salam ramadhan al-mubaraq..
rasanya dah lame tak mencorat-coret kt ruang ni..huhu
tak taw la sama ada sangat RAJIN or rasa MALAS yang menghalang..huhu
bile cakap pasal RAJIN ni..adakah sekarang ni anda semua tengah rajin?
RAJIN tu macam mana erk?
rajin sampai terlalu menyeksa diri?
or..
macam ni..
tak pun..
sampai macam ni?
haa..takpe-takpe..
meh kite cube cek list apa itu RAJIN dan sapa MUSUH utama dia..
ciri-ciri orang RAJIN
melakukan ibadah secara istiqamah terutamanya perkara sunat.
makna kata dia buat sesuatu tu secara berterusan..bukan bermusim or ikut mood. perkara tu dah jadi rutin padanya. contohnya, kalo takda aral melintang..tiap isnin & khamis mesti puasa sunat..sebelum tido, si A ni mesti buat solat sunat..
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: ' lakukanlah kerja atau amal yang kamu mampu, sesungguhnya sebaik baik perkerjaan atau amal adalah istiqamah walaupun sedikit'
(Riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah)
membuat sesuatu amanah dengan tekun
bila dia diamanahkan utk membuat sesuatu perkara, dia betul2 buat..bukan juz 'asal siap' je..bukan hentam kromo ja..sebab taw, Allah suka orang yang tekun.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: ' sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan atau kerja dengan tekun'
(Riwayat Al-Baihaqi)
tidak terpengaruh dengan pujian atau penghinaan org lain terhadap usahanya..
dia tak kisah orang nak cakap ape, nak puji ke nak kutuk ke, yang penting itu usaha dia. dia buat sesuatu bukan nak upah, bukan nak dipuji, tapi kalo diberi ganjaran dia tak pertikaikan..lebih kurang cam xkesah laa..
tak kira la orang nak condemn ke, boikot ke, pandah remeh ke, hina, kutuk or seangkatan dengannya, dia tak kesah pon. dia tetap buat kerja..tanpa harap balasan or dihargai..
oppss..
tapi orang camni bahaya jugak, nanti orang terlalu mengambil kesempatan atas kerajinan dia tu utk kepentingan diri masing-masing...
but dun wuri b hepi..
coz Allah sentiasa ada..sebab Allah pun dah sediakan BALASAN utk org yg suka ambil kesempatan tu..
sapa pulak musuh si rajin ni?
sapa lae kalo bukan MALAS..
ciri-ciri orang MALAS
rajin bekerja ketika orang ramai, tapi bersendirian sangat malas
ni lebih kurang adek-beradek sepupu sedara tiri ngan show-off la..
bile ade orang ramai dia pun jadi la rajin..maybe nak orang puji or apa2 jelaa..so avoid sifat camni sebab Allah tak suka orang yang riak..
Sebuah hadis daripada Ali bin Abi Talib ra berkata: " orang yang riyak memiliki berapa ciri, malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang, semakin ghairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela"
kuat bekerja utk kepentingan diri dan dunia tapi malas utk beramal & bersedekah utk orang laen..
terlalu fokus sgt nk mengejar duniawi sampai terlupa pulak bekalan utk ukhrawi..sgt bahaya kalo macam ni..math dalam dalam agama Allah ni sangat unik, semakin kita banyak memberi, apa yang kita ada takkan berkurang, tapi akan semakin bertambah..
tiada matlamat dalam hidup, selalu konfius..
tak taw mana yang ok or tak utk diri sendiri..tak konfiden..
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
" aku takut apa yang menakutkan bakal berlaku kepada umatku, besar perut (kuat makan) , banyak tidur, malas dan lemah keyakinan"
(Riwayat Al-Daruqutni dan Al-Dailami).
sama-samalah kita memuhasabahkan diri kitta & mengingatkan antara satu sama lain..
nice info kawand.....
ReplyDeletethx ya dah berbagi.....
kunjungan perdana ne..!!
btw, tmplate blog qt sama..hehe...
SALAM BERkAwand...