disebabkan sekarang aku sekarang berada dalam keadaan boring tahap ape pun aku tak taw, tapi kalo main game zuma deluxe tu, aku dekat level sungod..huhu. so, aku menjadi stalker liar dekat si fesbuk tu. dalam waktu jadi stalker tu, aku jumpa ada yang like satu page ni, Cikgu Shida. cikgu yang sangat kreatif dalam buat miming lagu..
bila aku dok belek-belek wallpost dari orang yang duk LIKE kat page tu, macam-macam aku jumpa. ada yang duk puji, ada yang duk bagi semangat & tak kurang jugak yang ada dok kondem macam si mamat berani pijak semut ni..huhu.
aku jumpa kat page tuh.. |
kalo ye pun tak suka ngan cikgu shida tu takyah la nak main maki-maki, keluar perkataan yang tak kurang 'weird'. cermin dulu diri sendiri before nak mengata orang. kita semua ni manusia biasa je.
yang ni satu lagi kes nak kondem orang laen, still menda yang sama. yang aku peliknya boleh pulak dia spending time semata-mata nak buat video mengutuk cikgu shida ni..iskisk. Sorilah, tak dapat nak uploadkan. tapi kalo nak tahu, pergi tengok sendiri.
kalo korang kutuk orang laen or mengejek ke, sama macam korang makan daging orang tu..uish takut aku. bagi yang terlibat tu, harap-harap berubahlah. jangan nak mengaib orang laen je..huhu
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (terhadap sesama Muslim), kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudara nya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu benci untuk memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”(Surah al-Hujuraat ayat 12)
haah, xeloklh camtu...
ReplyDelete