apa maksud 'sporting'

salam.
disebabkan ini personal blog, aku rasa aku berhak nk tulih ape yg aku rasa. disebabkan terlebih rajin, aku terbaca sesuattu td..tp tiba-tiba aku jadi geram & sedih..huhu
aku jumpe ade teks yg ada ayat yg camni (aku dah edit, sebab certain word tu aku rasa akak tak sesuai..huhu)
"Saya call dulu suami saya bagitau saya akan dimamogram oleh lelaki, dia kata OK asalkan ada nurse temankan, lagipun suami saya memang sporting orangnya."
tahu tak mamogram tu ape? apa yang perlu buat tym ujian tuh kalo tak tahu sila google..hah
hmm maybe kalo tujuan perubatan tu orang cam tak kisah, tapi ingatlah yang  sebenarnya matlamat tak menghalalkan cara..
Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.
 (Riwayat al-Bukhari)

actually bukan tu yang aku nk point, tapi..based on real text, dat woman sangat berbangga bila org memuji-muji dia dalam keadaan topless. bce fully text, dis woman so excited bercerita apa yang terjadi..yang tukang wat ujian mamogram tu touch hers pon dia excited cita. yang aku agak kesian bukan ape, macam tu ke dikatakan husband yang SPORTING??? 

so,kaum-kaum adam aku mintak maaf..tapi aku tertanya-tanya, macam tu ke? tapi siyes, kalo korang baca da fully text pasal kat atas tu, mesti agak geram gak..huhu

so, aku google pasal sumting yang dikaitkan dengan kaum adam. tak tahu ada kaitan tak dgn yang kat atas. tapi aku nak cita sikit pasal DAYUS


Sabda Nabi : - 

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله 
Ertinya:

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata, " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA)
( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat) 



قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله 

Ertinya :
Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 


Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :- 


الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة 

Ertinya :

Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat"
(Al-kabair, 1/45 ) 

jangan amek mudah menda yang ringan. memang tak dinafikan tanggungjawab lelaki tu sangat besar. dan ingatlah..

"Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )


aku tak kata sapa-sapa dayus ok.. aku juz nk explains apa tu dayus.. takda kena mengena dengan sapa pown..huhu.maklumat lebih lanjut(sini )

lelaki vs wanita

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 


ngeh3..waa..ni kadang-kadang rasa cam tak sabar nak kawen, coz bile dah makin senang perempuan tu nak masuk syurga (tapi kalo jalankan tanggungjawab sebaiknya laa..huhu)

islam dah dipijak-pijak

salam
ape perasaan korang bile tengok orang mempersendakan agama kita? ya Allah hanya Dia je yang tahu macam mana sakitnya. rasa nak je sumpah seranah kat makhluk Tuhan yang buat menda semua ni..haish.Nampak sgt dorang ni sgt kufur. tapi korang tengok la sendiri..makin lame islam makin dihina. So, kita sebagai umatnya kenalah sama-sama jaga maruah agama kita. jangan la makin merendahkan martabatnya di kalangan yang kafir. dorang memang tak henti-henti nak pengaruh kita dengan macam-macam cara. konon seni..hoho.aku sangat geram pas tengok picture kat page seorang hamba Allah ni. semoga Allah memberi balasan setimpal kepada pelaku menda ni.

mesti itu harus

salam..
aku rasa hari ini cam sangat 'mendung'..cam langit tu betul-betul hempap atas aku..so aku rasa sangat patut dan harus baca buku ni

aku kena reread semula buku ni
so be strong nida..sesedih mana pun kita, Allah tu la tempat yang terbaik untuk mengadu..cam kawan aku cakap, Allah tu sangat sweet...Dia akan bagi pada hambaNya yang sentiasa mengharap apa yang Dia suka..so selalulah berdoa..Dia tak pernah bosan dengar masalah hambaNya..semoga diperkuatkan hati..amin

work until the bitterness

salam..
sekarang ni ramai yang tengah dok busy kemas-kemas barang nak balik umah. yela, u aku terlalu bermurah ati, bg kitorang cuti sampai 3 minggu before exam start. so, ape lae.. pantang je dengar cuti ramai yang cabut balik..waa, tinggal la aku je kat bilik..rumate aku maw pulang. tapi aku sabtu ni ade grading taekwondo. so, duk je kolej diam-diam..haha

oleh hal demikian, dah la test taekwondo sabtu ni, pektis takpun..so berserah jela..haha. tapi mana boleh berserah sesuka ati an? so, disebabkan aku agak down jap td (tiada kaitan ng taekwondo kot), aku pon g bilek member semata-mata nak amek cite karate kids (dah lama gak kot cita tu)..tp ni lah fes muvi aku layan sem ni..sebab aku susah sikit nak stare kat lappy tengok muvi ni..

based on da muvi i watched..pergh, cam nak wat essay plak dah..haha. aku dapat belajar satu menda. kita tak boleh menyerah kalah dengan mudahnya. kena pulun usaha dulu. even orang keliling nampak cam dah tak yakin ngan kita, tapi kita kena buktikan yang sebenarnya kita boleh..never say never..bak kata orang tersayang, "work until the bitterness"..ok?

neway, pasni sama-sama la kita dok stay closed  wif da notes tu..bukan setakat tenung, tapi kena fahami apa yang notes tu cuba sampaikan.. cam konsep 'berpacaran', bukan setakat mendekati dan mengenali, tetapi belajarlah memahaminya..ni memang ayat takleh kerat..haha. so takleh malas-malas okeh.. All da best!!! Allah always wif u..amin

I will never say never! (I will fight)

I will fight till forever! (make it right)

Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up up up,
And never say never.

you my only one..



memandangkan skang ni dah masuk zon study week
so, macam-macam menda pelik aku wat
so abes lah sume page aku bukak
then, dalam syok2 cari lagu best2 yg bolah naikkan semangat
(sebab aku kdg2 jadi unmotivated)
aku terjumpa satu lagu ni
aku try dengar..
then abes aku layan..
ntah bape kali aku replay pon tatao..haha
lirik dye agak best, bg aku laa

My Only One - Mocca

we had a fight last night

and i called him mad
makes me feel so sad
and i’m so ashamed

he’s my only one

i give him all my love
even though my mom says no!
i just go on and on…

no one’s gonna take him away from me..
everyday and everynight

i just wanna hold him tight
and make sure that everything stays night
and everyday and every night
to dream of him is mu delight and know that
he’ll stay with me all the way


so, untuk orang yg tersayang..
dengarlah lagu ni eh..haha
u my only one..


video

tiada sotong, tiada ramalan

Sotong kurita peramal Piala Dunia 2010 mati

BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meram
al tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan. - AFP Utusan Malaysia


bagi aku la..ada hikmah gak sotong ni dah takda..kalo tak makin ramai orang kat dunia ni sesat.. bukan salah sotong ni. tapi salah manusia yang silap mempergunakannya. terlebih percayakan sotong ni daripada Yang Esa.

"... Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka ..."
(Surah Al-Maidah, ayat 72).



"..Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah, dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan syirik.."

(Surah Yusuf, ayat 106).

mancis boleh jadi kapal

Guna batang mancis bina 20 model kapal



DAVID REYNOLDS bersama beberapa model kapal yang dibinanya dengan menggunakan batang mancis



SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas pekerja pelantar minyak, David Reynolds menghabiskan masa selama 10 tahun untuk membina 20 buah model kapal legenda dengan menggunakan batang mancis, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Reynolds, 51, menggunakan masa lebih 10,000 jam melekatkan 250,000 batang mancis untuk membina model kapal itu seperti Titanic, Queen Mary QE2, Cutty Sark, May Flower, USS Constitution, HMS Victory dan yang terbaru Mary Rose.
Dibina dengan menggunakan batang mancis standard dan gam PVC, setiap model kapal itu melibatkan kos antara £300 (RM1,465) dan £400 (RM)1,954) untuk dibina.
"Bahagian yang melibatkan masa paling lama untuk dibina ialah blok dan kelengkapan kapal," katanya.
Menurutnya, dia memulakan hobi itu selepas seorang anak lelakinya, Mark, 23, membelikannya satu alat pembinaan model selepas dia diberitahu bapanya terpaksa berehat di dalam rumah selama beberapa bulan kesan daripada satu pembedahan. - Agensi


aku pun tiba-tiba cam attracted baca pasal ni coz kadang-kadang slalu gak dengar orang cite pasal kapal ni.. bagi sesiapa yg akan berkecimpung ng dunia kapal, gudluck erk..use your creative ideas as benefits for others..

kolej kata pergi, rumah kata mari

mak..
nak balek umah!!!


wuu..rase nak je jerit kuat-kuat

biar terkejut tiap-tiap floor kat cni..

semenjak dua menjak ni,
aku slalu mimpi pasal family aku..huhu
sesak nafas aku dibuatnya..
ritu mimpi abah aku sakit la..
dah la dalam mimpi tu kawan baek aku pon saket..
hmm sedihnye..
bangun-bangun terus aku tanya ok ke tak?

even mimpi pon sesak aku dibuatnya
dah la jenis mata susah nk pejam
naseb baek klas keesokannya byk gaps
so aku qada' tdow..haha

tapi ape maksud suma mimpi tuh?
dah la malam td mimpi gaduh ngan adek aku
tp gaduh-gaduh manja ah..hak2
huhu..rindu..
nak balik..
rindu nk megi ng hang..
(sebab aku suka paw adek aku wat megi tomyam)
hihi

bukan apa..
cam2 menda aku rindu skang..
even kucing pon..
ape-ape yg aku sayang la..hoh
nak balik umah
nak amek semangat
aku sangat2 unmotivated skang
exam da dekat, takkan la nk biar camni je
huhu
so, jangan sapa2 cuba halang plan aku minggu ni
plizz sgt2..

sebab bila balik umah tu
semangat baru akan datang bila tengok muka mak abah
yeke?insyaAllah..
sebab dorg selalu support aku
esp bila aku tengah sedih
dah2, cukup..
takmo tulis panjang..
kang laju plak airmata ni..

special entry 101010

Assalamualaikum
alhamdulillah sempat lagi bernafas on da beauty date ni 101010..
tak kurangnya ada gak yang macam gigit jari bila semua taw hari ni Dr SMS dah selamat dijabkabulkan..ayoo
papepun, sama-samalah kita doakan pasangan tersebut berkekalan sampai ke syurga..amin.
aku natural je kot..haha. takda la gigit jari pun even encem guy tu da kawen. aku rasa cam makan ati kot kalo partner jadi public figure..wuu
btw, aku rasa aku nak tunggu 111111, tak pun 121212..hehe. motif utama, tarikh tu smart.. anything aku boleh plan..haha

so, 101010 ni aku nak share sumting. tengah-tengah duk baca almathurat tadi aku tibe-tibe aku teringat why not kalo aku share ape dia kebaikan kita amalkan bacaan mathurat ni..


1. Tidak dihampiri syaitan



2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.



ni baru sebahagian daripada kebaikan mengamalkan almathurat. daripada kite membazir masa daripada membuang masa cakap perkara-perkara tak faedah tym tengah-tengah tunggu bus pagi2, or daripada terus tertido after asar tu, baek kita banyak almathurat. tak lame pon, juz about 10 minit kot..xsalah an kalo spending tym untuk mendekatkan diri kepadaNya daripada duk berjam-jam menghadap fesbuk..rite?

Tidaklah duduk sesuatu kaum itu (berkumpul) berzikir mengingati Allah Azza wa Jall, melainkan dinaungi mereka dengan malaikat, dilimpahi dengan rahmah, dianugerahkan ketenangan dan Allah mengingati mereka terhadap apa yang di sisi mereka.


insyaallah kalo kite buat sesuatu tu secara ikhlas dan istiqamah, insyaAllah setiap yang kita lakukan sentiasa dipermudahkan..


Katakanlah (wahai Muhammad) setiap orang beramal mengikut pembawaan jiwanya sendiri. Maka Tuhan lebih mengetahui siapakah yang lebih betul jalannya.


KEIKHLASAN ITU DIIBARATKAN SEPERTI SEEKOR SEMUT HITAM YANG BERJALAN DI ATAS PERMUKAAN BATU HITAM PADA MALAM YANG KELAM TANPA ADA YANG MENYEDARINYA MELAINKAN ALLAH

aku pun mula kenal ngan mathurat ni bila kawan aku selalu ingatkan aku supaya baca almathurat ni. kalo tak dapat baca pagi, petang pun takpe. at least ade gak waktu untuk mengingatinya.manusia ni muda leka

secret admirer