dreaming and dreaming

Ini entri pertama aku setiap sekian lama bercuti dan menamatkan gelaran 'cikgu' selepas empat bulan. So, sepanjang cuti-cuti sakan selama empat bulan ni hobi aku adalah berangan dan berangan atau dalam bahasa omputehnye 'dreaming and dreaming'..haha



okeh, tadi tetiba aku terpanggil untuk tengok berita jap. hasilnya, aku mulalah nak memasang angan-angan baru. aku nak ni.. Mirage, Mirage and Mirage.. Bukan mirage yang kita duk belajar dalam sains tu naa. tapi yang ni..



Tagline dia small is more. macam aku juga..heh. okeh, cukuplah berangan buat masa ni. papepun setelkan final sem untuk next year dulu. tapi tak salah an kalo nak meletakkan sesuatu impian :)

sebenarnya banyak lagi hasil hobi aku ni, tapi tak perlu rasanya untuk aku tulis semuanya dekat entri ni. lagipun, aku bukan selebriti pun :p

Appreciate what you have

Dalam hidup ini, banyak menda yang kita akan terlepas pandang. sometime, berlian depan mata pun kita tak nampak. kita nampak sama macam pepasir yang laen. tudia.. ayat nak berpuitis ja..haha.

aku terasa sangatlah kejam bila aku selalu tak menghargai kebaikan seorang sahabat ni. ya Allah, baiknya dia. tapi aku? hanya Tuhan ja yang tahu. Orang bagi bunga, tapi aku bagi balik daun kering je..haih

so, bila duduk sorang-sorang. aku mula terfikir. kalo kawan aku ni takda kat sisi aku, apa la yang jadi dengan aku kot. dari aku mula masuk Universiti, sampai sekarang tak pernah-pernah henti bagi support kat aku. Alhamdulillah, masih ada orang yang sentiasa sabar dengan aku :)

papepun, thanks to my dearest friend, lepas ni insyaallah aku cuba tak buat 'sekejam-kejam' perbuatan tu. even  menda tu nampak remeh, aku tetap rasa bersalah. bak kata cikgu aku, tak salah pun kalo kita minta maaf..hihi.

moral of da story, hargailah orang yang di sekeliling kita especially yang sentiasa bersama kita susah dan senang. zaman sekarang ni bukan senang nak cari kawan yang berhati suci ni..heh. so, please hargai dia.


bukan senang nak cari kawan yang berhati suci :)

i'm not a good listener

aku bukan good listener untuk semua orang. maybe aku boleh jadi good listener untuk orang-orang tertentu sahaja, tapi bukan untuk semua. kadang-kadang aku jenis yang tak reti nak bagi respons face to face especially bila orang tu duk cerita pasal relationship..huhu. sori

kadang-kadang aku kesian kat orang, try to share something dengan aku, tapi aku tak pandai nak respon. tapi lagi kesian bila orang cakap dengan aku tym aku tengah main game or even buat esaimen sekali pun. sebab aku tengah fokus dekat apa yang aku buat. aku takut orang kecik hati.

he is a good listener. not me
bukan aku tak boleh, tapi aku rasa tak mampu jadi pendengar yang baek. senang cerita, aku tak boleh merespon dengan baik. mubgkin tu kekurangan aku. maafkan saya

Mangsa culik

finally, berjaya jugak aku kidnapped kucing ni walaupun sekejap. dapat la aku bagi di masuk bilik aku..hehe

mangsa berjaya dibawa masuk ;p
rupa kucing ni ingatkan aku kat Oni..huhu. yang pergi tetapkan pergi :)

I miss u


Message from Angah. 7:58 am, 10 March 2011
along, oni dah mati :(
after got the message, i have a big cry. siapa tak nangis kalo kucing yang kita jaga sejak kecil, jaga makan minum dia, mandi, tidur pun setaraf dengan aku kat atas katil akhirnya pergi selamanya. sedangkan kucing pun aku dah nangis seteruk ni, camnalah kalo orang keliling aku suatu hari nanti. nauzubillah 

Calmness start of February

bangun je pagi-pagi, celik mata; terasa macam aku masuk dalam dunia baru. hari ni awal-awal pagi lagi dah masuk kerja, sengaja nak menyibukkan diri. padahal dalam masa yang sama sedang memujuk hati supaya menjadi seorang yang sangat tabah.

baru je nak start buat kerja, dapat call dari strange number. seriously aku kadang-kadang takut nak angkat. tapi bila aku dengar je, terus cam speechless.
"saya dah sampai korea.."
"alhamdulillah..jaga diri baik-baik"

semoga peluang ini mampu mendekatkan kita dengan sang pencipta sahabatku. kalo aku banyak mendekatkan diri pada-Nya, insyaallah aku peroleh ketenangan. semoga dipermudahkan segala urusan kita semua..amin

secret admirer