dah lama rasanya aku tak tersenyum tym menghapdet belog aku ni. so kali ni aku nak senyum la puas-puas sikit sebab ada menda yang buat aku rasa puas..hehe. lagipun senyum bukan guna modal besar pun. duet ringgit pun tak luak langsung.
menda yang buat aku macam nak tersenyum sangat ni sebenarnya sebab sekor mamalia ni. terharu, sayu plus hepi bila dapat bagi makan sekor kucing yang tengah lapaq. cuba korang imagine kucing tu tengah sarat 'pregnant' tapi badan kurus keding. jalan pun macam terhuyung-hayang je.
so, disebabkan kat umah tu banyak kepala ikan bilis plus sikit nasi, aku dan kawan-kawan buatlah special lunch kat dia..hehe. siyes rasa puas. memang lahap abes dia makan nasi tu.. tak sampai 5 minit dah licin;)
apa yang berkait dengan tajuk ialah, kalo kucing tu tersenyum sebab kenyang, kita pun mestilah senyum. kalo dalam kehidupan harian, once kita menggembirakan orang laen, kita pun akan gembira sekali. betul tak?
p/s: aku rindu kat Tompok ngan Oni kat umah aku..huhu
0 silent speaker(s):
Post a Comment
ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)