special entry 101010

Assalamualaikum
alhamdulillah sempat lagi bernafas on da beauty date ni 101010..
tak kurangnya ada gak yang macam gigit jari bila semua taw hari ni Dr SMS dah selamat dijabkabulkan..ayoo
papepun, sama-samalah kita doakan pasangan tersebut berkekalan sampai ke syurga..amin.
aku natural je kot..haha. takda la gigit jari pun even encem guy tu da kawen. aku rasa cam makan ati kot kalo partner jadi public figure..wuu
btw, aku rasa aku nak tunggu 111111, tak pun 121212..hehe. motif utama, tarikh tu smart.. anything aku boleh plan..haha

so, 101010 ni aku nak share sumting. tengah-tengah duk baca almathurat tadi aku tibe-tibe aku teringat why not kalo aku share ape dia kebaikan kita amalkan bacaan mathurat ni..


1. Tidak dihampiri syaitan



2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.



ni baru sebahagian daripada kebaikan mengamalkan almathurat. daripada kite membazir masa daripada membuang masa cakap perkara-perkara tak faedah tym tengah-tengah tunggu bus pagi2, or daripada terus tertido after asar tu, baek kita banyak almathurat. tak lame pon, juz about 10 minit kot..xsalah an kalo spending tym untuk mendekatkan diri kepadaNya daripada duk berjam-jam menghadap fesbuk..rite?

Tidaklah duduk sesuatu kaum itu (berkumpul) berzikir mengingati Allah Azza wa Jall, melainkan dinaungi mereka dengan malaikat, dilimpahi dengan rahmah, dianugerahkan ketenangan dan Allah mengingati mereka terhadap apa yang di sisi mereka.


insyaallah kalo kite buat sesuatu tu secara ikhlas dan istiqamah, insyaAllah setiap yang kita lakukan sentiasa dipermudahkan..


Katakanlah (wahai Muhammad) setiap orang beramal mengikut pembawaan jiwanya sendiri. Maka Tuhan lebih mengetahui siapakah yang lebih betul jalannya.


KEIKHLASAN ITU DIIBARATKAN SEPERTI SEEKOR SEMUT HITAM YANG BERJALAN DI ATAS PERMUKAAN BATU HITAM PADA MALAM YANG KELAM TANPA ADA YANG MENYEDARINYA MELAINKAN ALLAH

aku pun mula kenal ngan mathurat ni bila kawan aku selalu ingatkan aku supaya baca almathurat ni. kalo tak dapat baca pagi, petang pun takpe. at least ade gak waktu untuk mengingatinya.manusia ni muda leka

1 comment:

  1. salam.

    nice entry. thanx for sharing. dah bookmark page ini. :)

    p/s : ini misi membalas 172 komen! batch kedua selepas membalas komen dari 98 blogger. wawawa.. its okay.. demi kalian semua yang selalu tinggalkan komen di HLN. Tanda penghargaan. Thank you so much! :)

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer