terkunci. last week ada sorang budak ni pintu terkunci, pastu hosmet minta aku pergi. ok fine, aku mencuba walaupun tak berhasil. baru-baru ni tadi pun tengah syok-syok landing ada yang ketuk bilek minta tolong bukak an pintu dia. uish, ingat aku 'kunci girl' ka? adoyai.. bukan tak sudi membantu, tapi gunakanlah pihak yang bertanggungjawab. aku malas nak tulis, tapi ni pun aku belajar based on experienced aku 2 sem involved dalam menda tu..huhu. tak pasai-pasai jadi femes kat aras ni sebab menda alah tu. tapi femes ke???haha.

siapa kata jadi femes tu best? sila angkat tangan dari keyboard anda. secara peribadinya aku berapa suka kalo femes-femes ni, nanti ada pihak makan hati. cuba korang buat flash back, tengok orang-orang yang femes dan kesan pada orang yang terdekat dengan beliau. aku rasa privasi mereka pun terganggu kot. cuba bayang, kalo korang tengah syok-syok lepak dengan orang yang dah jadi public figure ni, then ada yang serbu nak itu, nak ini la.. mahunya makan hati. aku rasa kalo orang yang aku sayang femes, mahunya aku makan hati.. hehe. memang sharing is caring, tapi bukan semua kena share. prinsip ciptaan aku. sila terima..agaga

ni stok boleh buat makan hati..haha
okeh, memadailah dulu nak menghapdet entri. tapi yang sedihnya pasni memang betul-betul sibuk..huhu. kena spending time dengan skandal-skandal aku..huhu. tetiba aku terasa lapar pulak, padahal tadi dah makan..huhu. jom bersantap yok!

realiti bukan konspirasi

ni bukan cilok nama belog zackzukhairi ke ape, tapi ni perihal semasa.sekarang tahap 'ekonomi' dunia negara eden sangat gawat. waduh, kat mana nak solap duet ni. sang pitipitipu tak masuk lae, tapi mulut kira nak makan ja..haha. tapi as human being, ada aku kesah duet dalam wallet ada berapa hengget, yang penting hati senang. oh no dear, it's not good for you! tapi siyes, that's reality bagi aku.

alamatnya aku boleh jadi cam ayam ni je, kalo dah terlalu gawat..haha
okeh, bukan nak cerita melalut or bukan, tapi inilah realiti untuk orang macam aku, badan je kechik tapi kerja asek makan je. maybe sebab metabolism aku tinggi, bila makan je, cepat je lapar. tak silap aku memang hakikat pun, bila kita banyak makan, metabolism kita akan tinggi, then makanan cepat hadam. dats why aku tak berminat join diet yang tak berapa nak seimbang ni, kononnya makan sikit boleh kurus. sebaliknya metabolism korang jadi rendah dan makanan lambat hadam. terseksa je aku rasa. [ cuba mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kelas, sebab sem ni aku amek Sains Pemakanan dan Nutrisi..haha]

aku ni memang jenis yang wajib amek bekfes before pergi kelas, sebab ada sesetengah orang dia akan sakit perut bila makan pagi. even aku hentam milo dengan oat sekalipun, aku still rasa lapar waktu masuk zone pukul 11, dan nak taknak tengahari aku tetap pergi lunch lagi. lunch pulak mana boleh takda sayur. so kalo hidangan sepinggan lengkap tu dah jadi 4 hengget. dan tak kira la aku dah breakfast ke or dah lunch sekalipun, malam aku tetap kena makan. kalo tak nanti aku merana pedih perut. hydrochloric acid aku terover secreted kot...hehe. masuk bab fisiologi pulak..opss

actually bukan ni aku nak cerita, tapi aku nak kira tahap keborosan aku tu, kalo lunch je dah 4 hengget, campur lagi dengan dinner lebih kurang 4 hengget dan plus minus jajan 2 hengget, mahunya sehari je aku makan dah sepuluh hengget. RM 10 x 7 = RM 70/week.. waa, ganas kau nida. belum kira top up celcom lagi. tapi takpe, aku jarang maen henpon, RM 10 pun boleh tahan sebulan kalo tak maen calling-calling la. tapi memang pun, dah 2 bulan tak calling-calling..sobsob

sekarang ni pulak ada karnival kat kolej aku ni. masyaallah banyaknye yang duk menarik pandangan aku ni especially si baju yang memanggil je dari setiap gerai. tapi, dalam sengket-sengket pun aku sempat lagi wat pertimbangan, lepas tolak campur darab bahagi semua, last-last aku amek 2 helai baju. bagi aku murah kot kalo 20 sebab kalo kat kedai luar satu tu 50 dan tersangat susah nak dapat..hihi. tapi aku tak rasa rugi or terlajak belanja rasanya sebab every sem aku memang manage money aku elok-elok. kalo boleh untuk 'future' pun aku kira..haha. amacam, ada ciri-ciri wanita idaman tak, boleh urus kewangan? sila jangan muntah kat sini okeh..haha

sang pitipitipu: bila hang nak masuk? wallet kitorang dah kosong ni...huhu
yang tengah baca: jomlah datang upsi, kat kolej aku ada karnival ni..banyak murah-murah woo
yang tersayang : sila take note yang saya memang kuat makan..haha

SEGMEN MADAH PUJANGGA


okeh, kali ni jom kita serbu segmen terbaru encik Ben ashaari ni, bermadah pujangga.. bukan madah berhelah lagu ziana zain yang cam korang selalu nyanyi kat ceruk dapur tu okeh..hehe. dah lama tak bermadah ni, so harap maap la kalo melalut ni..ekeke



 |Dunia Sang Blogger |

blogging diibaratkan pepohon denai yang berpaut di pinggiran sungai, yang mengharapkan ihsan himpunan tanah-tanih untuk terus berdiri mencari sang mentari. begitu juga dengan kehidupan para blogger, sentiasa mengharapkan kawan-kawan dan sang follower memberikan sokongan untuk terus menghidupkan blog masing-masing dalam mencari kepuasan hati. wahai penghuni perkampungan blogger, janganlah kau bersedih hati dan berasa kesepian, sebab anda sentiasa disokong oleh sahabat-sahabat blogger seperti kami termasuklah aku..

okeh, ini je yang mampu dimadah mudahkan oleh aku..hihi. sesiapa nak join dipersilakan..

can you be my shoulder

sori kalo entri ni macam emotional siket. tapi siyes time ni aer mata pun cam tunggu turn je nak menitis-nitis  drop by drop..huhu. tak tahu lah patut ke tak apa yang aku buat ni..huh. memang aku realize menda yang aku buat ni salah, tapi biasa la tu, dunia akhir remaja, semua menda nak rasa. nak bebas.

tadi kol my parents nak minta permission kuar this weekend. huh, banyak kena soal-siasat. dari a sampai z. kadang-kadang aku rasa macam mereka ada negatif thinking pulak aku. ye mak abah.. along tahu la jaga diri. kadang-kadang aku jeles pun ada  tengok member-member, maen kuar suka hati je. dulu ada yang gelakkan aku bila nak minta permission kuar nak pi kl. tapi nak buat macam mana, that's how my parents treat me. nak taknak aku kena terima even umo dah masuk zon 20-an. kalo kat kampung tu dah ramai pun dah jadi mak orang..huhu

serius, aku tersangat tak dapat nak tahan nanges ni. naseb baek cik rumet aku takda ni. so, takda la yang tahu aku nanges except yang baca entri ni. okeh kawan-kawan, sesiapa yang ada niat nak pomot aku ajak gi jalan-jalan pasni lupakanlah okeh. aku punya 'imegresen' dah dihentikan kot. sabar jelah, kalo langgar rule nanti jadi anak derhaka pulak..huhu. aku tahu, my parents buat macam ni supaya nak aku jadi yang baek-baek, ada hikmahNya an. kalo nak compare ngan member aku lagi dasyat, abang dia yang dah umur 23 pun mak dia still control dia gi mana dan buat apa..huhu


huh, kotak tisu takda pulak. tak boleh nak tarik tisu banyak-banyak nak wat lap airmata..huhu. ada sesiapa nak bagi aku pinjam bahu ke, nak nanges puas-puas. dahlah time kol tadi, banyak cerita-cerita sedih je aku dengar. adakah wajar cikgu tu merotan student tanpa alasan munasabah? hoh, aku sangat geram dengan cikgu yang tak paham 'etika' perguruan. buat naya student je..haish.

Sekolah Bukan Kilang

opkos la sekolah tu bukan kilang an, sebab sekolah mana ada ada hasilkan beskal ke, kasut ke, kereta ke... hehe. tapi dari sekolah tu terhasilnya bakal-bakal pengusaha semua menda ni kan. dari sekolah tu laa lahirnya doktor, engineer, usahawan, akauntan dan sebagainya. actually aku nak bagi pendapat based on apa yang lecturer aku ajar time subjek sosiologi pendidikan tadi.

walaupun kita tahu sekolah tu bukan kilang, tapi banyak yang nak jadikan dia macam kilang. memanglah takda keluar asap berkepoi-kepoi dari sekolah tu macam kilang tu, tapi dari konteks pendidik tu nak jadikan student tu as their product. macam tu la lebih kurang, sebab bila prestasi meningkat opkos la sekolah dapat nama, yang paling terkenal jugak si guru besar or si pengetua..huhu

let say, keputusan exam pada tahun 2009 mencapai kelulusan 88%, pastu tahun 2010 pulak dapat aroun 92%. cikgu tak boleh nak force student pada tahun berikutnya untuk dapatkan kelulusan 93 peratus ke, 94 peratus ke or lebih tinggi. sebab student ni living thing. menda hidup, opkoslah sebab bernafas an..ekeke. mereka ada tahap kebolehan mereka sendiri. ada high dan ada yang low. laenlah macam kilang tu, deal dengan besi, plastik semua. non-living thing yang memang kompem 'beku' je bila orang buat apa-apa dan no wonder la kalo produk kilang tu semakin meningkat.

kalo yang ngajar garang sangat, aku pun stress..hehe

tapi kita kena ingat, manusia ni pulak ada perasaan, masalah dan sebagainya. as human being, kita tak boleh la nak force mereka untuk mencapai tahap yang diinginkan. just terima hasil usaha mereka yang semampu boleh je. memanglah kita nak ad peningkatan dari semasa ke semasa, tapi back la to the basic, semua orang ni berbeza dan tak sama. jangan sesekali compare kebolehan seseorang dengan seseorang yang laen. sebab sometime menda tu boleh downkan seseorang tu.

panjang pulak..hehe. tapi serius, time tulis ni cari ni cam tergerak-gerak sendiri je ikut apa hati aku 'cakap'. that's why aku suke berblogging sebab kita boleh tulis pakai mata hati kita, tak payah nak guna mata pen. jimat ink..hihi. fikir-fikirkanlah iyeh;)

fesbuk | kisah kita kamu

hari ni bangun je subuh, pastu terus siap-siap turun senamrobik dengan penghuni-penghuni kolej yang lain. quite ok la daripada aku terus tidur je. tapi time buat senamrobik tadi tetibe teringat kat family iDEAS II hari tu, especially gelagat adek-adek..hihi. sesampai je kat bilik terus ngadap lappy, then terjuma satu entri dari saudari blogger ni.. boleh baca sendiri eh..


woo, bila baca-baca tu, betul ke si fesbuk ni dah nak ditutup? tak silap aku 15 mac. Alorh, dah dekat 21 Mac dah pun..huhu. tapi kenapa pulak dia nak tutup ek. hmm, ni mestilah aa alasan tersendiri dari pencetus fesbuk ni. aku rasa kalo fesbuk ni tutup, aku agak tersedih la jugak even aku pernah sakit hati sebab fesbuk ni. kenapa pulak aku nak sedih ek kalo fesbuk ni takda?

sebab...
  • kat fesbuk ni aku dapat kip in taC dengan member zaman sekolah dulu. even jiran time kecik-kecik pun aku dapat jumpa balek
  • kat fesbuk ni la jugak aku still dapat bertanya khabar dengan cikgu-cikgi aku
  • kat fesbuk ni la kitorang bebudak kelas dapat sebarkan info tertentu pasal lecture, test dan sebagainya.
  • paling best, kat fesbuk ni la aku kenal kawan baek aku sekarang. kawan yang betul-betul ada time susah senang. sama-sama nanges, sama-sama gelak ketawa bagai. dan yang penting, dialah yang bawa aku makin mengenali Sang Pencipta. ibarat 'arkib negara' bagi aku.. 
itu jelah kot apa yang aku rasa. tapi kalo pikir balek, sebenarnya memang banya pun kesan negatif dia. ada yang sampai bercerai-berai, banyak sangat yang 'terexpose', ramai jugak yang addicted, ramai jugak yang sampai tak bergaul dengan dunia luar just duduk dalam virtual world je dan banyak lagi la.. mak aku selalu cakap, kalo kat fesbuk semua menda nak bagitahu kat orang..huhu. sori, ni personal opinion aku je okeh.

ni bayangan terkini fesbuk aku..hihi


Pengguna | teguran itu perlu

macam dah lama pulak tak update belog. rasanya macam taknak cerita panjang sangat. nak straight to the point je iyeh. macam biasa la, di musim sejuk macam sekarang ni mulut asek nak mengunyah je. eceh... ayat tu macam lah duduk kat obesi, padahal duduk kat bumi tanjung malim je. tapi still boleh dapat title OBESIti kalo tak kontrol makan..agaga~

tadi aku jenjalan depan kat kedai depan kampus nak cari si quacker oat. eh, betoi ke tak aku spelling ni. kalo silap harap maaap iyeh. aku terjumpa kat satu kedai ni. tapi aku tengok tarikh si menda ni dah expired. hurmm, dah tak jadi aku nak beli. tapi dalam hati terdetik nak bagitahu kat tauke tu yang menda tu dah expired, cuma keberanian yag takda.

then, aku gi the next kedai. aku jumpa menda yang dicari bersama si glucolin. oh sungguh sedap minum glucolin yang suam-suam tu..hihi. setelah siap beli-beli kat kedai tu, tetibe teringat nak cari pewangi loker. yang aku tahu, kat kedai first-first aku gi tu memang ada. so, aku pergilah kedai tu semula.

adoyai, pewangi pulak takda kat kedai tu. nak tak nak terpaksa la balik. tapi, time tu hati aku memang berperang nak bagitahu ke tak pasal barang yang dah expired tuh. dengan keberanian dan rasa tanggungjawab yang bersisa, aku pun bagitahu la dengan bahasa lemah lembut ala-ala pau Yik  Mun kat tauke tu..hihi. aku cakap jela yang aku just nak tegur je. nanti takut-takut kalo pihak berkuasa cek, tak ke naya. silap-silap kena saman pulak dia. kadang-kadang, tauke ni tak sedar, dan niaya jugak an kalo ada sesiap pergi beli bahan makanan dah expired tu. Alhamdulillah apa yang aku cakap itu diterima. so, aku pun rasa lega sangat. terasa tenang la jugak hati ni.
nak tegur seseorang, gunalah cara yang betul. gambar sekadar hiasan..hihi

semalam ada kawan baik since form 3 bagitahu, "ko memang nak kawen awal ek, kat belog pun aku boleh tahu macam-macam pasal ko. kebizian la..". trimakaseh la kawan sebab sentiasa sudi baca belog aku ni..hihi

Mereka Kata…

image_thumb[1]

waa.. dah lama tak join segmen-segmen yang macam ni, mereka kata. ni first segmen dari encik ben yang saya join kot, tapi untuk tahun ni la.. haha. tapi rasa macam dah ketinggalan je, tengok kat komen tu, dah ramai yang hantar link. sori la, tadi saya ada kelas la.. dah nak maghrib baru nampak pintu rumah. ni pun baru je pas makan nasik lemak kukus, tangan pun bau ayam rempah lae..haha. opss, sori, dah melalut..agaga

okeh, buat yang pertama kali datang ke belog ni, SELAMAT DATANG diucapkan. selamat melangkah ke pentas drama jari-jemariku..hihi. sori lah, belog ni biasa-biasa je, takda yang terlalu special macam belog orang laen. saya suka tulis apa yang saya tengok dan rasa dalam kehidupan ni. selalunya suka tulis apa-apa yang tak mampu diluahkan secara lisan. as a silent speaker la..hehe. papepun, saya suka jadikan belog ni tempat menjalinkan ukhwah. saya dah rasa macam ada satu family yang besar dalam dunia blogger ni..eceh. papepun, enjoy blogging. blogging itu satu kepuasan! ohyeah!

kesan rumah merah

sekarang aku bukan nak ajar sains alam sekitar ke ape, tapi aku nak ajar sains 'hati' manusia. kesan rumah merah ni bukan akibat daripada pencemaran udara or penggunaan bahan kimia yang berleluasa, tapi ni kes kekurangan rasa 'baik hati' dalam diri manusia.

sekadar hiasan. tiada kaitan..hehe
sori tu say, aku memang hot tempered orangnya. once orang tu buat hal kat aku, sampai bila-bila aku boleh ingat. kalo ikutkan hati semalam juga aku nak terus tulis pasal ni, tapi disebabkan dah terlalu lewat aku pendam je.. sampailah aku terpaksa tersedu-sedu &  menggigil tahan rasa geram dalam diri aku ni. dan tak pasal-psal orang yang paling closed dengan aku jadi mangsa. sori awak..

aku bukan geram ke ape, why secara tiba-tiba orang tu berbuat demikian. bukan nak ngorat ke hape. boleh pulak tetiba aku diremoved an dari friendlist dia.okeh find, prinsip aku skang 'u removed, i blocked terus!'. sapa setuju boleh join the club..haha

aku dah pernah buat kot. tapi bukan kes removed meremoved, tapi dia tak accept frens request aku. fine la kalo taknak berbaek dengan aku, tapi kenapa ignore je. padahal kenal sangat rapat, siap panggil guna panggilan paling mulia dalam diri seorang wanita. maybe sebab terlalu sensitif, dan nak aku pujuk mati-matian. kesabaran aku still ada limit. takkan la aku nak jaga hati orang je, tapi diri sendiri makan hati. bila aku called ada je alasan dan taknak cakap, aku malas terus nak amek tahu. tahun ni genap la 5 tahun dah rajuk dia tuh. apa yang paling kejam aku rasa, last year aku tak text pun mesej kat dia untuk wish besday dan aku terus blok fesbuk dia. yela, watpe nak tergedek-gedek nak baek ngan orang, tapi dia wat dono je dan kita makan hati. oh no dear!!!

sorilah, entry ni macam agak teremosi sikit walaupun memang hakikatnya perempuan macam tu. aku jadi geram sangat-sangat. sampaikan aku tak sedar bila aku tertidur, yang penting dah sangat lewat. aku pernah terbaca, tidur dalam keadaan lapar lebih baek daripada tidur dalam keadaan marah..huhu. kalo baek, aku memang boleh jadi baek, tapi kalo nak jadi sebaliknya, sangat teruk kesannya. sekarang aku nak hati baru. ada sesiapa nak derma?haha. 
kerja-kerja membersih, menampal, membaiki dan menguatkan hati sedang dijalankan. kesulitan sekarang adalah untuk  keselesaan dan kesenangan di masa hadapan. UTAMAKAN KESELAMATAN
*kes yang aku pernah blok orang tu bukan lelaki okeh. tapi seorang wanita yang sepatutnya sangat profesional dalam memahami hati pelajar..huhu

kesejukan melanda

terasa suhu bilik makin menurun. sang salji renyai-renyai je turun membasahi bumi. eh silap, hujan lah. haruman ambi pur lavender bagaikan menyihir ke seluruh ruang kamarku..wah, ayat dah macam nak lawan novel Bumi Cinta..haha. amacam?
sekadar hiasan
actually, aku terasa sejuk ah since duk tingkat lapan ni. kipas pun pasang selo je..huhu. takdela lagi aku pakai fullspeed kipas tu. mata pulak kalo boleh pejam lama, memang lama. tapi sem ni ada prinsip tersendiri. so, berusaha tak melanggarnya. bila dah sejuk-sejuk, mulut ni mengidanm nak makan macam-macam. hmm, sedapnya kalo pekena tomyam dengan nasi kosong. tambah pulak dengan telur dadar. wah, heaven aku rasa.
sedapnya..huhu
kalo ikutkan hati nak je gi makan sekarang jugak. tapi siapa je nak jadi partner I..huhu. lainlah ada buah hati kat sini ke.. opss, sila jangan pasang niat macam tu cik nida! tapi takpe, sebab kesabaran masih bersisa, aku nak kuar date jam lagi la. rite after maghrib. nak gi mamam ng cik mun, nak makan ape yang aku dok dereaming tadi. semoga impian tercapai..hihi. macam la besar sangat matlamat tu an..haha

okeh, saja-saja nak tulis entry time ni, sebab ada rasa bosan. nak study waktu ni tak seswai. orang kata tak elok belajar waktu asar. so, kena berpegang jugak kat prinsip tu..agaga. tapi betul ke? pape jela oi, yang penting sekarang semangat baru tengah datang. tambah pulak, sem ni rasa suasana agak kondusif siket. semoga dipermudahkkan..amin

tapi takmo la sampai tahap ni..haha

aku nak jadi GREAT TEACHER!

tiba rasa nak menghapdet belog pasal GREAT TEACHER pulak. bukan Great Teacher Onizuka yang korang suka tengok tu iyeh, tapi ni kesah Great Teacher Nida..haha. dia up siket dari GTO, sebab dia GTN.. oh, aku merepek sudah..agaga
hensem jugak..kompem fokus kalo dia ajar..haha
oyeah, hari ini aku pergi library lagi. tapi hari ni cari buku Halliday pulak, for introductory mechanics punye subjek. in the same time aku dok godek-godek buku-buku yang ada kat rak library tu. aku nak cari sources untuk buat alat bantu mengajar kat student. eceh, ayat macam dah macam kuar masuk kelas and then ajar student. sebenarnya ni untuk individual esaimen aku tuh. aku rasa aku dah dapat idea nak buat apa, cuma validity je tak tahu lagi. semalam kawan aku pun ada juga bagi idea yang agak menarik. tapi kalo dah budak engineering pikiran dia dalam  la pulak, tapi boleh dipertimbangkan. neway, thanks ya awak!


dalam tercari-cari tu, ada juga terfikir camna nak jadi cikgu nanti. nak bagi students tertarik dengan apa yang kita ajar especially kalo subjek fizik. dulu time jalan-jalan kat belog waktu segmen dulu aku nakal, ramai yang tak suka fizik. waa, bagi aku itu cabaran. tapi aku rasa, aku cuba nak buat yang terbaek. biar students suka dengan fizik, dan eksaited bila nak masuk kelas aku.. eceh, angan-angan. tapi tak salah kalo jadi kenyataan. alhamdulillah. manalah tahu nanti boleh dapat title guru cemerlang..hihi. sebab tu la kena buat P&P tu jadi menarik.
“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan." 
Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang
itu sahaja angan-anganku di hari ini. saya nak jadi cikgu, rasa macam tak sabar pun ada. jap lagi nak belek buku teks sains form 4, kot-kot idea untuk esaimen tu dapat muncul lagi. bagi yang bakal-bakal cikgu tu, jomlah sama-sama membangunkan tahap pendidikan negara. kalo boleh aku nak student aku belajar bukan untuk exam, tapi untuk hidup dan diamalkan. eh, terlebih semangat pulak..ekeke

yang ni paling aku suka!


No honeymoon okeh!

waaa.. tak dapat nak pi hanimun. tapi hanimun ni selalunya digunakan untuk orang yang dah nikah je, erk? hah, whatever laa. yang pasti sem ni awal-awal lagi 'flight' untuk berhanimun tertunda sebab ramai sangat 'skandal' minta kasih sayang dari kitorang. makna kata, minggu awal-awal ni "no jalan-jalan okeh, juz stay at the beloved kolej!". spending time dengan esaimen yang menanti tu. padahal baru masuk 2 kelas, tapi..grrr..

sekadar hiasan..haha

sedih tak sedih tapi terpaksa atau nak sedap siket aku rela dalam terpaksa. haha. paling kesian kalo yang dah lama tak jumpa kawan baek aku tu. ingat plan awal-awal dah boleh kuar sesama ke, tapi adoyai., harapan berkecai. sampai dapat ayat, " takpe.. tunggu semua menda dah setel okeh". aku rasa ayat tu ada elemen-elemen kaciwa siket dari si penulis. oh no dear, sila bersabar. saya tetap di sini. boleh jumpa time akad nikah. opss, terlebih sudah!

papepun, sem ni memang aku kena pulun abes-abes nak up an pointer instead of trafik blog. eceh! hari ni pun tahniah lagi kat diri sendiri sebab bangun awal, then dah gi library lagi. mintak-mintak azamku mampu dilaksanakan.

sedih, kos tak tersenarai dalam senarai layak mintak scholarship kpm. hari tu punya la eksaited. takpe, maybe aku boleh terus g master, okeh!

2014 nak tukar status boleh?

terasa berangan-angan mak limah pulak semenjak dua menjak ni. aish, asal asek mak limah je yang aku tulis ni, nanti tersedak pulak mak-mak limah kat umah nuh..hihi. tahun ni umur dah up lagi satu tahu, makna kata lagi 3 tahun dah up jadi 24.. waa, sudah manyak maa.

so, aku plan nak tukaq status on 2014 boleh? tapi kalo lagi awal lagi bagus. hihi. gatai na..agaga. siapa tak setuju boleh angkat tangan dari keyboard korang..hah.  tapi tak salah an kalo aku nak berangan. orang kata lagi awal kawen lagi bagus, dapat elak maksiat. terasa jeles pulak tengok member amek picture dengan husband dia, siap letak kat fesbuk dengan skype lagi. waa, bila kita boleh buat macam tu awak? i mean in halal way okeh!


papepun kena tunggu abes study dulu iyeh cik nida. ingat pesan mak tu. tapi kalo Allah lembutkan hati mereka apa salahnya..ekeke. mati aku kalo mak aku terbaca belog aku ni. kantoi! tapi status kat fesbuk terkantoi mak maen senyum-senyum je.. aku buat status yang hukum kata ya, tapi ada kata tak, cari-cari la sendiri. ..haha. dan tapi jugak, mak kata tak perlu nak bagitahu semua menda kat fesbuk tu..huhu. selamat aku tak buat. prinsip terbaru sekarang, soal hati tu private. cukuplah anda dan si dia sahaja yang tahu yang sebenar-benarnya.

sorilah kalo entri ni melalut iyeh. sekadar hiburan hati aku je. okeh, nak pi kelas pulak pagi sok. kalo boleh nak pi library lagi..eceh!

akhirnya terupdate jugak Realiti Konspirasi

tadi after solat asar, sempat lagi menghadap si lappy ni dan opkos la menda first yang aku bukak Memahami Kefahamanku. tengah jalan-jalan kat blog sorang member matrik ni, then aku nampak ada satu belog telah diupdate. setelah sekian lame follower dia menanti termasuklah aku..agaga. belog mana lagi kalo bukan Realiti Konspirasi yang memang jadi satu fenomena kat kebanyakan muda-mudi tahun lepas. tapi sekarang fenomena dah berubah, sekarang khairul fahmi pulak kot. hakikatnya aku dah lama terlibat dengan fenomena yang ada fahmi-fahmi ni..haha

betapa lamanya belog ni dinanti-nantikan entri terbaru dia
aku rindu header yg dulu..eceh..
ni antara part yang aku suka kat belog ni..
 okeh cukup, sesiapa yang nak baca entri terbaru dia boleh melawat sendiri ke rumah incik zackzukhairi ni okeh! 

oh sang kepala

hari first lagi dah terasa macam kepala nak pecah. bukan sebab otak membesar sebab giat berfikir idea yang kretif untuk si skandal. tapi entahlah.. aku rasa macam ada je satu makhluk duk ngupngap-ngupngap makan kepala aku ni. sakitnya adoyai. ni mesti kes kena ujan tadi. aku sangat alah dengan hujan sebenarnya..huhu. tapi takpe, pikir positif, Allah nak suruh aku ingat Dia. nak makan panadol pun tak sampai hati, macam kesian je kat my kidney ni, asek dapat compound ubat je. rasa nak ketuk-ketuk je kepala ni dengan kayu besbol bagi hilang sakit tapi mana boleh gitu..esh3. mintak-mintaklah pasni dah ok. amin.. yang tak boleh belah, dalam tengah tengah sakit kepala pun sempat lagi nak menghapdet belog..ekeke.
macam kena apet-G dah kepala ni

oyeah! dapat skandal baru

skandal baru, apakah???before tu bercerita seperti biasa dahulu iyeh. sila baca dengan rentak yang tenang dan slow okeh! tamatlah sudah sesi pembelajaran aku bagi semester 2 sesi 2010/2011. padahal orang laen baru je tengah kalut-kalut nak pergi kelas satgi. tapi aku da tamat semua, biar bonar? tapi memang betul pun, untuk sesi 3 januari 2011 ni, sesi aku dah tamat. so, japgi boleh tarik selimut sambil peluk si beruang.. opss, itu sudah lebih!

bagi aku hari ni adalah a good start for sem ni. masuk je kelas pukul 8 tadi, dah start berSOSIAL dengan ramai umat manusia. dari macam-macam kos pulak tu. lecturer pulak tampak kreatif mengendalikan kelas walaupun dia taw first impression kitorang terhadap dia "lecturer ni macam strict je.. abes la..". tapi siyes best dan unik, dia bagi kitorang punya group esaimen based on bulan kelahiran.  then dia suruh kitorang berkenalan. dah nama pun belajar sosiologi pendidikan, so bersosiallah kami, tapi still ada manner okeh. terasa la jugak kelas tu macam agak heaven. cara dia interaksi pun okeh membuatkan aku sangat berkobar-kobar nak masuk kelas tu.. insyaallah. kat kelas Pengurusan Pembelajaran ni aku dah dapat skandal pertama untuk sem ni.. encik esaimen..agaga
ni pun boleh buat skandal ke???
lepas abes kelas, lepak kat library lebih kurang setengah jam. dok belek pape yang patut. nak pinjam buku, esok-esok laa. tapi bagi aku memang a good start jugak, sebab hari first pun aku dah melangkah ke Perpustakaan Tuanku Bainun. memang cuti hari tu lagi aku pasang niat nak gi library hari first dan alhamdulillah tercapai. kalo boleh sem ni nak jadibudak library laa..okeh tak???
dalam macam shopping complex..hihi
lepas je duk library jap, sambung journey aku pergi kelas Sains Alam Sekitar (TSE) pulak. sempatlah merentasi bangunan khazanah negara yang dah makin cantik tu, Bangunan Suluh Budiman. dekat kelas TSE pulak, rupa-rupanya lagi banyak 'skandal' menanti. ada yang kena kongsi ramai-ramai. ada yang tak boleh share, kena by individu. ni pun kepala tengah dok pikir, alat bantuan mengajar apa yang aku nak buat untuk mengajar subjek yang bertemakan AIR atau TENAGA. ada cadangan wahai sahabat blogger..hihi

okeh, itu je dulu, cukup panjang aku tulis ni. hari ini agak hepi sebab dah dapat dua skandal. memang terbaek. so, skandal aku tu encik-encik esaimen okeh. sori.. nak sambung tido semula. punya la 'cantik' perangai. selamat berkuliah bagi yang still study tu iyeh.^^

sihir sebatang penyapu

baru 4 minggu tak jumpa, tapi mulut tak henti-henti dok potpet-potpet bercerita. macam cerita pulak tu. naseb baek amek port meja kat are belakang, naseb korang la kalo time makan  malam tadi kitorang bising. haha. yang lawaknya, pinggan setiap orang tu boleh rotate, kononnya macam chef nak judge makanan yang mana kurang gula asam garam ke..haha. kalo tak sedap tu cepat je kondem..opss, jangan tiru pe'el yang camni..hihi

pas je makan terus gi serbu gerai makcik yang jual jagung tuh. boleh pulak makcik tu melawak ngan kitorang sekali. member aku cakap kat makcik tu, "makcik, nak susu lebih siket ye kat jagung tu..". dengan slumber je makcik tu jawab; " ye, tak cukup susu nanti makcik bagi neneng ea.." haha. mahunya tergelak gila kat situ, tapi sebab makcik tu sangat cool kitorang gelak macam member je. si pakcik pulak gelak je. maybe dia terkejut dengan ragam kitorang yang macam time nak beli jagung tu kot. konon nak pekena kat sorang tu je yang bayar, padahal guna duet memasing. sampai makcik tu cakap, " kesian anak aku.." agaga. siyes, makcik tu sporting. ehh..macam dah melalut je, entah ada kaitan ke tak tajuk entri ni dengan jalan cerita kat entri ni..hihi. 

okeh, after je singgah situ, aku pergi beli penyapu pulak. maklum la semangat nak bagi rumah bersih dah cantik. abes je beli penyapu aku masuk 7e dengan si penyapu aku. segan giler weyh. bayangkan dok bawak penyapu ke hulur ke hilir. padahal aku nak cari pewangi locker aku..eceh, mana boleh loker aku tak wangi. mestilah harus semerbak Ambi Pur..ecece


aku dok terimagine, mesti abang kat 7e tu cakap;

versi 1
"apekehalnye la budak ni duk usung penyapu ke dalam ni.. entah apa nak dicarinya.."

versi 2
"macam ahli sihir pun ada.."

versi 3
"adek, kat sini takde kerja kosong nak jadi cleaner"

versi 4
"comel jugak budak yang bawak penyapu ni"

haha.. sila abaikan yang versi 4 tu. itu ayat orang perahsantan sekilo nak buat rendang je..agaga. tapi siapa lagi nak kata kita comel kalo bukan diri sendiri. oh no dear, ini sudah lebih..hihi. tapi kan, apa-apa yang kita buat tu akan menghasilkan banyak impression pada diri orang laen terhadap kita. so, kena jaga attitude agak tak dipandang negatif. aku tahu, abang kat 7e tu kompem tahu sangat kenapa 'budak ni' bawak penyapu gi situ..haha. papepun hari ni aku dah setat berkuliah. nak beratur naek bus pulak dan terasa macam nak lunch nasik kerabu je..hihi



aku nak kekaseh gelap boleh?

kekaseh gelap? macam tajuk lagu Ungu pulak an, kekasih gelapku yang femes time aku form 5 dulu..agaga. tapi skandal yang ke berapa pulak ni..hah, ayat bajet hot je. sampai hati ke nak menduakan orang laen? haish. mintak simpang mak limah.

sebenarnya aku nak wujudkan satu belog 'gelap', bukannya berblog dilorong gelap makna kata belog rahsia la. yang mana mungkin hanya 1 dalam 20 je yang tahu akulah penulis belog tu. boleh??? tapi kalo nak berblog gelap takpe an, takdalah buat salah macam yang berdua-duaan dalam gelap. na'uzubillah
sekadar hiasan..agaga
bukannya apa, rasa cam tergedik-gedik jugak nak ada satu belog yang boleh aku tulis segala menda yang tertulis kata dalam hati aku ni, especially my soul. oh no dear! sejak bila aku ngada-ngada nak jadi penglipurlara ceritera chinta ni. agaga. tapi salah ke kalo ada? belog aku, so sesuka ati la nak tulis apa-apa an..

just sebagai suka suki je, manalah tahu kalo jodoh panjang, nanti boleh baca balek kesah-kesah yang orang laen tak pernah nak kesah kat belog tu. yelah, zaman dulu, tulis sejarah idup dalam diari. then, abes je setahun diari tu dah tak bukak. campak je merata-rata. macam aku buat. segala kisah lama terkantoi ngan adek-adek aku..adoyai. tapi naseb baek zaman sekolah tak berskandal..erk??? gigit jari jap. ekeke.

sekarang zaman dah moden, boleh update je dalam belog. boleh upload picture lagi kat belog tu. aku rasa aku akan dedahkan identiti belog bila dah tiba masa je. pas dah akad nikah ke? agaga.. berangan la ko nida. papepun, blogging tetap enjoy. arini je entah bape entri dah aku post. borink tahap wonderpets punya pasal.

hari tu aku ziarah 'kekaseh gelap' aku tu, tak sangka ada jugak yang sudi follow..hihi

Mari Terjah Blog Saya


dah lama tak join segmen. skang nak join segmen anjuran IR pulak, first segmen yang aku join untuk sesi 2011 ni. segmen 'Mari Terjah Blog Saya'. okeh, apa yang IR nak dalam segmen ni..


1) Buat entry bertajuk : Segment "Mari Terjah Blog Saya" dan link kan ke entry ni :
done!


2) Letak header ni sebagai pengenalan segment..
done!


3) Berapa follower terkini, purata UV sehari dan jumlah post entry..
246 flowers, eh silap.followers la..ekeke
UV pulak dalam 10 je.. tak ramai pun. tapi alhamdulillah ada yang sudi singgah
total entry since berblogging 188 je

4) Ceritakan serba sedikit kenapa korang nak blogger terjah blog korang..Tak perlu panjang sangat.. Lebih kurang 50 patah perkataan jer..
sebab saya nak kawan ramai. mak kata kawan biar seribu, kawen biar satu..agaga.  bila ramai kawan, banyak menda yang dapat kita kongsi. bak kata orang, sharing is caring.

kerja nak kondem orang je

disebabkan sekarang aku sekarang berada dalam keadaan boring tahap ape pun aku tak taw, tapi kalo main game zuma deluxe tu, aku dekat level sungod..huhu. so, aku menjadi stalker liar dekat si fesbuk tu. dalam waktu jadi stalker tu, aku jumpa ada yang like satu page ni, Cikgu Shida. cikgu yang sangat kreatif dalam buat miming lagu..
bila aku dok belek-belek wallpost dari orang yang duk LIKE kat page tu, macam-macam aku jumpa. ada yang duk puji, ada yang duk bagi semangat & tak kurang jugak yang ada dok kondem macam si mamat berani pijak semut ni..huhu.
aku jumpa kat page tuh..
kalo ye pun tak suka ngan cikgu shida tu takyah la nak main maki-maki, keluar perkataan yang tak kurang 'weird'. cermin dulu diri sendiri before nak mengata orang. kita semua ni manusia biasa je.
yang ni satu lagi kes nak kondem orang laen, still menda yang sama. yang aku peliknya boleh pulak dia spending time semata-mata nak buat video mengutuk cikgu shida ni..iskisk. Sorilah, tak dapat nak uploadkan. tapi kalo nak tahu, pergi tengok sendiri.
kalo korang kutuk orang laen or mengejek ke, sama macam korang makan daging orang tu..uish takut aku. bagi yang terlibat tu, harap-harap berubahlah. jangan nak mengaib orang laen je..huhu
Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (terhadap sesama Muslim), kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudara nya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu benci untuk memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
(Surah al-Hujuraat ayat 12)

nak tercabut kaki sebab sebungkus nasi

woh, rasa macam dah tak mampu melangkah dah rasanya. rasa macam dah putus je urat saraf yang mampu menggerakkan kaki ni..huhu. bukan sebab aku kena kejar dengan catdog or semut, tapi ni semua gara-gara sebungkus nasik. sebungkus nasi yang dititiipkan oleh seorang ibu buat seorang anak..wuu, ayat macam nak sedih je. 

mahunya nak terputus kaki aku. aku kena panjat tangga blok aku ni. bukannya dua tiga tingkat kucing berlari pulak tu tapi dari ground floor sampai aras lapan. wah, sangat MENARIK! sampai je tingkat 4 aku dah macam tercungap-cungap, cam ikan emas abes oksigen..ekeke. tapi langkah harus diteruskan. akhirnya, alhamdulillah sampai gak tingkat 8 dan terupdate la new post ni..hihi. no wonder ah kalo aku kurus after this. agaga.

bukannya taknak naik lif, tapi ramai sangat umat manusia yang duk tunggu turn nak naek. kesian jugak tengok makcik-makcik dan pepakcik yang tolong anak dia angkut barang tu. takkan la aku nak biar je dorang tunggu lama-lama or nak soh naek tangga. haish! tengoklah, betapa sanggupnya parent kita berkorban semata-mata nak  tengok anak dia belajar, nak kasi anak dia berjaya. sanggup usung barang berat-berat tu. yang anak pulak kadang-kadang cam tak series je belajar. aku pun cakap based on experienced.

cukup, kang tak pasai-pasai airmata aku menitik. ni pun dah rasa sebak ni. mak aku baru je anta nasi. mesti dia dapat ras anak dia tengah lapar ni..huhu. thanks mak abah, insyaallah Along cuba yang terbaek sem ni.
sadis pulak tengok picture ni..huhu

semua tukar baru

first entri untuk tahun 2011. pergh, macam tersangat berharga je. macam tak percaya je, cik 2010 baru je meninggalkan kita..sobsob. jap nak kesat airmata..ekeke. rasanya banyak betul pahit getir hidup dan pengorbanan, ah cam lirik lagu Gemilang ella pulak.. ecece.

okeh, bila tahun baru ni, aku nak tukaq semua menda jadi baru. tak maen ah pakai yang lama-lama punya. hah, ayat nak demand je. sekarang ni pun dah banyak aku dapat yang baru. housemate baru, sabun basuh baru, skandal selipar baru, rumah baru kat atas kayangan di tingkat 8..hohoho. yang ni la paling aku suka. rumah dah dekat the end of the bangunan. sayup je kalo pengepit baju jatuh ke bawah. paling parah kalo lif rosak, kena naek tangga sampai tingkat 8..waaa.. silap-silap boleh kurus sem ni..agaga

bila dah melangkah tahun baru ni, aku harap semangat nak belajar tu pun bertukar baru la. kalo boleh nak jadi  semut buku je, taknak la jadi ulat buku nanti abes pulak buku rosak dan koyak sebab aku makan..haha.. aku pun tak nak dah maen-maen walaupun aku still bermaen-maen dengan si belog aku ni. tapi takpe an, belog ni satu kepuasan. aku nak datang kelas dengan jiwa dan azam yang baru, hati yang baru. tapi kekasih hati aku taknak yang baru. biar yang tu je sampai ke syurga.. amin. macam lagu for rest of my life.

setakat ni jela kot jari aku mampu menari-nari kat keyboard ni, pasni nak kena sambung kemas barang lagi. banyak ni.. ada sape-sape nak tolong ke??? anyway, alhamdulillah dapat bilik sebelah 'cik wifi' lagi, dapat la aku terus berblogging..hikhik

secret admirer