cara berkenalan yang 'terbaek'

memandangkan zaman sekarang ni laman sosial makin berkembang megah bak payung kat pasar malam, makin ramai antara kita ni nak mengeratkan silaturrahim kan. kalo zaman aku sekolah dulu tengah femes friendster dengan myspace. then muncul pula tagged, hi5 la.. tapi naseb baek tak sempat join hi5, terus join fesbuk je..haha. apa perlunya menda-menda ni semua?

jawapannya opkos la nak eratkan jurang-jurang, tambah kenalan, yang tak kenal boleh jadi kenal dan ada yang sampai kawen pun ada. tapi, kalo kita nak berkenalan tu ada jugak adab-adab dia kan? macam kita masuk rumah orang, jangan nak maen serbu je. kompem kena halau dengan tuan rumah an. nak aku ajar ke camna adab-adab nak melawat rumah orang? haha


bukan apa, sebenarnya aku nak amek satu point penting ni, ada seorang umat manusia ni nak menambah bilangan kenalan dia, tapi dia masuk rumah orang secara tak da adab. ibarat macam, korang datang umah orang, maen redah je taknak tanggal kasut. ikut sesuka hati je..


aku tahu la profil picture aku tu sangat la kiut, tapi takyah la buat macam tu. kalo nak add pun, takyahlah sampai macam tu..uhh. aku bukan nak marah apa, tapi aku rasa please behave yourself la. kita hidup dalam negara yang bertatasusila, please la be in the right track. sejujurnya, aku takkan approved orang macam ni, even yang pernah kenal pun banyak aku hold dulu. sebab ada yang aku rasa macam nak jadi stalker untuk hal-hal tertentu. hmm, kalo la kita ada manner  dan tak hipokrit dalam berkenalan kat laman-laman sosial ni, silap-silap boleh 'tersangkut' dengan orang tu..hihi. tapi papepun keikhlasan tu dapat dirasai an.. nak berkenalan tu boleh, tapi in the right way, okeh! sekian, itu saja :)

susah kalo letak profil picture kiut sangat macam ni..haha



2 comments:

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer