assalamualaikum..
tetiba ja tangan ni macam ‘terpanggil’ nak tulis pasal cinta..haha. ingat Dr Love ke hape nak tulis pasal menda cenggini or hati tengah berbunga riang.. ko ingat macam lagu bunga-bunga cinta yang Dude Herlino ngan Asmirandah nyanyi tu ke. tapi siyes, lagu tu best.sampai aku repeat banyak kali la..haha. meh dengar..
okeh, back tu da topic. sebelum tu aku tanya korang. korang pernah bercinta tak? hehe, ayat cam skema je nak tanya orang. pernah korang terfikir macam mana perasaan tu datang. adakah secara dipaksa or disemai macam anak pokok sawi yang mak korang selalu tanam tu..haha. or kena push perasaan tu macam nak paksa lembu masuk kandang?
bagi aku la an, cinta tu satu anugerah. ia datang dan pergi tanpa dipaksa. kadang-kadang datang tanpa diundang, pergi pun tanpa direlakan. eceh, ayat mengalahkan mat bunga kot..haha.kenapa aku cakap macam tu eh..
sebab tak semua orang dapat merasai perasaan macam tu. aku selalu ingat ustaz aku cakap, cinta tu fitrah manusia. ia tak dapat dielakkan. dalam erti kata laen, normal la kalo si lelaki dan perempuan akan tertarik antara satu sama lain.
tapi..
walaupun ia adalah satu anugerah, cuba kita fikirkan balik. aku rasa cinta tu adalah ujian yang besar dari Pencipta yang sukar dielakkan. ia boleh menjadikan kita mendekati Sang Pencipta mahupun makin menjauh. terpulang kepada individu tersebut. kalo dia bijak menggunakan anugerah yang diberikan insyaallah dia akan sentiasa dekat dengan Sang Pencipta. but the top of everything, cintailah Allah sebelum kita mencintai hambaNya
0 silent speaker(s):
Post a Comment
ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)