Salam..
Sekarang ni cuaca memang tak menentu..ada kalanya hujan, ada kalanya panas. Tapi kebanyakkan antara kite suka sangat merungut especially bile cuaca tu panas..betul tak??? Sebab kadang-kadang aku pun camtu..huhu
Pernah kite ambil tahu berapa suhu sebenar matahari tu? Masa kelas thermo tadi sempatlah aku ngan member sebelah aku ni duk tekan-tekan kalkulator tu..tekan-tekan dapat la about 6000K..wuuu..panasnye. sedangkan terkena air panas yg 100 darjah celcius tu pun dah cukup panas..tapi ingat, itu baru panas dunia..
Pastu, member aku ni pun cakap la, “Pernah tak kita bayangkan keadaan di padang masyar nanti..matahari juz sejengkal je di atas kepala,ibarat mengelegak segala menda atas dalam kepala”. Tym amalan kita akan ditimbang, dinilai & sewaktu dengannya. Setiap amalan yang kita buat dalam harian kite akan ditayangkan. Ade yang akan melintasi dengan sepantas kilat, mungkin ade yg akan menggigil-gigil ketakutan..semua tu bergantung kepada sejauh mana amalan kita lakukan kepadaNya..kalau kite sentiasa mendekatkan diri kepadaNya, insyaallah akan dipermudahkan kelak..amin
So, same2 la kite memuhasabahkan diri kite. Biarlah kita berpanas-panas dahulu di dunia demi mengikut perintahNya asalkan nanti kita bahagia. Biarlah kita berasak-asak mengikut jalan yang sempit, asalkan ia membawa kepada kebaikan dan bukannya menyesatkan. Ingat, kehidupan dunia ini hanyalah sementara, dunia hanyalah pinjaman. Kita hanyalah pengembara yang mencari bekalan untuk di akhirat kelak..
Rasullah s.a.w. memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan".
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari
manfaatkanlah masa yang ada selagi kita mampu bernafas sebab kite tak tahu bile ‘permit’ kite di dunia ini akan tamat. Di sana kelak tiada siapa yang mampu membantu kita melainkan amalan yang dibawa..
Ingatlah, dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di negeri akhirat kelak. Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.
[Al-hadis]
0 silent speaker(s):
Post a Comment
ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)