aku nak jadi GREAT TEACHER!

tiba rasa nak menghapdet belog pasal GREAT TEACHER pulak. bukan Great Teacher Onizuka yang korang suka tengok tu iyeh, tapi ni kesah Great Teacher Nida..haha. dia up siket dari GTO, sebab dia GTN.. oh, aku merepek sudah..agaga
hensem jugak..kompem fokus kalo dia ajar..haha
oyeah, hari ini aku pergi library lagi. tapi hari ni cari buku Halliday pulak, for introductory mechanics punye subjek. in the same time aku dok godek-godek buku-buku yang ada kat rak library tu. aku nak cari sources untuk buat alat bantu mengajar kat student. eceh, ayat macam dah macam kuar masuk kelas and then ajar student. sebenarnya ni untuk individual esaimen aku tuh. aku rasa aku dah dapat idea nak buat apa, cuma validity je tak tahu lagi. semalam kawan aku pun ada juga bagi idea yang agak menarik. tapi kalo dah budak engineering pikiran dia dalam  la pulak, tapi boleh dipertimbangkan. neway, thanks ya awak!


dalam tercari-cari tu, ada juga terfikir camna nak jadi cikgu nanti. nak bagi students tertarik dengan apa yang kita ajar especially kalo subjek fizik. dulu time jalan-jalan kat belog waktu segmen dulu aku nakal, ramai yang tak suka fizik. waa, bagi aku itu cabaran. tapi aku rasa, aku cuba nak buat yang terbaek. biar students suka dengan fizik, dan eksaited bila nak masuk kelas aku.. eceh, angan-angan. tapi tak salah kalo jadi kenyataan. alhamdulillah. manalah tahu nanti boleh dapat title guru cemerlang..hihi. sebab tu la kena buat P&P tu jadi menarik.
“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan." 
Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang
itu sahaja angan-anganku di hari ini. saya nak jadi cikgu, rasa macam tak sabar pun ada. jap lagi nak belek buku teks sains form 4, kot-kot idea untuk esaimen tu dapat muncul lagi. bagi yang bakal-bakal cikgu tu, jomlah sama-sama membangunkan tahap pendidikan negara. kalo boleh aku nak student aku belajar bukan untuk exam, tapi untuk hidup dan diamalkan. eh, terlebih semangat pulak..ekeke

yang ni paling aku suka!


8 comments:

  1. Salam. Sy anak cikgu-cikgi. Bila tgk keikhlasan ayah n mama mengajar budak2, rasa terharu dengan kesungguhan mereka. Lagi terharu bila tgk rmai anak didik mereka berjaya2 belaka (^.^)

    ReplyDelete
  2. @Mawar Merah
    betul! cikgu2 selalunya sgt gmbira bila student dia berjaya;)

    ReplyDelete
  3. Nak jadi cikgu yg kreatif kan? huhu. sy pon~ gudluck yer.. :)

    ReplyDelete
  4. @Zara Hannan

    ye..kalo bleh nk jadi mcm tu..insyaallah.sama2 usaha;)

    ReplyDelete
  5. good luck! sy xsuka fizik tapi fizik suka saya

    ReplyDelete
  6. jadi cikgu kena banyak sabar skrg
    hehehe
    moga berjaya

    P/S : Pandang Kemana Tu? Rimaslah!

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer