kenapa mesti berwuduq???

salam


entry kali ni nak share sket pasal kenapa kite mesti berwuduq???


Islam sendiri mewajibkan umatnya supaya suci daripada hadas sebelum mendirikan solat sama ada mandi atau pun berwuduq..so, kat cni jelas sgtlah yang Islam tu amat mementingkan kebersihan..



nape ada statement ni???
coz bile kite dalam keadaan bersih secara tak langsung kita dapat lakukan ibadah dengan lebih khusyu'.. so semakin dekat la kite dengan Pencipta kita. sekali gus menjauhkan kita dari perkara2 terlarang..huhu

Firman Allah bermaksud:
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 222).


Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

tapi ape yang nak di highlight an sebenarnye adalah kelebihan berwuduq..nak taw x ape kelebihannye..
Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.


Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."

*Ghurrah~ membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa
*tahjeel ~ membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali ( antara buku lali dan lutut.)

waa..betapa hebatnya Islam, betapa sayangnya Allah kat hambaNya..
lae satu, taw x yang wuduq tu juga adalah penawar penyakit..hmm

Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

pasni rajin2lah berwuduq erk..xkire la nak wat ape skali pun..wuduq tu jugak bleh sejukkan hati orang yang tengah marah & adalah antara ubat penenang paling mujarab..sesungguhnya wuduq dapat menggugurkan dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan bersih di samping menambah keserian wajah.

DARIPADA Nu’aim bin Abdullah katanya, dia melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata: 
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya umatku akan datang kelak pada hari kiamat bercahaya-cahaya wuduknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas yang wajib, lebihkanlah.” 
(Hadis riwayat Muslim)


so, tunggu pe lagi..
cepat g amek wuduq..hikhik









0 silent speaker(s):

Post a Comment

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer