terkunci | aku terfemes

gara-gara kes pintu terkunci tak pasai-pasai aku terfemes pulak. haish. bukan sebab aku yang buat pintu terkunci, tapi aku tolong bukak an pintu terkunci..huhu. aku rasa kes ni macam replay menda yang sama terjadi time sem lepas..hoho

kesah dia camni, lastweek pintu bilik air rumah aku ni terkunci dari dalam. time tuh dah pukul  12 suku kot dan naseb baek cik rumet bagitahu. kalo tak kalut aku pagi esok nak mandi sebab kelas setat pukul 8 pagi..huhu. so, dengan berbekalkan experience sem lepas bukak pintu yang terkunci jugak, aku pun godek-godek tombol guna duet 5 sen. mula-mula hampa..huh. then cuba masukkan kad keras kat celah lock tu sambil tangan still godek-godek guna duet syiling.. Alhamdulillah, Allah permudahkan. so, pintu tu pun terbuka.then  baru aku realize, aku buat the same thing macam sem lepas, pada waktu yang lebih kurang sama dan menggunakan skill yang hampir sama.

disebabkan kejayaan aku bukak pintu tu minggu lepas, housemate aku duk pomot aku pulak bila ada kes pintu terkunci. last week ada sorang budak ni pintu terkunci, pastu hosmet minta aku pergi. ok fine, aku mencuba walaupun tak berhasil. baru-baru ni tadi pun tengah syok-syok landing ada yang ketuk bilek minta tolong bukak an pintu dia. uish, ingat aku 'kunci girl' ka? adoyai.. bukan tak sudi membantu, tapi gunakanlah pihak yang bertanggungjawab. aku malas nak tulis, tapi ni pun aku belajar based on experienced aku 2 sem involved dalam menda tu..huhu. tak pasai-pasai jadi femes kat aras ni sebab menda alah tu. tapi femes ke???haha.

siapa kata jadi femes tu best? sila angkat tangan dari keyboard anda. secara peribadinya aku berapa suka kalo femes-femes ni, nanti ada pihak makan hati. cuba korang buat flash back, tengok orang-orang yang femes dan kesan pada orang yang terdekat dengan beliau. aku rasa privasi mereka pun terganggu kot. cuba bayang, kalo korang tengah syok-syok lepak dengan orang yang dah jadi public figure ni, then ada yang serbu nak itu, nak ini la.. mahunya makan hati. aku rasa kalo orang yang aku sayang femes, mahunya aku makan hati.. hehe. memang sharing is caring, tapi bukan semua kena share. prinsip ciptaan aku. sila terima..agaga

ni stok boleh buat makan hati..haha
okeh, memadailah dulu nak menghapdet entri. tapi yang sedihnya pasni memang betul-betul sibuk..huhu. kena spending time dengan skandal-skandal aku..huhu. tetiba aku terasa lapar pulak, padahal tadi dah makan..huhu. jom bersantap yok!

2 comments:

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer