'Berat'nya Seorang Anak

fuhhh.. hembus nafas nak bagi tiup -tiup habuk kat belog ni dulu..haha. maklumlah, memang dah ternyata berhabuk gile bagai. so, hari terasa nak stori mori siket la apa yang aku nampak hari ni. still fresh lagi kat kepala otak ni ha. baju balik koQ pun tak tukar lagi. punya la eksaited nak bercerita..hehe

macam biasa setiap hari sabtu aku kena spending tym untuk gi koQ. so, tadi tetengah belajar 'gerak kaki' tadi,  aku sempat la mencuri pandang kat dua kelibat yang tengah bergerak ni.. uish, bunyi cam seram ja.. haha. there was a father wif his daughter.

Si ayah memimpin tangan si anak sambil bersiar -siar. dah la jalan kat situ nampak cam redup-redup je, daun pulak tengah jatuh berguguran. eceh, cam autumn pulak. haha. it's look so sweet.. boleh terpaku la tengok.. bukan sebab tak pernah menda-menda macam ni, tapi satu menda yang buat aku tertarik. cara si ayah tu mendidik si anak.

adek tu comel sangat.. pakai t-shirt muslimah siap dengan tudung lagi. tudung tu pun jadi labuh semacam bila adek tu pakai. kalo orang dewasa, ibarat cam tudung bidang 60 la..huhu. aku rasa adek tu umor baru setahun lebih kot. korang boleh imagine tak macam mana budak sekecik tu dress up. mesti kiut miut dan sejuk mata memandang.

based on apa yang aku tengok dan pikir, nak didik anak tu kena start dari kecik. bagusnya si ayah tu, kecik -kecik lagi anak dia dah diajar macam tu. zaman skang ni pulak macam dah terbalik. kecik-kecik lagi dah diajar pakai seksa-seksa mata yang memandang, so no wonder la bila dah besar nanti anak dia pilih jalan yang sama an. opkoslah anak tu akan alami culture shock kalo kita suruh dia berubah..huhu.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim).  Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Bukhari) 

ingatlah, anak tu amanah Allah. kena didik dengan betul -betul. bagi aku, anak ni mencerminkan macam mana cara parents mendidik. tapi aku selalu ingat kawan aku cakap, iman tu tak dapat diwarisi tapi kita la cuba yang terbaek. ni pun aku tulis melalui apa yang aku rasa. mood sendiri pun cam agak down nak berblogging ni..huhu.
sedap je mata memandang


Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya “menjadi” atau tidak

2 comments:

  1. haha..die pon buat post pasal berat

    ReplyDelete
  2. @Aku Skema

    maybe tulis dalam waktu yg sama kot. bru je nak post tgok awak dah post...huhu

    comelkan budak tu

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer