bila aku nak join benda ni pun aku tatao..haha |
cuti BLOGGER
MATI hidup semula
salam.aku rasa macam mati hidup semula je. tadi waktu pergi date dengan Encik Water, tiba-tiba aku tengok tangan aku dah lain macam. tiba-tiba boleh nampak pulak segala urat-urat kat tapak tangan tu, biru merah..semua macam nampak. tapak tangan dah putih semacam, pusing plak tengok kuku, ya Allah, aku nampak dah pucat. macam kebiruan pun ada..huhu.
bila masuk je dalam bilik aku memang dah terfikir macam-macam. kalo Allah ambil nyawa aku sekarang, apa je yang aku nak bawa sebagai bekalan..huhu. sebenarnya aku dah terfikir pasal tu dari petang tadi lagi, right after solat asar. aku rasa kalo Allah ambil nyawa aku tadi gak, aku boleh bayang camna perasaan mak aku, family aku dan orang-orang yang aku sayang. sampai satu tahap, aku terasa ‘sebenarnya aku ni hidup lagi ke tak? entah-entah orang dah duk ngaji kat aku’.. astaghfirullah.. minta-minta didekatkan aku denganNya..amin.. jangan sampai aku terleka dengan dunia..argghh DUNIA
hmm..kita tak boleh jangka apa yang akan terjadi selepas ini walaupun seminit lagi..huhu. so, before tido tu, sama-samalah bermuhasabah diri..
Stop Child Abuse
- aku tak nak tengok kanak-kanak jadi mangsa-mangsa ejen-ejen yang tak bertanggungjawab sok p mintak sedekah kat pasar-pasar malam or seangkatan dengannya..
- aku tak nak tengok kanak-kanak jadi mangsa penderaan samada pengasuh mahupun parents dorang sendiri..esh3..anak tu amanah Allah..jangan jadikan kanak-kanak tu tempat melepaskan perasaan
- paling sedih, aku tak nak tengok kadang-kadang jadi mangsa nafsu serakah manusia yang tak bertanggungjawab ni..haish.. memang tak berhati perut sungguh. paling aku tak boleh lupa kes nurin jazlin tahun 2007 dulu..huhu
- aku tak sampai hati kalo tengok parent tengking anak-anak kecik kat depan publik..huh. tu pun tergolong dalam child abuse. mungkin kita tak nampak luka kat budak tu, tapi mental dia menderita..terseksa secara psikologi
- aku tak suka tengok bila kecil-kecil lagi kanak-kanak tu dah diajar tak payah pergi sekolah. melentur buluh biarlah dar rebungnnya. kalo kecil-kecil lagi memang dah diberi ‘kursus’ untuk ponteng sekolah, no woonder kalo in the future gejala ponteng akan berleluasa.
- ni pun sedih gak, tak suka tengok! bila kanak-kanak dibiarkan je main kotak rokok. lagi dasyat kalo budak tu dapat try rokok tu..huhu. kesian, kecil-kecil lagi dah terdedah pada benda-benda yang negatif
mengidam karipap sardin
sedapnya..especially kalo tengah panas lae..huhu |
nikmat yang tak terperi
by Edcoustic
25 fakta terkini
- aku suka coklat especially kaum kerabat cadbury
- aku kuat makan..sangat cepat lapar, rasa cam 24jam nak mengunyah..haha
- kalo aku makan nasi wajib ada sayur
- aku kecik je orangnya..(terimalah seadanya)
- kadang-kadang aku senang nangis. sampai tersedu-sedu
- aku pantang tengok orang diam, nanti aku mesti nak kaco..ehem3..(tapi tu dulu-dulu la..)
- kalo aku tengah malas jangan mimpi tengok aku nak buka buku, tapi kalo tengah rajin, tak tido pun takpa
- aku hot-tempered..(serius, aku pun tengah berusaha nak lawan). jangan guna bad words dengan aku.
- aku tak bapa layan movie, kalo nak layan pun ikut mood..huhu
- pernah kena kejar dengan lembu tym nak pi ngaji, sampai skang aku ingat. lembu berbulu mata perang +lentik.
- aku ni kadang-kadang pemalu. tapi kalo slumber, semua orang aku tegur je..hihi
- aku sangat suka jalan-jalan..sampai mak aku kata, 'berjalan je taw..'
- aku sangat teliti kalo nak pilih sesuatu.. sesuai dengan hasil kajian DMFK, orang lahir bulan mac mempunyai penilaian dan pemerhatian yang sangat tajam
- budak-budak selalu takut dengan aku, sebab aku cam garang..hoho
- adik-adik aku takut belajar dengan aku, sebab aku garang kalo ajar dorang..garang lagi..huuu
- kalo aku nak wat nakal je, mesti kantoi..haish
- aku suka tengok orang kembar..then wat perbezaan..hihi. cam abah aku dengan pakcik aku..ngeh3
- aku tak suka kalo orang cakap."la..ko tak nampak ke.." bile dia soh aku tengok menda yang agak jauh bila aku tak pakai spek..
- aku pernah gigit kepala sepupu aku, tym gaduh waktu kecik-kecik dulu..haha. sangat ganas. time kecik banyak bergaul dengan kaum adam, sampai gitu jadinya
- aku pernah masuk tadika tamil jap tym umo 4 tahun, pastu aku terus taknak sekolah sampai umo 6 tahun..hihi. so, dulu aku tahu la camna nak kira dengan bahasa tu, skang dah tatao
- tak suka kawan makan kawan..aku dah pernah rasa..hoh
- aku tak suka pujuk orang merajuk, so jangan nak merajuk dengan aku.. ini dah terbukti. so, jangan merajuk
- aku suka berangan..especially pasal future..hehe
- aku selalu cakap, "mak..nak kawen..". tapi bukan depan mak aku la, kalo tak mati aku..hikhik
- bila aku dah sayang kat seseorang tuh, aku akan cuba jaga dia leklok.. especially bila dia boleh bimbing aku ke arahNya..weee=p
megamind
kenyataan ini benar
arwah atuk aku duk pujuk aku..haha. tiba-tiba rindu..huhu. skang sape ja nak pujuk aku nanges.. |
ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
kucing pun bagus
tunduk-tunduk malu..low profil..haha |
dapat tido lena, tanpa gangguan..siap kena hug lae |
sentiasa ada kawan tym susah senang |
takyah pulun-pulun nak study, juz tengok ja org stdy..haha |
kalo malas nak mandi pun, org tolong mandikan |
idup sentiasa ceria..no tears |
tompok..si mucuk-mucuk comei |
mak..saya nak kawen
mesti tajuk entri ni cam agak panas dan mesti yang ada dok kata aku gatai..ok, do i care.. tapi aku rasa besa-besa ja. bukan apa, makin nak exam, makin rasa tak tenang kot. bukan apa, aku tak berapa nak risau exam nak dekat, sebab ia pasti datang dalam kehidupan seorang student. so, jangan jadikan ia beban.
tapi, aku rasa macam ada satu penyakit hati yang amat aku takuti la..huhu. aku jumpa satu ayat
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
siyes, aku takut dengan penyakit ni. tapi aku terlajak perahu boleh diundur, kalo terlajak perasaan camna nak rewind..hoho. menda ni aku rasa yang paling parah. kalo kita tak dapat nak jaga kesucian hati kita, camna nak belajar ngan tenang. before member aku kawen dia ada bagitahu, perempuan ngan lelaki ni tak sama. lelaki maybe bleh control tapi perempuan dia lain sket. agak susah sebab dia punya hati agak kompleks. so berkahwinlah agak memperoleh ketenangan
nak pikul amanah yang besar, nampak ja mudah |
maybe betul kata kawan aku tuh..haha..oppss..abes aku kalo parents aku baca blog aku ni.. tapi takpa, mana taw kot- kot usul diterima..hakhak..gilak!
tapi memang tak dinafikan, banyak aku artikel aku baca macam tuh, especially cam kt satu website ni..
so camna aku nak melawan menda-menda camni?
antara tips yang aku dapat dari iluvislam:
- ikhlas kepada Allah. memohon kesembuhan hati. kalau kita ikhlas padaNya, insyaallah DIA bantu kita
- merasa rendah diri memohon pertolongan. kalau kita bersungguh memohon doa padaNya, insyaAllah diperdengarkan rayuan kita
- mengurus mata & pandangan. menurut Ibnu Qayyim, "Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
- Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
bunuh setan
"Abang,abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuhkan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan"
Kata si suami "yerr kerr? Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg?" sambil ketawa..Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,si isteri berkata,
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang" Si suami tersenyum panjang.Selang dua hari kemudian,si isteri berkata:
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang"
"takpe...tunggulah malam," balas si suami
"banggg, jom kita bunuh syaitan...bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.
"banggg, jom kita bunuh syaitan..."
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang?"
psst: wife dya asek nak bunuh setan ja..adoyai, sian husband dya..hakhak aku dah penah dengar cita ni, akhirnya aku jumpe sumbernya..hihi
merungkai rahsia si bunga telur
aku nak black & white jdi theme..haha |
bila aku nak dapat yang macam ni ha???hehe |