perkataan ‘degree’ ni sinonimnya dikaitkan dengan bebudak yang tengah belajar kat U tu. selalunya student yang guna perkataan tuh, sebab setahu aku kalo orang-orang tua diorang akan sebut ijazah je..erk. tapi kali ni aku nak sebut pasal degree jugak, degree ‘social’. menda apa pulak la aku nak merepek ni..esh3
aku rasa la, semua orang dalam dunia ni ada kawan dia yang tersendiri, yang membezakan cuma ramai ataupun sedikit. betul ke? hmm.. bagi aku pulak jumlah kawan tu bergantung bagaimana cara kita deal dengan masyarakat luar. boleh ke camtu?
cuba bayangkan, korang tengah tunggu bus dekat bus stop, then ada sorang ni duduk sebelah korang yang mempunyai tujuan yang sama dengan korang. kalo kita sendiri jenis berat mulut nak cakap dengan orang sebelah dan muka pulak macam ketat je, jangan salahkan orang laen kalo kita tak ramai kawan. cubalah buat muka manis ala-ala gula kapas yang singgit lima kupang tu ka, kompem orang kat sebelah korang tu tak keberatan nak sapa-menyapa dengan korang..hehe. bukan ape, aku selalu ingat pesan mak aku; jangan sombong. kalo kita sombong kita takda kawan.
aku just sedih bila ada yang cakap, " ramai kawan takpela, kita ni takda kawan," dengan nada yang sedih dan muka mintak perhatian..haha. padahal dia sendiri yang tak suka bergaul dengan orang luar. tak nak deal dengan sesiapa. kalo kita ni jenis pandai gaul, insyaallah korang gi mana-mana pun orang still tegur. is't right?
dahla, entah apa yang aku melalut da. moral of da story, kalo nak nak tengok seseorang tu pandai bergaul ke tak but in a good way, tengoklah seramai mana kawan yang dia ada. takpun, kalo dalam bahasa sainsnya, when the degree ‘social’ is higher, hence lots of friends he/she has..hehe. siapa yang setuju dengan pendapat aku, terima kaseh, tapi kalo tak setuju pun takpe. yang penting senyum;)
0 silent speaker(s):
Post a Comment
ini blog peribadi. so, saya tulis apa-apa ja yang terlintas kat fikiran ni. kalo macam tak boleh terima entri-entri tertentu tu, harap maaf. terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini;)