salam. uish, dah lama kot belog ni terbiar. rasanya dah seminggu aku tak update rasanya. sampai dah penuh habuk kat celah-celah buluh ni ha. mintak maaplah ye.. bukannya aku tak sudi, tapi keadaan memaksa aku bertindak demikian. eceh.. ayat bajet innocent je..hihi
okeh, kali ni aku rasa nak kongsi something la. it’s about kebebasan. bebas! terbang bebas macam burung layang-layang tu..hihi. kat entri yang lepas pun macam ada jugak kaitan dengan kebebasan, tapi tu dalam contact aku dengan parents aku, tapi sekarang ni aku nak sentuh bab kebebasan dengan kawan-kawan.
bebas je cam burung ni.. |
aku nak tanya korang, perlu ke kita berkepit dengan member baik kita 24 jam, dari utara ke selatan asek dengan orang tu je. mesti tak an? abes tu takkan la korang mandi pun nak soh dia ikut jugak. haish.
aku rasa seminggu ni banyak menda yang aku suka buat sorang-sorang. aku keluar gi ** sorang-sorang, pastu aku gi uruskan sumting kat bank pun sorang-sorang dan paling latest aku pasar malam dengan jalan sorang-sorang. memang menda ni agak berbahaya bagi insan yang bernama perempuan. tapi kita kenalah yakin juga, Allah ada dengan kita. yang penting pandailah jaga apa yang patut.
bukan aku nak jadi alone ranger ke hape, tapi entah la. aku rasa kadang-kadang kita tak perlu bawa ramai sangat pengikut ni. cuba bayangkan korang keluar sampai 4 ke 5 orang. pastu si A nak gi sana, si B pulak nak gi situ dan korang pulak nak gi tempat laen. masa pulak sangat limited. huh. kadang-kadang boleh pening kepala dan terasa bazir masa. tapi kalo korang sangat mempunyai masa yang terluang takpe la.. kalo aku? arghhhh.. especially bila esaimen dah menimbun cam sekarang ni. konsep sekarang ni, kena jimat masa.
tak ke pening bila ramai sangat ikut..hehe |
baru-baru ni, disebabkan cam craving tu Yong Taufu, bangun-bangun je tido pas balek KoQ tengahari tu, aku terus decide nak gi pasar malam. sorang-sorang je pulak tu. siap je solat asar, aku terus kuar. so, kat pekan tu banyak tempat aku gi, dengan nak amek sijil gradding nye la.. cari botol ayaq la.. dan paling penting menda yang paling aku nak makan..hehe. walaupun enam hengget dua posen sekalipun, aku beli semacam menda tu, sebab aku nak sangat makan..hehe. Alhamdulillah konyang eden malam tu dok makan yong taufu. mengalahkan orang mengidam pulak da.. haha. even duet kering, makan tetap banyak..haha. tapi kawan baek aku tak suka yong taufu, so tak dapat la aku nak belanja dia..hoho..
terasa cam nak makan lagi je..hehe |
okeh, korang setuju ke ngan pendapat aku. hmm, thanks kat yang ada bagi semangat kat aku pada entri lepas. thanks ea. sorilah, aku tak sempat nak berkunjung balas. malam ni pun nak kena study kot-kot kalo esok ada test.. wish me luck k
0 silent speaker(s):
Post a Comment
ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)