Pengguna | teguran itu perlu

macam dah lama pulak tak update belog. rasanya macam taknak cerita panjang sangat. nak straight to the point je iyeh. macam biasa la, di musim sejuk macam sekarang ni mulut asek nak mengunyah je. eceh... ayat tu macam lah duduk kat obesi, padahal duduk kat bumi tanjung malim je. tapi still boleh dapat title OBESIti kalo tak kontrol makan..agaga~

tadi aku jenjalan depan kat kedai depan kampus nak cari si quacker oat. eh, betoi ke tak aku spelling ni. kalo silap harap maaap iyeh. aku terjumpa kat satu kedai ni. tapi aku tengok tarikh si menda ni dah expired. hurmm, dah tak jadi aku nak beli. tapi dalam hati terdetik nak bagitahu kat tauke tu yang menda tu dah expired, cuma keberanian yag takda.

then, aku gi the next kedai. aku jumpa menda yang dicari bersama si glucolin. oh sungguh sedap minum glucolin yang suam-suam tu..hihi. setelah siap beli-beli kat kedai tu, tetibe teringat nak cari pewangi loker. yang aku tahu, kat kedai first-first aku gi tu memang ada. so, aku pergilah kedai tu semula.

adoyai, pewangi pulak takda kat kedai tu. nak tak nak terpaksa la balik. tapi, time tu hati aku memang berperang nak bagitahu ke tak pasal barang yang dah expired tuh. dengan keberanian dan rasa tanggungjawab yang bersisa, aku pun bagitahu la dengan bahasa lemah lembut ala-ala pau Yik  Mun kat tauke tu..hihi. aku cakap jela yang aku just nak tegur je. nanti takut-takut kalo pihak berkuasa cek, tak ke naya. silap-silap kena saman pulak dia. kadang-kadang, tauke ni tak sedar, dan niaya jugak an kalo ada sesiap pergi beli bahan makanan dah expired tu. Alhamdulillah apa yang aku cakap itu diterima. so, aku pun rasa lega sangat. terasa tenang la jugak hati ni.
nak tegur seseorang, gunalah cara yang betul. gambar sekadar hiasan..hihi

semalam ada kawan baik since form 3 bagitahu, "ko memang nak kawen awal ek, kat belog pun aku boleh tahu macam-macam pasal ko. kebizian la..". trimakaseh la kawan sebab sentiasa sudi baca belog aku ni..hihi

2 comments:

  1. kita kena jadi pengguna yang bijak,,jangan asyik kena pijak kepala dengan peniaga je..kan kita ada hak..

    p/s jom komen entri baru wan

    ReplyDelete
  2. @Rozuan Ismail
    setuju. memang kena jadi bijak spaya tak tertipu..

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer