Bahagianya dapat boyfriend macam dia..

Saya suka tengok jari girlfriend saya.


Cantik betul..sungguh! Sampai takut nak pegang, bukan takut patah tetapi takut nanti jari kami tak boleh bersama di depan yang maha Esa.





Saya suka tengok rambut girlfriend saya.


Cantik betul..sungguh! Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok juga, tetapi takut nanti terbakar dek api neraka di satu masa yang hakiki...





Saya suka tengok body girlfriend saya.


Cantik betul..sungguh! Sebab tu saya belikan telekung supaya masa dia jumpa dengan kekasih dia yang utama, dia lagi cantik dan berseri menghadapnya. saya pun tumpang dapat pahala.





Wah, seronoknya. Saya sedih tengok girlfriend saya tak tidur , tak makan sebab rindu pada saya. Saya pun macam itu juga, ada masalah yang sama. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Al-Quran untuk penenang jiwa semoga dia lebih cintakanNya lebih dari saya..





Saya sedih tengok girlfriend saya. Selalu pesan macam-macam pada saya. "makan,minum dan drive elok-elok tau. Nanti awak sakit, saya susah hati.."katanya.Tapi bila message sama-sama burn asar maghrib hari itu, dia tak kata satu apa pun. Berdosanya saya.





Kesimpulannya, saya memang sayang dia. Nak jumpa dia dan bersama untuk selama-lamanya, di dunia dan akhirat! Janji nak share heaven sama-sama. Bahagia selamanya. Semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti.


Nak tanggung dosa dia lagi pula lepas ni. Semoga kami menginsafi diri.





Ya Tuhan ampunkanlah kami..semoga kami dapat bersama selamanya nanti..







p/s; Andai anda seorang wanita muslimah mesti seronokkan dapat pasangan yang berfikiran sebegitu. Sekiranya anda seorang muslim, apa kata tanam dalam hati. =)

2 comments:

  1. suka sangat en3 nie....harap sangat dapat bakal suami yg camni...amin...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..same2 lah kite bdoa eh..

    ReplyDelete

ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)

secret admirer