entri tak perlu dibaca

sesungguhnya teramatlah lama aku tak menaip entri kat belog ni. kalo singgah pun juz view apa yang patut je. rasanya idea nak menulis tu ada je, tapi kekangan waktu yang tak mengizinkan..huhu. cam jeles pulak bila tengok sorang member ni, dia selalu pulak hapdet belog dia. aku juz jadi tukang baca, tapi belog sendiri dah macam terbiar.. tetamu datang pun tak sambut dah.. ohoh.

aku pun tak tahu apa point aku ni.. haha. tapi satu menda je yang aku sedar yang masa skang bergerak sangat pantas. pagi -pagi bangun, bersiap then beratur naek bus. dah petang baru muncul balik kat umah. malam pulak ada discussion, balik bilek wak je kerja sikit, then tido. esoknya bangun dan buat menda yang hampir sama..huhu. sedar tak sedar dah nak masuk week 5 dan bulan februari pun dah masuk zon pertengahan.
sekadar hiasan.dun wori, sini tak da yang sensored okeh

dah alang-alang cakap pasal bulan februari tu, aku nak sama-sama mengingatkan. sebagai orang Islam tak perlulah untuk kira meraikan Valentine tu..huh. even korang nak jadi seromantik mana pun, tak payahlah nak duk sambut. Islam tu sangat indah, setiap hari kita dah memang berkasih denganNya. Allah tak pernah henti-henti memberikan kasih sayangnya kepada kita. surat-surat cinta Dia semua sweet, siap disatukan menjadi Alquran. jangan pulak ingat kasih sayang Allah tu datang bila kita kaya ke, senang ke, sihat ke. tapi hakikatnya kita sakit tu pun tanda sayang Allah pada kita. sebab Dia nak kita dekat dengan Dia.. sama -samalah renungkan okeh. dah lama tak tulis entri macam ni..huhu

2 comments:

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer