special 4 smokers..

RENUNGKANLAH..


Tahap kecerdikan perokok rendah

NEW YORK: Perokok mempunyai tahap kecerdikan atau IQ lebih rendah daripada mereka yang tidak menghisap rokok, menurut kajian yang dilakukan di kalangan lebih 20,000 rekrut tentera Israel.

Dr Mark Weiser dan rakan sejawatnya dari Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer mendapati lelaki muda yang menghisap sekotak rokok atau lebih mempunyai IQ 7.5 mata lebih rendah daripada bukan perokok.

"Golongan dewasa yang mempunyai tahap IQ yang rendah mungkin perlu disasarkan untuk menyertai program berhenti merokok," kata penyelidik berkenaan dalam jurnal Addiction.

Menurut penyelidik itu, 28 peratus daripada responden menghisap sekurang-kurangnya satu rokok dalam sehari, tiga peratus berkata mereka adalah bekas perokok dan 68 peratus tidak pernah merokok.

Dalam kajian itu, perokok secara konsisten mempunyai tahap IQ yang lebih rendah daripada mereka yang tidak merokok dan keadaan itu kekal selepas mengambil kira status sosioekonomi responden.

Purata tahap IQ bukan perokok adalah 101, manakala perokok ialah 94.

Tahap IQ berkenaan jatuh apabila jumlah rokok yang dihisap responden meningkat, iaitu 98 bagi mereka yang menghisap kurang dari lima batang sehari dan 90 bagi mereka menghisap satu kotak sehari.

Tahap IQ 84 hingga 116 dianggap sebagai kecerdikan sederhana. – Reuters

ps: skunk mmg aku sgt sensitif ng bau rokok..xsuke!!!

0 silent speaker(s):

Post a Comment

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer