susu tepung..oh susu tepung

Salam..

rasanya nak gak share ape yang aku rasa ni. menda ni terjadi around ramadhan ni la..
pernah tak dengar orang-orang selalu cakap,' jangan kata kat orang, nanti kena kat muka sendiri'
hmm..cita dia camni..

malam 1 Ramadhan 1431H, malam yang semua orang tengah berkobar-kobar nak bangun sahur yang first tuh. rasanya malam tu aku tengah berusaha siapkan esaimen kot..(ntah, aku pon da tak berapa nak ingat da..hihi)
seperti biasa, aku ni jenis tak leh nak wat satu keja je dalam satu masa..tym tu mukabuku tengah terbuka, tym tu jugaklah buku atas meja terhidang and tym tu jugaklah tangan dok menggedik-gedik la nak taip mesej kaco orang..tapi itulah aku!

dalam text mesej tu lebih kurang camni..

aku : nak sahur pe?
sipolan : ntah, pening ah. baru pas ratah susu tepung..
aku :woo..dak susu tepung..haha
sipolan : sakit perut, rasa nak termuntah..rasanya susu tu dah nak basi
aku : yang pi makan camtu ja watpa..takpe, len kali makan lagi eh..
sipolan : hah..yelah. dah trauma da ngan susu tepung
aku : takpe2, kat sini ade lagi susu tepung..kalo nak boleh je amek..(giler jahat, orang sakit g kaco lae)


lepas pada tuh, aku selalu la mengusik sipolan ni pasal susu tepung..haha. sori, aku memang agak kejam k..
sori eh..

lepas tuh, sehari yang lalu, aku ni pon konon-konon nak wat air susu tepung..ceyt, minum mula-mula konfiden je boleh abes secawan..
tup2..aku rasa laen macam. rasa cam nak kuar balik..hoh. dengan perut yang terasa pedihnya..maybe disebabkan banyak sangat hidrocloric acid yang terhasil..oppss..ter'apply' fisologi plak.. so aku pon berkata pada diri aku, kata lae kat orang..kan dah kena..hahaha..gelak jahat kat diri sendiri..


so, malamnya aku cakap kat sipolan, aku dah trauma ngan susu tepung. pastu dia tanya,"kenape?"..aku pon terus menjawab, "tadi minum susu tepung, then pedih perut + rasa nak termuntah..huhu".
nak taw pe jawapan balas yang aku dapat dari sipolan
"tu la..kata lagi kat orang..huhu"
dengan rasa yang aku slumber malu, aku pon, "yela.."huh..terkena!

so, da moral of da story senang ja..
laen kali jangan gelakkan orang laen bila dia terkena something yang cam lawak or what so ever..
sebab nanti menda tu pon silap-silap boleh kena kat batang hidung kita..huhu.
so, sentiasalah menjaga hati  anda agar tak terkena virus yang suke menggelakkan orang cam aku ni..what goes around comes around..kan da dapat balasan free-free je..duyai~


siyes..pasni cam takut je nak mendekati objek yang bernama usus susu tepung..wuuu T-T



3 comments:

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer