sihir sebatang penyapu

baru 4 minggu tak jumpa, tapi mulut tak henti-henti dok potpet-potpet bercerita. macam cerita pulak tu. naseb baek amek port meja kat are belakang, naseb korang la kalo time makan  malam tadi kitorang bising. haha. yang lawaknya, pinggan setiap orang tu boleh rotate, kononnya macam chef nak judge makanan yang mana kurang gula asam garam ke..haha. kalo tak sedap tu cepat je kondem..opss, jangan tiru pe'el yang camni..hihi

pas je makan terus gi serbu gerai makcik yang jual jagung tuh. boleh pulak makcik tu melawak ngan kitorang sekali. member aku cakap kat makcik tu, "makcik, nak susu lebih siket ye kat jagung tu..". dengan slumber je makcik tu jawab; " ye, tak cukup susu nanti makcik bagi neneng ea.." haha. mahunya tergelak gila kat situ, tapi sebab makcik tu sangat cool kitorang gelak macam member je. si pakcik pulak gelak je. maybe dia terkejut dengan ragam kitorang yang macam time nak beli jagung tu kot. konon nak pekena kat sorang tu je yang bayar, padahal guna duet memasing. sampai makcik tu cakap, " kesian anak aku.." agaga. siyes, makcik tu sporting. ehh..macam dah melalut je, entah ada kaitan ke tak tajuk entri ni dengan jalan cerita kat entri ni..hihi. 

okeh, after je singgah situ, aku pergi beli penyapu pulak. maklum la semangat nak bagi rumah bersih dah cantik. abes je beli penyapu aku masuk 7e dengan si penyapu aku. segan giler weyh. bayangkan dok bawak penyapu ke hulur ke hilir. padahal aku nak cari pewangi locker aku..eceh, mana boleh loker aku tak wangi. mestilah harus semerbak Ambi Pur..ecece


aku dok terimagine, mesti abang kat 7e tu cakap;

versi 1
"apekehalnye la budak ni duk usung penyapu ke dalam ni.. entah apa nak dicarinya.."

versi 2
"macam ahli sihir pun ada.."

versi 3
"adek, kat sini takde kerja kosong nak jadi cleaner"

versi 4
"comel jugak budak yang bawak penyapu ni"

haha.. sila abaikan yang versi 4 tu. itu ayat orang perahsantan sekilo nak buat rendang je..agaga. tapi siapa lagi nak kata kita comel kalo bukan diri sendiri. oh no dear, ini sudah lebih..hihi. tapi kan, apa-apa yang kita buat tu akan menghasilkan banyak impression pada diri orang laen terhadap kita. so, kena jaga attitude agak tak dipandang negatif. aku tahu, abang kat 7e tu kompem tahu sangat kenapa 'budak ni' bawak penyapu gi situ..haha. papepun hari ni aku dah setat berkuliah. nak beratur naek bus pulak dan terasa macam nak lunch nasik kerabu je..hihi



6 comments:

  1. selamat ber'kuliah' yer..
    belajar rerajin tau...!

    ReplyDelete
  2. ak tiada ditempat kejadian..ngengenge

    ReplyDelete
  3. sedapnye nasik kerabu..
    nasib baek abg 7e tu xtegur;

    "pekerje baru ke dik? elok la tu. tolong sapukan stor kt blakang tu jap. aritu dorg lupe nk sapu"

    ehehehe

    ReplyDelete
  4. @Ummi Izzah
    tq..insyaallah. sem ni smangat bkobar2 sikit;)

    ReplyDelete
  5. @zakiahMahmood
    oyeh? abes sape yg duk sebelah aku tym hari tu?

    ReplyDelete
  6. @n!da

    haha..kalo la abg tu cakap mcam tu..siap!agaga

    bru je dpat nasi krabu tadi

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer