fesbuk | kisah kita kamu

hari ni bangun je subuh, pastu terus siap-siap turun senamrobik dengan penghuni-penghuni kolej yang lain. quite ok la daripada aku terus tidur je. tapi time buat senamrobik tadi tetibe teringat kat family iDEAS II hari tu, especially gelagat adek-adek..hihi. sesampai je kat bilik terus ngadap lappy, then terjuma satu entri dari saudari blogger ni.. boleh baca sendiri eh..


woo, bila baca-baca tu, betul ke si fesbuk ni dah nak ditutup? tak silap aku 15 mac. Alorh, dah dekat 21 Mac dah pun..huhu. tapi kenapa pulak dia nak tutup ek. hmm, ni mestilah aa alasan tersendiri dari pencetus fesbuk ni. aku rasa kalo fesbuk ni tutup, aku agak tersedih la jugak even aku pernah sakit hati sebab fesbuk ni. kenapa pulak aku nak sedih ek kalo fesbuk ni takda?

sebab...
  • kat fesbuk ni aku dapat kip in taC dengan member zaman sekolah dulu. even jiran time kecik-kecik pun aku dapat jumpa balek
  • kat fesbuk ni la jugak aku still dapat bertanya khabar dengan cikgu-cikgi aku
  • kat fesbuk ni la kitorang bebudak kelas dapat sebarkan info tertentu pasal lecture, test dan sebagainya.
  • paling best, kat fesbuk ni la aku kenal kawan baek aku sekarang. kawan yang betul-betul ada time susah senang. sama-sama nanges, sama-sama gelak ketawa bagai. dan yang penting, dialah yang bawa aku makin mengenali Sang Pencipta. ibarat 'arkib negara' bagi aku.. 
itu jelah kot apa yang aku rasa. tapi kalo pikir balek, sebenarnya memang banya pun kesan negatif dia. ada yang sampai bercerai-berai, banyak sangat yang 'terexpose', ramai jugak yang addicted, ramai jugak yang sampai tak bergaul dengan dunia luar just duduk dalam virtual world je dan banyak lagi la.. mak aku selalu cakap, kalo kat fesbuk semua menda nak bagitahu kat orang..huhu. sori, ni personal opinion aku je okeh.

ni bayangan terkini fesbuk aku..hihi


5 comments:

  1. takpe.die xkkan tutupnye..plg teruk pun die jual fb kat org lain nti ^^

    ReplyDelete
  2. @anamizu
    harap2 ea.. sebab dia dah jadi antara tempat komunikasi yg penting kalo guna betul2 la..

    ReplyDelete
  3. kan kita ada blog..huhu..cuma blog ni x leh notification je la..

    ReplyDelete
  4. @Rozuan Ismail

    tapi xsemua orand ada blog an.. sebab ada sesetengah ingat blog ni byk yg negatif..

    ReplyDelete
  5. salam

    heheh, syira baru 4 hari daftar FB, dah nak tutup yea, tutup jelah...

    hehehe..jangan tutup blog sudah.huhu..

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer