degree ‘social’

perkataan ‘degree’ ni sinonimnya dikaitkan dengan bebudak yang tengah belajar kat U tu. selalunya student yang guna perkataan tuh, sebab setahu aku kalo orang-orang tua diorang akan sebut ijazah je..erk. tapi kali ni aku nak sebut pasal degree jugak, degree ‘social’. menda apa pulak la aku nak merepek ni..esh3

aku rasa la, semua orang dalam dunia ni ada kawan dia yang tersendiri, yang membezakan cuma ramai ataupun sedikit. betul ke? hmm.. bagi aku pulak jumlah kawan tu bergantung bagaimana cara kita deal dengan masyarakat luar. boleh ke camtu?

cuba bayangkan, korang tengah tunggu bus dekat bus stop, then ada sorang ni duduk sebelah korang yang mempunyai tujuan yang sama dengan korang. kalo kita sendiri jenis berat mulut nak cakap dengan orang sebelah dan muka pulak macam ketat je, jangan salahkan orang laen kalo kita tak ramai kawan. cubalah buat muka manis ala-ala gula kapas yang singgit lima kupang tu ka, kompem orang kat sebelah korang tu tak keberatan nak sapa-menyapa dengan korang..hehe. bukan ape, aku selalu ingat pesan mak aku; jangan sombong. kalo kita sombong kita takda kawan.

images (4)

aku just sedih bila ada yang cakap, " ramai kawan takpela, kita ni takda kawan," dengan nada yang sedih dan muka mintak perhatian..haha. padahal dia sendiri yang tak suka bergaul dengan orang luar. tak nak deal dengan sesiapa. kalo kita ni jenis pandai gaul, insyaallah korang gi mana-mana pun orang still tegur. is't right?

dahla, entah apa yang aku melalut da. moral of da story, kalo nak nak tengok seseorang tu pandai bergaul ke tak but in a good way, tengoklah seramai mana kawan yang dia ada. takpun, kalo dalam bahasa sainsnya, when the degree ‘social’ is higher, hence lots of friends he/she has..hehe. siapa yang setuju dengan pendapat aku, terima kaseh, tapi kalo tak setuju pun takpe. yang penting senyum;)

surat cinta paling tacing

salam ramadhan kareem..

sedar tak sedar dah masuk hari ketujuh belas kita berpuasa. kejap je masa masa berlalu dan dalam sedar tak sedar tu dah berkurun lama aku tak hapdet belog aku ni ha..haha. sorilah, memang tak berkesempatan nak spending time menghapdet belog sebab banyak sangat hal. eceh.. ayat mengalahkan orang 'berkakilebar' dan pakai deodoran 'charisma'..haha

disebabkan hari ini cuti dan aku pun rasa macam rajin je dan tulis entri even bangun agak lewat dari kebiasaannya..hehe. kalo ada makcik nak wat menantu baca entri ni silap-silap cancel terus sebab tahu aku bangun lewat..hehe.

aku nak tanya korang, pernah tak korang baca surat cinta sampai nanges? sebak ke? terinsaf ke? hmm.. aku rasa mungkin ada yang nanges kalo dia dapat surat 'sori sayang, i terpaksa tinggalkan you'.. dan mungkin ada yang senyum sampai tak sudah bila ' i setia kat u sorang je' haha. sorilah, aku takda experience tulis surat cinta dan dapat surat cinta ni.

so, tanpa berlengah meh tengok mana surat cinta paling tacing..

anggaplah surat ni untuk korang..haha


cukup tacing ke? bagi aku TIDAK! surat cinta yang paling tacing dan tiada tandingnya adalah yang kat bawah ni. bait-bait ayat dia kalo dibaca penuh penghayatan boleh jadi sebak, kadang-kadang tok imam pun menangis tym baca dalam solat..

penuh 'ayat-ayat cinta'


al-Quranulkareem la surat cinta terbaek dan paling tacing bagi aku. setiap ayat ada peringatan tersendiri dari Sang Pencipta. Allah sayangkan hambaNya, sebab tu Dia menggalakkan kita membaca al-Quran setiap masa bagi mendekatkan diri padaNya. setiap ayat penuh dengan kasih sayangNya.

so, sempena 17 Ramadhan ni, aku nak mengucapkan Salam Nuzul Quran. jomlah sama-sama mendekatkan diri padaNya dengan membaca 'Surat Cinta' especially tym bulan Ramadhan yang penuh barakah ni. anggaplah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita. selamat beramal dan semoga menjadi hamba yang istiqomah..amin

Alhamdulillah, inilah Ramadhan ketiga yang paling bermakna bagi aku selama ni..Thanks Allah

secret admirer